Mengira detik menjadi tetamu-Mu: Siri 2

Alhamdulillah....

Telah diperkenan hajat di hati menjadi tetamu Allah untuk bertandang ke kiblat umat iaitu Masjidil Haram di Kota Mekah, Arab Saudi... Tetapi saya bukan di sana untuk menunaikan haji sebaliknya berpeluang mengerjakan ibadah Umrah..



Bulan ni tidak ada entry yang boleh saya kongsikan bersama pembaca blog saya disebabkan agak sibuk dengan urusan persediaan umrah. Di saat ini tinggal tidak sampai 48 jam saya akan berada dalam penerbangan Saudi Arabian Airlines untuk mendarat di Kota Madinah tempat terletaknya Masjid Nabawi dan Makam junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Tetapi entah kenapa saya betul-betul rasa tidak bersedia memikul dosa sebesar gunung melawat makam Rasulullah yang sangat mulia dan juga mengendong panggilan sebagai tetamu di Tanah Suci Mekah. Saya masih ingat di saat saya menaip entry seperti yang berikut:

Mengira Detik Menjadi TetamuMu

Entah bagaimana bersyukur rasanya saya dipanggil untuk menyertai rombongan umrah musim sejuk bersama-sama ayah dan adik lelaki pada kali ini. Ibu? beliau tidak berkesempatan kerana ada hal lain yang perlu beliau selesaikan terlebih utama,

BULAN NOVEMBER YANG TIADA ENTRY LANGSUNG

Saya pun pelik kenapa saya boleh terlepas pandang pada bulan 11. Satu entry pun tak nampak satu huruf pun. Boleh dikatakan kerana saya sibuk dengan urusan konvokesyen dan pendaftaran untuk sambung pengajian ke peringkat Master. Euwwww....master? k.mon lah!

Saya berharap selepas saya pulang dari mengerjakan umrah pada kali ini maka saya dapatlah meningkat produktiviti saya menjadi orang yang berjaya dan melibatkan diri dalam lapangan dakwah dengan lebih gigih. Di samping itu, harap saya bukan lagi seperti yang dulu... ~~ku yang dulu bukanlah yang sekarang~~~

Saya rasa cukuplah menjadi orang yang sentiasa kecundang selama ini. Semoga doa saya di sana dimakbulkan oleh Tuhan yang Maha Pemurah...

Tolonglah maafkan saya kawan-kawan jikalau saya ada mengguris hati,
Sebarang kesilapan dan salah harap tidak lagi disimpan di hati nurani..

Sekian dari admin bssilver - Superman ;-)

Comments

Popular Posts