Selamat Tinggal Peperiksaan

Cukuplah rasanya. Cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Tak mahu lagi toleh ke belakang. Tak sangka lepas ni dah tiada lagi peperiksaan besar berkaitan pendidikan umum. Dari UPSR, PMR, SPM, Diploma, Degree dan kini Master sudahku tempuh sambil tersungkur-sungkur tapi tetap jua gagahkan diri menghafal dan memahami formula dan teori siang dan malam. Rasa berbaloi. Mungkin..

PhD? Ah apa itu? Kalau tak mahu tak bolehkah? Tesis Master pun baru 0.07 peratus siap nak fikir PhD pula. Bila datang detik begini, mahu saja lupakan PhD. Ya, walaupun cita-cita mahu menjadi pensyarah semakin hari semakin berkobar, akan tetapi perlu difikirkan juga kemampuan diri. Terjentik lagi kejutan Master. Siapa tahu begini punya ekstrem sehingga terlupa sukarnya Degree malah Diploma waktu dahulu kala zaman smartphone masih mitos.

MASA DEPAN

Soalan yang sangat dibenci tapi umpama bayang-bayang. Kita lari ke mana tetap ia bersama. Buat masa kini, saya lebih selesa untuk berniaga sendiri berbanding bekerja dengan orang sebagai pekerja.. Bukan ego, sebaliknya saya berpendapat apabila kita sudah di tahap Master dan PhD, kita seharusnya mencipta peluang pekerjaan dan bukannya berebut peluang pekerjaan.

Saya lebih berminat membuka peluang pekerjaan kepada graduan atau undergraduate seperti diploma dan ijazah kerana itu maksud sebenar Master dan PhD apabila memasuki dunia pekerjaan. Kerana saya juga tahu betapa sukarnya mencari peluang pekerjaan dengan pengalaman zero. Saya ingin memberi peluang kepada fresh graduate untuk menimba pengalaman pula. Mungkin geram dengan permintaan kerja kosong yang suka meletakkan umur 25 tahun ke bawah dengan pengalaman kerja paling kurang 26 tahun. Sudah masanya hentikan benda macam ni.


MASA KINI

Mungkin lebih baik menumpukan pada fotografi yang agak hangat-hangat tahi ayam buat masa kini kerana itu adalah hobi paling digemari dan dilihat banyak potensi dalam kalangan kenalan. Sama juga dengan printing baju dan kad. Kena mula semula dari awal setelah berlaku tragedi cabut lari dari perniagaan ini ketika saya sibuk dengan kuliah semester. Semoga Allah beri kekuatan.

TERIMA KASIH PADA SEMUA

Bila muhasabah kembali, mungkin Allah meletakkan orang-orang yang mencabar di sekeliling kita agar kita bersabar. Agar kita diangkat darjat. Bila kita bersabar, makin tinggi darjat. Tidaklah seseorang itu bersabar dengan ujian melainkan diangkat martabatnya. Jadi, sabarlah.. Terima kasih kerana mengajarkan saya tentang kesabaran.

Kini saya semakin sedar, di luar sana Allah nak uji saya dengan lebih dahsyat. Dengan latihan sebegini (ya, saya anggap ini latihan akademi kesabaran), maka saya tahu, bagaimana Allah ingin saya bertindak dan menyampaikan dakwah kepada semua yang saya mampu sampaikan

JALAN DAKWAH

Ya, ini bahagian yang paling banyak saya elak. Terlalu tumpu pada hal duniawi walhal inilah bisnes nombor 1 saya. Perniagaan printing dan fotografi hanyalah part time, itu sebenarnya. Tapi bagaimana nak dakwah kalau ilmu tak topup. Saya sendiri perlu jawab sebab suka skip usrah sehingga apabila saya perlukan usrah, Allah uji dengan "Mas'ul" ( dikenali "Naqib" atau "Murabbi") saya tidak dapat meneruskan halaqah usrah mingguan kerana masalah kesihatan yang agak serius hingga dikejarkan ke wad.

Kasihan Dr.K, dialah murabbi yang paling penyabar dan gigih dalam gerak kerja dakwah. Saya ni sejak masuk semester 2 Master menjadi seorang yang sangat pentingkan diri rasanya. Sudahlah jarang sekali hadir, bila hadir lewat pula. Tapi bila berazam untuk hadir, Allah tunjukkan betapa dahaganya saya terhadap nasihat-nasihat dan tarbiyyah dari Dr.K.


KESIMPULAN MUHASABAH HARI INI

Ya, Allah ampunilah daku dan semua orang yang daku kasihi. Terutama kedua-dua ibu dan bapaku, dan semua yang membantu dalam usaha dakwah dan di dalam diam dan terang. Kepada sesiapa yang mengambil berat diri ini, mungkin kelihatan saya seperti tidak mengambil berat diri anda, tapi percayalah, mulut dan tangan ini terlalu kecil dan malu untuk menunjukkan saya prihatin. Saya harap suatu hari nanti dapat saya ganti kekurangan itu..

Sekian dari admin bssilver -superman ;-)

Comments

Popular Posts