Antara Belajar dan Duit..Mana Musuh Utama? Cerita Dak PhD

It is safe for me to say..money! Duit! Money does ruining everything!

Ruins your every millisecond of your life. Especially if you are a student! Doing Master Degree or PhD at 26 and above than that range. Without any financial support, how do you keep your living? Or how do you do spare your life? To end hunger, buy this, buy that, in order to fulfill your dream?

Nothing is free anyway...

Kesabaran menuntut segalanya.. That is why.. Kesabaran separuh daripada Iman..

Kenapa bukan suku? 1 per 3 ke? ataupun 1/8 ke? Why must a half?

Sebab KESABARAN ni adalah ART of DOING NOTHING

Jangan salah sangka wahai pembaca budiman.. bukan bermaksud anda menjadi pemalas, tidak bertindak, buat bodoh dan sebagainya.. SABAR adalah teknik penguasaan yang paling sukar walhal ia dah sedia duduk dalam hati kita je.



Bersedia untuk berperang taktik SABAR?

Sebagai seorang pelajar a.k.a calon PhD la sangat.. Allah membukakan pandangan yang sangat luas buat saya. Dengan belajar tanpa tajaan daripada mana-mana badan kerajaan mahupun swasta, saya faham apakah dimaksudkan dengan SABAR ni. Dan bukan bermaksud saya sudah menguasai teknik SABAR ni..

Apapun saya masih bersyukur pihak universiti masih bertindak proaktif menawarkan biasiswa yang hanya menawarkan pembayaran yuran pengajian tanpa termasuk yuran asrama/kolej. Walaupun tiada elaun hidup untuk menyara diri sehari hari saya masih bersyukur.

Saya bagi contoh, itu adalah kisah benar saya dan apabila kita nak bersyukur, kita kena bersabar dahulu. Rasakan kenikmatan hidup, dan ucapkan kesyukuran. Walaupun kita tidak tahu esok lusa, semester hadapan, adakah masih mampu menanggung hidup seorang calon PhD tanpa mengetahui adakah masih hidup tanpa ada duit masuk ke akaun secara tetap.

TAPI..kesabaran banyak terusik.. apabila semua menjangkakan "Nanti ada la duit tu" dengan anggapan mak ayah akan bagi elaun hidup macam hidup masa ijazah dulu-dulu. Woww..sabar ada banyak tahap?

Kemudian, dengan mengetahui, semester hadapan, saya perlu aktif mengumpul data di luar kawasan yang memerlukan wang sekali lagi.. Dan yuran masih lagi berjalan. Semester seterusnya, masih perlu aktif untuk bayar yuran dan bayar yuran penyertaan konferens dan segala jenis publication untuk menjadikan PhD saya sah taraf dan untuk sah syarat mendapat PhD.

Kemudian, opsyen yang tinggal, hanyalah..berhutang?

Well..tanpa sabar, kita tak akan jumpa jalan..tak akan itu, tak akan ini..hidup la seorang diri dengan sifat panas baran dan sifat kelam kabut. Sabar lah kawan-kawan yang sedang menuntut ilmu.. kita sedang berperang di antara ekonomi dan pendidikan..demi masa depan yang lebih cerah..

FIGHTTT!!!! SUit Uppp!!!

KEJAPPP... penulisan saya semakin membosankan?

Just dont waste your time fellas..(Ayat rappers)

credit: heyjamie.com

JADI MANA MUSUH UTAMA????

Saya boleh katakan dengan duit..anda boleh buat apa-apa pun.. nak belajar tak pening duit.. tak pening nak kutip data luar kawasan..even nak upah orang buat tugasan anda pun.. tak risau nak bayar yuran dan sebagainya..

Jadi..mana ada belajar itu adalah musuh?? Dalam tajuk tu tak menjawab pun?

Well..had to admit that the title to this post was just a clickbait..

Jadi..belajarlah..belajarlah cara cari duit untuk menampung pengajian anda..

Comments

Popular Posts