Dulu Ijazah, Kini Master

Permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Silalah klik di sini --> http://www.sps.utm.my

______________________________________________________
Bagi anda yang sudah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dan tiada perancangan hidup selain menjadi penanam anggur, jagung dan strawberri bolehlah meningkatkan taraf pendidikan anda untuk menempa kerjaya yang lebih kritikal. Pensyarah dan ahli akademik mungkin menjadi pilihan sekiranya sambung ke peringkat master dan PhD.

Sumber : afterschool.my

Kenapa bercakap pasal Master ni?

Alhamdulillah akhirnya saya ditawarkan kursus Master untuk sesi Februari 2015 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Dah 5 tahun belajar kat UiTM ni la masanya nak buang huruf 'i' kat situ. Bukan maksud nak buang UiTM tau sebab dah memang "UiTM di Hatiku" selama-lamanya. Nak belajar kat oversea dah tak dapat sebab masa ijazah takde rezeki score cantik untuk dapat biasiswa.

Kenapa sambung Master?

Sekarang ni zaman susah nak cari kerja. Nak berniaga perlu modal besar. Kalau modal kecil tapi otak kena bijak. Muka kena tebal. Kadang-kadang bakat main peranan besar. Inilah dilema oleh ramai kawan-kawan seangkatan dengan saya. Bila bekerja bawah majikan gaji sangat kecil dan mudah dibuli. Dengan kehidupan menjerut, gaji sentiasa tidak mencukupi. Terlalu memilih pekerjaan? Status keluarga, keperluan dan status sosial pekerjaan ditawarkan tidak sesuai pula dengan keperluan diri. Jika terlalu menerima keadaan boleh jadi tak lojik sebab jaga stor kedai runcit Ah Beng pun kerja juga..

Tapi saya, alasan saya lain. Saya mahu jadi seorang pendidik. Seorang murabbi. Seorang yang boleh agen perubahan dalam masyarakat. Saya mahu melabur dalam bidang untuk menjadi seorang ahli akademik. Biasalah tu. Memandangkan peluang saya untuk menjadi seorang cikgu sudah pun boleh diucap 'sayonara', tetapi ini mungkin pilihan terakhir. "Cikgu Orang Tua" ataupun pensyarah. Entah mengapa, pensyarah lebih menarik perhatian.

Apakah alasannya?

Cita-cita saya ada banyak sebenarnya. Ahli perniagaan, penulis, fotografer, rekabina dan juga seorang juruukur bangunan. Perancangannya mungkin bukan di usia ini saya akan menceburi bidang tenaga pengajar. Mungkin 10 tahun, 20 tahun atau lebih lagi ketika usia sudah mencapai pelbagai pengalaman hidup...

Alasan saya ingin menyampaikan ilmu dengan menjadi pensyarah adalah umumnya di IPT pelajar akan datang sendiri kepada kita untuk menerima ilmu. Engineering, Architecture ataupun Business semuanya akan berkait dengan kehidupan bersosial, kehidupan bersyariat. Apa salahnya menyampaikan kalimah Allah walau sedikit.



Kesimpulan

Selepas diterima untuk menjadi warga dua universiti berlainan, saya ingin mencari angin baru dalam mencipta jaringan manusia kerana bak kata pepatah melayu kita, "lain padang lain belalang". Semoga jaringan baru memberi lebih manfaat kepada pembangunan insan ini.

Admin bssilver - Superman ;-)

Comments

  1. Tahniah..tuan blog...hebatt...moga jadi pensyarah yg terbaek... Naek.kn nama melayu...hebat kn english melayu...eh eh eh apsal lak psl english...xde pape..

    ReplyDelete
  2. Eh x hebat la, dlm blog nmpk blog kat luar hampeh..huhu

    ReplyDelete
  3. Slm tuan..nak tanyer kalau dh umur 33 thun dan dh ada degree..masih ada peluang nak jadi pensyarah ke..maksud nya sempat lg ke smbung master n phd.saye pon mcm tuan jugak dah 6 kali apply kpli..sampai kpli dah x wujud lg now

    ReplyDelete
  4. Slm tuan..nak tanyer kalau dh umur 33 thun dan dh ada degree..masih ada peluang nak jadi pensyarah ke..maksud nya sempat lg ke smbung master n phd.saye pon mcm tuan jugak dah 6 kali apply kpli..sampai kpli dah x wujud lg now

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, ruang masih terbuka luas. dalam kelas saya pun dah 3 orang umur da masuk 40an masih bersama buat master. Inshaallah jika ada rezeki mereka nak buat PhD pula. Dont give up. Apply je sps.utm.my

      Delete
  5. Menarik artikel dikongsi dan tahniah tuan..btw saya merupakan RA atau pembantu kajian.Jika ada perlukan bantuan utk penulisan jurnal/mencari jurnal,thesis writing SPSS dan sebagainya juga menulis untuk buku dan novel bolehla hubungi saya 0166371460.Mana tahu nak upah kan..boleh berbincang nt.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts