Saya Bukan Orang Senang


Terfikir lagi hari ini. Bagaimana caranya agar saya dapat kuatkan lagi azam? Sungguh soalan itu pasti menyerbu pada sesiapa yang menduduki exam di sekolah mahupun universiti. Setiap manusia itu diuji berbeza sama ada kaya, miskin, lembab, cerdik, kuat, dan lemah. Tapi kenapa saya juga terlupa membandingkan diri dengan orang lain.

Budak Pandai vs Budak Kurang Pandai

Biarlah orang lain terlebih pandai. Sebab pandai dia itu adalah tanggungjawab dia di akhirat untuk digunakan sebaiknya atau sekadar kepentingan diri semata-mata. Kita sebagai rakan tak perlulah fikirkan sangat orang yang lebih hebat dalam peperiksaan kerana kertas itu bukan membuktikan segalanya. Kenapa saya cakap macam tu?
  1. Ada orang pandai dalam exam, tapi malas dalam group assignment.
  2. Ada orang lemah dalam exam, tapi cekap dalam group assignment.
  3. Ada orang pandai dalam exam, pandai dalam group assignment pula.
  4. Ada orang lemah dalam exam, malas pula dalam group assignment.
Ini saya istilahkan "group assignment" sebab nak tunjukkan betapa komitednya seseorang itu dalam berkongsi susah senang dalam masyarakat dan tanggungjawab terhadap kawan-kawan. Tapi minta maaf, kecewa menguntum pula. Kebanyakan orang yang fokus dalam exam dan berjaya dalam semua test dan kaki study, sangat ignorance dan penumpang dalam group assignment. Jadi, jika anda sebahagian daripada orang yang saya katakan, jauhilah sifat ini.

Kenapa perlu saya berkata demikian? YA, saya pun mangsa golongan ini. Kerana mereka tak pernah ambil kisah kesusahan kawan-kawan yang cover kerja mereka. Bila diberi lebih sedikit, mula mencebik bibir sampai boleh bertani atas bibir tu. Saya risau, kalau orang bijak begini begitu ramai, adakah mereka akan kisahkan orang-orang yang lemah pula?

Tapi, trend ini merebak. Orang yang hebat terus berkembang. Yang lemah makin berlawan dengan diri sendiri. Wujud penghadang antara keduanya. Trend budak popular dan pandai bergaul sesama sendiri semakin saya lihat di mana-mana tempat belajar. Yang lemah berkawan sesama sendiri pula tu.


Kenapa awak istilahkan budak pandai vs budak tak pandai, kita kan semua sama?

Kalau saya kata tak ada kaya dan miskin, semua sama, setuju? Lain orang lain Allah uji. Kalau ada yang memang lemah pemikiran, Allah uji dia bermakna dia kena usaha lebih daripada orang yang pandai. Itu bermakna, kita dilahirkan berbeza. Cuma cara kita capai berbeza.

Saya tak cemburu kejayaan orang lain jika ada berfikir sedemikian. Malah, saya bersyukur saya berjaya berada di mana tempat saya berada sekarang. Jika diambil kira zaman kanak-kanak saya, tiada siapa percaya saya akan berada di sini.

"Saya Bukan Orang Senang."

Saya dilahirkan di sebuah setinggan beratap zink. Saya tidak dilahirkan di hospital seperti kebanyakan orang lain. Ayah saya buruh kasar ketika itu, dengan kekangan masa dan wang maka beliau tidak mampu untuk menghantar mama ke hospital sepertimana mama melahirkan kakak saya dahulu.

Saya takkan bercerita lagi. Cukuplah saya tak merasa zaman sekolah seperti yang lazimnya. Setiap kali teringat sekolah, itu adalah zaman yang paling saya tidak mahu kembali. Zaman kecil saya sudah berlalu. Kalau saya bercerita pun tiada siapa percaya, tiada orang pernah saya ceritakan kisah sebenar hidup saya sebab terlalu dongeng untuk didengari. Kalau dipaksa pun saya takkan cerita sebab saya sendiri pun tak percaya boleh survive sehingga sambung pengajian peringkat master pada hari ini.

Justeru, bagaimana anda lalui hidup anda bukan persoalan utama, Tetapi apa jawapan kepada hala tuju anda sebelum bertemu Tuhan, Raja Sekalian Makhluk. Beribadah itu pasti. Tapi soalan saya bagaimana cara anda pastikan hidup anda adalah nilai yang orang lain pun tak mahu kehilangan anda.

Atau mungkin sekali kehilangan anda ditepuk tangan. Betapa anda menyusahkan mereka dan betapa pentingnya nilai anda untuk berjaya demi diri sendiri tanpa menoleh kanan kiri.

Sekian dari admin bssilver, Superman ;-)

Comments

Popular Posts