Kenapa kena Sambung Master? Fikir Semula..

"Alhamdulillah, baguslah kau dapat sambung Master. Aku pun pasang niat nak sambung Master tapi fikir-fikir balik kenapa aku kena sambung Master ye?", ujar seorang sahabatku yang dah 2 tahun tak bertemu.

Saya mula merasakan nada dia agak berlainan sedikit. Tidak yakin dengan pilihan?

"Cuba kita tanya pada Allah andainya kita sembung belajar ni apa tujuan kita?", nadanya mula menyoal;
  1. Nak sambung belajar sebab nak mengamalkan ilmu yang diperoleh kerana Allah.
  2. Sekadar nak belajar sebab ikut-ikut orang dan nasib nak jadi apa lepas tu.
  3. Cuma nak jadi pensyarah.
  4. Sebab tak dapat kerja, so taknak nampak menganggur. 

Sumber flickr
 Ikhlas ke nak sambung belajar. Anda yakinkah niat nak sambung master ni sebab nak amalkannya? Ikuti Hadith ini (Hadith saya cedok dari laman web rasmi JAKIM, Inshaallah sahih dan muktabar):
_________________________________________________________

Hadith #1:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.

Hadith #2:

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga”.

Ni baru kita sentuh bab keihklasan. Sebenarnya di luar sana banyak pekerjaan yang memerlukan anda untuk mempunyai Ijazah sahaja. Tetapi akibat semata-mata nak kelihatan seperti superhero pakai underwear di luar maka niat terpesong 45 darjah pula.
_________________________________________________________

"Masalahnya saya takut peluang belajar ni takkan datang lagi"

Setakat yang saya tahu peluang yang sukar nak datang tawaran sambung belajar adalah tawaran Diploma, Ijazah Sarjana Muda (Degree) dan tawaran dari oversea. Mana-mana pelajar Master dan PhD yang saya jumpa kebanyakan sudah jadi bapak dan mak orang pun.

Saya dah kenal ramai kawan-kawan yang bercadang nak sambung Master setelah tamat Degree. Tetapi setelah ramai mendapat kerja dan bercadang untuk berkahwin maka ramailah menguburkan nawaitu tersebut. Tetapi saya merasakan tidak ada masalah langsung malah menampakkan mereka ada visi lebih jelas dalam hidup.

Jika anda rasa tak jelas dengan apa yang saya cuba terangkan tak mengapa tetapi jawablah dengan jujur persoalan yang saya timbulakn di bawah sebagai penutup:
  1. Bagaimana anda mahu membayar yuran pengajian Master dan PhD yang mahal?
  2. Dari mana anda mahu mendapatkan sumber kewangan jika keluarga bukan berada.
  3. Sanggupkah anda mengorbankan kerjaya yang tak mungkin akan kembali.
  4. Mungkin masa yang diambil semasa sambung belajar akan menjadikan anda bujang terlajak?
  5. Ilmu yang anda timba dari master nanti nak guna ke? Untuk apa? Sekadar sijil?
 Jika sambung belajar kerana ada visi yang jelas maka silakanlah. Tapi jika masyarakat lebih memerlukan anda dalam keadaan berkerjaya dan mempunyai ekonomi yang kukuh, maka kembalilah pada masyarakat sebab sesungguhnya masyarakat tak memerlukan Ultraman untuk menyelamatkan mereka dari raksasa yang ganas.

Tiada apa nak digomelkan melainkan saya akan tutup warkah kali ini pada semua yang telah bergraduasi dari alam universiti ataupun tamat SPM. Dunia in terlalu luas dan deras arusnya. Terjunlah ke dalam arus itu dan bawalah Tuhan yakni Allah bersama. Kerana di saat ini tiada lagi rakan mesra yang biasa menemanmu..

Sekian dari Admin Bssilver - Superman ;-)

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. betul ka master UTM level PHD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tentu PhD lebih susah..tetapi tak dinafikan master di utm ni agak sukar sehingga ada yang berjaya menukarkan master mereka menjadi PhD!!

      Delete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts