Selepas Bergraduan, Di Manakah Halatuju Dakwah?

Kepada yang sedang membaca blog saya? Boleh saya tahu siapa anda?
Apakah episod paling malang dalam hidup anda?
Sekolah? Seronok tak zaman sekolah dulu?
Mesti ramai yang mengaku nak kembali ke zaman sekolah...

Tetapi tidak bagi saya. Saya bukan dilahirkan untuk melihat ke belakang. Sejarah itu dah berlalu. Biar jasad ini memikul bara api, parut tetap kelihatan, malah hati yang diguris seinci, sepurnama pilu umpama semalam.

PENDAKWAH YANG TENGGELAM

Dah beli buku ni dan macam nak khatam berkali-kali

Ahmad Ammar bin Haji Ahmad Azam. Boleh kata penipu pada siapa yang tak kenal beliau. Arwah ni baik orangnya (ayat cliche). Setiap kali saya memandang foto arwah dan membaca buku mengenai Allahyarham Ahmad Ammar pasti air mata berlinangan. Kerana saya bukanlah beliau!

Ahmad Ammar. Lahir pada 15 Febuari 1993. Seorang pemuda yang telah meninggal dunia pada 4 November 2013 ketika melintas jalan di mana arwah sedang berjalan kaki bagi mengajarkan isi Risalah An-Nur karangan ulama tersohor Turki, Said Badiuzzaman An-Nursi. Itu adalah hari pertama beliau stelah mendapat tauliah daripada ulama Turki. Tidak sempat. Allah lebih menyayangi beliau.

Selepas mengetahui banyak mengenai beliau, sayu membayangi diri. 20 tahun hanya umur beliau ketika diangkat syahid oleh Allah. Dah bertahun saya cuba mewakafkan jasad dan jiwa ini untuk kegunaan Ummah. Saya masih lagi gagal. Entah di mana silapnya.

Pendakwah yang tenggelam. Itulah saya. Masih lagi gagal memikul tugasan impian saya. Sebelum cerita mengenai Ahmad Azzam muncul, dah bertahun saya sendiri menginginkannya. Tetapi ternyata ia milik arwah.

Beberapa kali berusrah sepanjang cuti menunggu untuk menyambung pengajian ke peringkat master, akhirnya bertemu jawapan dari teman seusrah, hakikat dakwah itu bukan dilihat Allah Azzawajalla dengan hasilnya. Jika hasil dinilai Mashaallah maka penuhlah neraka Allah SWT.. Apa yang dinilai hanya usaha. Juga bukan jumlah like dalam Facebook yang menentukan kualiti sesuatu post, tapi Allah jua menilai..

Apa ada pada manusia yang saya kejarkan. Tersilap langkah kerana terlalu mengorbankan hak agama sehingga menjunjung nilai mata manusia..itulah saya.

Entry ini pun bukanlah baru ditaip sebaliknya diedit sedikit kerana telah ditaip lama malangnya terlalu lama disimpan dalam peti draft. Waktu saya menaip entry ini, saya berada dalam keadaan kecewa pada waktu itu. Tidak perlulah diterangkan kenapa memandang detik itu dah lama sudah berlalu.

Saya akan switch dari seorang blogger pemalas kepada seorang blogger fulltime bermula saat ini. Nantikanlah tembakan entry bertubi-tubi dari saya nanti..

Sekian dari admin bssilver - Superman ;-)

Comments

Popular Posts