Sibuk Sampai Demam

Semalam tak disangka pula. Selepas waktu maghrib saya demam kesejukan. Lepas Isyak tanpa berlengah terus terjun ke katil dan berselubung dengan selimut. Apa nak dikata. Belajar sambil bekerja memang menambah luka. Assignment di peringkat Master macam taufan. Tak habis-habis dengan critical thinking. Apa itu critical thinking? Google saja lah..

Assignment dekat 10 nak submit bulan ni juga. Dengan nak kejar sale bisnes sendiri. Tergolek den nak kejar. Sekarang berjaga nak siapkan bahan untuk kempen "Reverse Parking". Markah 15 peratus tapi tak sangka begini punya bisa. Dengan banner/bunting, sticker, bookmark, dan pamphlet nak cuba disiapkan malam ini juga. Itu tak sentuh lagi report lain lagi 2 minggu nak submit.

Tenggelam dalam arus duniawi, tak pernah berhenti daripada perasaan lemas. Terfikir kembali, kenapa aku buat semua ni. Demi glamour kah? Nama kah? Kuasa kah? Atau sekadar nak menunjuk yang aku ada sesuatu yang orang lain tak ada?

Kredit: wallpaperup

Saya rasa macam hampir sampai limit kemampuan saya. Tak patut saya melebihkan dunia. Tapi apakan daya, sistem ini tidak menyebelahi saya. Sehinggakan rasa bahawa ini bukan bidang saya. Sekali lagi saya meluahkan perasaan dalam blog ini.

Rasa kemurungan berkemungkinan akan kembali. Semoga Allah memanduku ke jalan yang diredhai. Takut menyakiti sesiapa. Siapa tahu dalam isi hati manusia lain ada apa?

Saya tahu saya tak sempurna apatah lagi tiada siapa sempurna. Tapi andai saya tak berhati-hati, ada manusia memang mahu melihat kita jatuh. Kalau boleh berguling-guling sampai berlumur lumpur. Tapi kita tak boleh halang semua itu dari berlaku. Sebab apa daya kita? Bila kita di atas, orang takut silau bila mendongak melihat kita. Bila kita jatuh, di sepak seolah-olah batu di jalanan. Tak kira berapa kali kita menghulur tangan sewaktu kita di atas supaya naik sama-sama

Saya tak menyimpan dendam terhadap sesiapa. Sekadar ingatan mesra agar perbetulkan niat kita ketika bekerja dan menuntut ilmu. Sebab jika buat kebaikan sebab nak dapat perhatian manusia, nescaya kamu akan kecewa. Sebab mereka  juga makhluk Allah seperti kamu. Tetapi buatlah kerana Allah kerana dia jualah sebaik-baik pemberi balasan.

Sekian dari Admin Bssliver - Superman

Comments

Popular Posts