Filem Ola Bola. Siapa Sangka?

Buat kali kedua saya sebut woww..

Dulu pernah saya sebut woww terhadap filem negara kita. Sekali masa filem Merong Mahawangsa pertama kali ditayangkan. Sebenarnya ada kali kedua iaitu filem KL Gangster. Tapi filem tu bawa lebih negatif kepada penonton dan para asatizah menyebabkan saya tak mengiranya.

Filem Ola Bola. Saya hampir mengalir air mata menonton video klipnya sahaja. Memberangsangkan dan menaikkan bulu roma. Tak tergambar betapa saya terkesima melihat screenplay dan skripnya sahaja. Tip top walaupun bakal ditayangkan 28 Februari 2016 nanti.

Ini Trailer dari Youtube:


Tak sabar melihat hasil tangan pengarah dari filem The Journey, Chiu Keng Guan ini. Filem yang mempunyai nilai positif dan bukan kosong seperti lambakan filem cinta dan hantu di layar perak tempatan. Keep it up.

Sekian dari Admin Bssilver - Superman ;-)

Comments

Popular Posts