Jangan Terlalu Bergantung Pada Laptop? Tak Bolehlah!

Mr.Laptop saya sangat tenat hari ini.. Sepatutnya dah kena dikejarkan ke wad ICU malam semalam.. Tapi tak boleh!!! Sebab minggu depan dah kena submit gambar wedding pengantin!
Laptop oh laptop, kenapalah saya ni suka buat kerja yang terlalu bergantung kepada keupayaan komputer ya?

Jawapan bagi soalan kenapa saya tak boleh tinggalkan laptop adalah kerana tugas saya sebagai:
  1. Blogger
  2. Graphic Designer
  3. Researcher (PhD Candidate)
  4. Online Seller
  5. Photographer
Ha, siap bagi warna merah tulisan tu. Sebabnya nak highlight bahawa sikap saya yang terlalu bergantung kepada aktiviti harian berdasarkan perkomputeran yang tidak boleh dilaksanakan jika hanya menggunakan smartphone walaupun ada iPhone 6, iPhone7, 8, 9, dan 100 pun. (Ya, saya anti-apple product..hahaha)

Malam ini saya struggle mengedit foto-foto kahwin menggunakan cara bypass; skrin laptop disambungkan ke monitor komputer desktop kerana monitor laptop tak berfungsi.

Allah menguji saya. Dan harapan saya, akan datang dan baca diari dalam blog ni semula kerana saya tahu tiada siapa pun baca blog loser ni. Semoga dosa-dosa saya yang lalu diampunkan kerana kealpaan saya mengendong dunia mungkin menyebabkan saya terhempas ke alam maya yang tiada tahu sempadannya.

Seksa hidup tanpa laptop hanya di dunia sahaja. Okay. Faham-fahamkan sendiri la ya. Dah besar panjang kan?

Sekian dari admin Bssilver - Superman ;-)


Comments

Popular Posts