Misteri Matang - Episod 1

Cerita ni berlaku tahun ni juga. Entah hari ini baru ada kekuatan nak menulis mengenai pengalaman saya ini. Dalam cuba buat-buat sibuk menyiapkan buku (bukan buku saya) untuk diterbitkan, saya rasa apa salahnya mengambil sedikit masa untuk menjadikan pengalaman lalu dikongsi bersama.

Matang, salah satu mukim di dalam daerah Taiping di negeri yang terkenal dengan Durian dan Allahyarham Mr. Os. Bukan untuk mengisahkan cerita mengenai zaman Diploma Ukur Bangunan saya di UiTM Perak. Tetapi, sebuah coretan biasa yang mungkin tiada kesempatan saya tuliskan di dalam diari.
____________________
AL-KISAH BERMULA

Hari ini tiba-tiba Dr. M (beliau seorang wanita, M adalah huruf pangkal nama beliau) menelefon saya ketika perbualan saya dan Puan Rohimah, seorang pensyarah dari UiTM Shah Alam yang juga bekas pensyarah saya dalam kedatangan beliau untuk menyambung pengajian PhD sedang rancak.

"Minta maaf ya puan, Dr. M telefon" hati saya agak berdebar kerana Dr. M hanya menelefon hanya apabila situasi sangat-sangat mendesak.

"Assalamualaikum, ya doktor?"

"Waalaikumussalam, Naz ada di mana?"

"Saya di bilik lab depan CRES bersama Puan Rohimah, kenapa ya doktor?" Dah kenapa ni? Risau pula saya.

"Datang CRES boleh tak?" Jawabnya pendek seolah mematikan perbualan ringkas kami.

"Okay doktor".

"Dr. M panggil saya masuk dalam bilik meeting CRES la, InshaAllah kalau sempat kita sembang lagi ya puan"

"Eh, tak mengapa" jawab beliau sambil menghadap semula laptopnya setelah diganggu oleh saya yang mengajaknya berbual.

Yalah, dah lama tak berjumpa. Tak percaya rasanya pensyarah saya ketika saya sedang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan di UiTM Shah Alam kini berkongsi penyelia dengan saya dalam universiti yang sama iaitu UTM JB dan penyelia yang saya maksudkan itu adalah Dr. M.

_________________
DI PEJABAT CRES


YA Allah, macam tergempar je mesyuarat ni! Apa yang mereka bualkan agaknya ya? Semua yang berada di situ memandang wajah saya tetapi raut rupa mereka nampak bersahaja. Saya yang berlebih-lebih risau agaknya. Paranoid mungkin.

"Naz nak berjalan-jalan tak?" Soalan inilah tanpa disangka-sangka akan mengubah seluruh jalan cerita saya semasa di UTM JB. Dan panggilan telefon itu tadi adalah deringan keramat yang tanpa disangka mengejut lena semasa menuntut Master di sini.

Bersambung....

Comments

Popular Posts