Jangan Menunggu Balasan Kebaikan Kita

Semakin di ambang peperiksaan, semakin tinggi tekanan. Umpama telur di hujung tanduk. Kena kuat. Kalau tidak kita akan makin ketinggalan dalam arus dunia moden yang semakin rancak. Jika kita tidak bergerak bersama orang lain, umpama ditinggalkan di tengah lautan, jika tidak menguakkan tangan maka akan tenggelamlah kita atau di hanyutkan ke arus yang entah ke mana.

Manusia. Memang begitulah kita. Sentiasa kena survive dalam dunia kita sendiri. Yang penting, sebelum berenang di lautan arus dunia, kena pastikan pakai baju keselamatan (life vest). Mana nak cari life vest ni? Kita dah ada, cuma lupa nak menyarungnya. Iman, itulah jawapannya. Dah ada iman, percaya nak ingat kepada Allah yang Khalik, buatlah apa pun, nescaya tak akan tenggelam melainkan Dia izin.

MANUSIA YANG BERSABAR-TIDAK TERNILAI



Kita pasti merungut seorang diri jika dah separuh mati tolong orang lain tapi orang yang di tolong buat bodoh siap marah-marah kita. Kita lupa, yang kita tolong itu manusia, hamba Allah, apa yang kita harap dari makhluk rapuh seperti itu. Lupakah kita, yang sebaik beri balasan itu Allah. Jika manusia tidak tahu menghargai itu adalah sifat semulajadi manusia. Kita cuma berbuat amal, Allah yang membalas.

Jika kita tetap mengharap manusia untuk membalas kebaikan kita, nyata kita buat silap yang nyata. Saya pun tidak lari dari buat silap itu. Kini sedar kembali, manusia tetap menjadi 'manusia' dan tidak akan berubah melainkan dicampakkan taufik dan hidayah ke dalam hati mereka. Tapi jangan berputus asa kerana kesedaran kita untuk membantu sudah cukup baik, jangan dihancurkan dengan mengungkit dan mengharapkan balasan, nescaya kecewa kamu.

APA NAK DIBUAT?

Bersabar, ada banyak cerita tentang sabar. Sabar ni, kalau kita sabar, kita akan diangkat makin tinggi darjat di sisi Allah. Cuma kita tak nampak. Google lah cerita tentang hikmah bersabar dan bacalah cerita kisah-kisah alim terdahulu yang banyak ikitibar tentang pentingnya sabar.

Allah nak uji kita tu, kebaikan yang kita buat Allah sorokkan dari dunia supaya menggantikan aib kita yang kita buat yang juga selama ini Allah sembunyikan dari manusia. Jadi, bersangka baiklah. Kita kalau dah selamatkan dunia sekalipun siap terbang pakai baju Superman lawan dengan Godzilla, bunuh raksasa ni tengah-tengah bandar di hadapan umum, kalau Allah dah izin supaya manusia tak tahu kita yang bunuh raksasa tu, tetap orang tak kisah dengan kita. Pasti ada hikmah.



Biarkanlah. Teruskan berbuat kebaikan.

Sekian dari admin Bssilver - Superman ;-)

Comments

Popular Posts