Terbang Tinggi-tinggi


Kata orang, panjat tinggi-tinggi, nanti takut jatuh..

Kata orang, simpan angan tinggi-tinggi untuk capai bintang, nanti paling tidak pun capai awan pun jadilah..

Kata orang, jangan jadi macam Mat Jenin..Berangan yang tak kena tempat, nanti jatuh nahas..

Kata orang..beranganlah tinggi manapun..free, tak payah bayar..!

================================================

Saya pilih yang mana? Saya pilih untuk terbang tinggi-tinggi bersama Malaysia Airlines.. Okay dah, jangan terlalu nak mengiklan sangat.

Sejak dua menjak asyik menaip untuk research ni..saya makin bersemangat untuk tulis blog.. Asalnya sekarang ni, proposal masih tak siap. Microsoft Word 2016 ni dok tenung saya dari monitor sebelah ni (saya guna 2 monitor).. Dah janji dengan SV nak submit sebelum puasa.. Tinggal lagi 2 minggu sebelum puasa..

CERITA ANGAN-ANGAN

Nak cerita tentang angan-angan tinggi ni..orang kata semut pun boleh pijak gajah. Tapi saya bukan jenis berangan yang itu.. Saya berangan mahu menjadi Muslim yang paling berguna kepada semua makhluk.. Ternyata, ini bukan mudah. Ia terletak di mana sucinya dan kuatnya hati kita.

SKALA HATI ke SKALA KEKUATAN RAMBUT?

Masalahnya..kita tak tahu bagaimana level hati (kita orang Islam memanggilnya Iman) kita hari ini. Antara skala 1 hingga ke skala 10.. Awak tu, awak rasa skala hati kita skala mana? Kan, sukar nak letak kita level mana.. lagi malu nak letak atas skala 5..kalau saya lah.

Nak jadi Muslim paling berguna perlu jaga hati..nak tahu hati macamana? Senang saya, saya tengok adab.. dari adab bangun tidur, masuk ke tandas, naik kenderaan, adab bila bertemu orang lain, hinggalah adab makan dan sebagainya.. aduhh.. Nampak gaya saya macam tarbiah diri sendiri lagi ni..

JAGA SOLAT. Fuh.. Amal yang pertama dihisab di kelak adalah solat..jika baik solatnya, maka baiklah yang lain-lain.

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Surah Al'Ankabut : Ayat 45)

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah Taahaa: Ayat 132)


KESIMPULAN

Harap tidak sukar faham kesimpulan buat entry kali ini. Peringatan untuk diri saya sendiri sebenarnya. Kesimpulannya, jika nak berubah dan capai cita-cita dan citi-citi, seluruh hati dan pergerakan anggota kenalah berubah sepenuhnya..

Cerita tentang angan-angan, berangan nak jadi kaya-raya mestilah kena ada.

I will not giving up. Wait and shall see my greatest strength from within.

Sekian dari admin bssilver - Mohammud Nazirul Mohd Noh

Comments

Popular Posts