Power Of Syukur!

Tidak dapat tidur malam ini. Ah, pasti disebabkan semalam itu lagi..

Bukan kerana tidak tahu jawapan bagi soalan exam bagi Financial and Risk Management itu. Saya tahu akan jawapannya tetapi 5 soalan dalam masa 3 jam seolah-olah bertanding pecut 100 meter dengan pemegang rekod dunia, Usain Bolt! Mana taknya, setiap satu soalan memerlukan sekurangnya 3 muka surat untuk menjawab teori dan pengiraan

Sekali lagi saya kecewa sampai hampir mengalir air mata sewaktu pengawas peperiksaan mengumumkan waktu menjawab soalan sudah tamat sambil tangan ligat menulis warkah wasiat terakhir dalam buku jawapan. masuk ke tandas, mata saya sudah merah? Tak percaya pula.

Sedar tak sedar saya terus pergi ke Dr. J tanpa berfikir panjang. Meminta maaf kepadanya bahawa saya tidak dapat buat yang terbaik. Seperti mengkhianati dia. Kesian Dr. J cakap banyak-banyak dalam kelas. Tapi selaju mana saya tulis, tak dapat menutup masa yang terbazir di ruang pengiraan. Dah habis laju dah. Kalau bawak motor selaju itu, nescaya tercabut tayar, terbarai blok enjin.

Tak mahulah jadi macam di atas  ni


Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Sebaik mana saya persiapkan, bila Dia berkehendak untuk tidak jadi, maka tak jadi, begitu juga sebaliknya.

Ini masa untuk muhasabah semula kepercayaan dan meningkatkan keimanan kepada Yang Khalik, Allah tuhan sekalian manusia dan pemilik hati-hati ini.

Syukur Itu Penyelamat Tika Duka

Bila orang kata, kenapa perlu asyik sebut syukur, sabar, kalau tak sabar, mesti syukur, dah tak ada benda lain kah? Tapi lupa, kita pening-pening macam mana pun, tak kembalikan juga kekecewaan tu.

Jadi cara terbaik, SYUKUR!

SYUKUR sebab akhirnya sampai juga peringkat Master walhal ramai lagi tiada,
SYUKUR hidup cukup anggota, ramai lagi diuji nikmatnya,
SYUKUR ada blog kesayangan ini, walhal ramai lagi tiada blog sendiri untuk menulis,
SYUKUR tahu main fotografi, ramai lagi tak tahu pegang DSLR pun,
SYUKUR pandai buat editing dan designing guna Photoshop , ramai tak reti,
SYUKUR bernafas tak perlu topeng gas, oksigen Allah bagi free,
SYUKUR dah setup syarikat sendiri, ramai lagi rakan sebaya tak tahu berdikari,
SYUKUR mak ayah sponsor kereta, ramai lagi kawan berbasah hujan dengan motor,
SYUKUR ada program NGO sendiri, gerakan rahsia tiada siapa tahu.
SYUKUR reti buat video, walau jarang guna ilmu tu.

SYUKUR, SYUKUR, SYUKUR...ALHAMDULILLAH..

Jadi, apa saya buat sekarang saya perlahan-lahan senyum sendiri. Walaupun rasa macam sedikit seperti orang gila tapi saya tahu saya tak susahkan sesiapa. Saya jadi diri saya.

Kerana 1 paper tidak bermakna apa-apa, saya tahu jika saya terus bersedih kelak nanti apa jadi baki 4 paper itu? Pasti ada jalan untuk selamatkan Master saya ini. Yang lepas usah dikenang. Takut nanti jadi, yang dikendong berciciran, yang dikejar pula tak dapat. (macam tak kena pula)

Syukurlah wahai Nazirul Mubin. Bakat yang kau ada itu luas kerana Allah mahu kau gunakan sebagai manfaat umat manusia. Kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain. Saya nak jadi yang tu

Sekian warkah dari admin bssilver - Superman ;-)

Comments

Popular Posts