Mainstream atau Tidak

Google Translate kata, mainstream tu adalah "arus perdana".

Contoh?

Bagi sesetengah orang, mainstream ni boleh diumpamakan macam trend, kalau kita tak ikut, kita ni boleh dikatakan sebagai golongan minoriti. Contoh, orang sekarang dengar radio seperti Era, Suria, Sinar dan sebagainya boleh dikategorikan sebagai mainstream sebab syarikat radia gergasi seperti mereka akan memainkan lagi paling popular. Barulah mainstream.

Kalau sesiapa yang ikut blog saya, mereka mesti boleh putuskan sama ada blog saya adalah mainstream atau tidak. Okay, saya biasanya bila ikuti mana-mana keahlian atau persatuan, walaupun dikuasai oleh golongan minoriti saya tetap rasa saya bukan lagi minoriti.

Sebab aku adalah minoriti dalam minoriti.

Macam lagu umpama mimpi dalam mimpi pulak.

Tapi serius balik, saya masuk la mana-mana program minoriti, I feel like i do not belong to them too.. Pendapat saya tetap dianggap minoriti.

Dan saya buat keputusan untuk buat segala kerja berseorangan. Sehinggalah saya rasa seolah-olah macam terlajak ke hadapan. Alhamdulillah orang tegur.

"Kita kalau nak buat kerja besar, kalau jalan berseorangan, memang laju.. tapi kita akan keseorangan dan penat. Kalau kita buat kerja secara beramai-ramai, secara berjemaah InshaAllah memang lambat tapi kita boleh jalan jauh"

Saya bersetuju dengan pernyataan berikut. Tetapi saya jujur nyatakan, saya tak dapat bergerak dalam jemaah yang besar kerana pendapat dan idea saya sentiasa tidak sama dengan kalian. Saya pohon maaf kepada kalian kerana terpaksa bergerak berseorangan kerana saya perlu melahirkan idea saya dan InshaAllah jika benar, semoga Allah redhai dan bantu saya capai demi umat.

Pendapat mengenai politik, fikrah dakwah, tarbiah, dan perspektif saya melihat dunia berbeza mungkin kerana cara saya dibesarkan tidak seperti kalian. Saya dah pernah dibesarkan dalam sebuah rumah setinggan di tepi parit sehinggalah di rumah konkrit dipanggil teres.

Saya berkawan dengan semua lapisan masyarakat. Mat rempit, penagih, kaki minum, kaki perempuan dan sebagainya pernah menjadi teman rapat sehinggalah saya bertemu dengan murabbi dan sahabat yang mempunyai jalur pemikiran Islam yang sejahtera seperti kalian. Jadi, bergerak dalam lingkungan di antara kita tidak membantu mereka lebih-lebih setiap apa jua memerlukan pengesahan majlis atasan. Sekali lagi birokrasi mengambil alih di mana-mana pun.

 Tidak menyalahkan sesiapa. Cuma anggaplah ini satu permintaan untuk mengorak langkah lebih jauh. Bidang yang saya kuasai ini semua adalah cuma permulaan semata-mata.

Ayat saya tidak semegah A. Samad Said, makan dalam seperti Mat Luthfi (maaf mat guna nama hang), intelek seperti Aiman Azlan (sorry bro) dan pengalaman luas seperti Saiful Nang tetapi saya tetap optimis untuk terus menulis blog sambil memperbaiki diri.

Aku seorang anak

Aku seorang pelajar

Aku seorang fotografer

Aku seorang usahawan

Aku seorang designer

Aku seorang building surveyor to-be

Aku seorang blogger

Tapi akhir sekali, aku tetap seorang HAMBA. Apa ada di atas semua tidak menambah apa-apa makamku di hadapan Allah melainkan aku gunakan sebaiknya sebagai jalan dakwah dengan keIKHLASan sebagai paksi hati.

Saya menyeru anda semua supaya sama-sama kita meningkatkan nilai diri dengan menjadikan masa lapang dengan meningkatkan bakat dan nilai tambah diri agar menjadi alat untuk menguasai mainstream supaya hanya kebaikan sahaja yang berada dalam mainstream. Jangan dibiarkan golongan liberal kebaratan, sekularisme, kapitalis dan sebagainya menguasai mainstream dan digunakan sebagai senjata untuk memisahkan Islam daripada kehidupan seharian.

Ingatlah untuk acapkali yang kita terlupa bahawa, siapakah yang mengawal mainstream sekarang? Dengan lekas, genggamlah tangan anda sekalian..kita sama-sama berubah menjadi umat Islam yang bersatu dan bergerak lebih pantas dari selainnya agar subur Islam dengan umat yang menguasai mainstream.

Mainstream. Umpama pedang. Kalau diletak di tangan yang salah. Padah.

Sekian dari admin Bssilver - Superman :-)

Comments

Popular Posts