Introvert. Itu Aku

"Adakah aku introvert???"

Soalan ini hanya anda sahaja yang dapat menjawabnya. Anda pembaca boleh mengetahuinya setelah membaca habis blog ini, tak perlu dengan cara menjawab soalan-soalan Ujian IQ di facebook. Pelik juga sebab tiba-tiba rasa berminat dengan istilah ini kerana sifat introvert ini sangat misteri nusantara.

Sumber : deviantart
APAKAH ITU INTROVERT

Pemalu? Tidak, Ia bukan sifat pemalu. Penyegan? Tidak, ia juga bukan sifat segan. Introvert adalah orang yang merasakan dirinya mendapat ketenangan dan selesa dengan hanya bersendiri dan menstimulasi kekuatan dirinya dengan fikiran dalaman dan mood yang senyap dan damai. Mereka berbeza daripada orang yang extrovert yang merasa lebih kekuatan dan keseronokan apabila berada dalam atmosfera yang meriah dan ramai orang.



Pada pengamatan saya, sifat introvert sebenarnya agak berbeza daripada seorang yang sekadar pemalu. Kerana sifat pemalu itu sendiri sering sangat dikaitkan dengan sifat negatif dan tidak membangun. Sifat introvert pada seseorang mempunyai perspektif lebih menarik kerana mereka sepatutnya mempunyai pertuturan yang baik dan jelas tetapi kurang suka untuk mendedahkan di depan umun secara riuh-rendah.

PENYELESAIAN MASALAH

Bagusnya orang yang introvert ni, mereka berpandangan jauh dan mempunyai pemikiran yang agak unik berbanding orang lain dalam penyelesaian masalah. Introvert tidak suka-suka meluahkan idea ketika dalam satu perbincangan tapi bila anda meminta pendapat daripada si introvert ini secara personal...pooffff!!! macam limpahan koko masuk ke ladang gandum.. Maveles..

BERKAWAN

Orang introvert ini biasanya memendam masalah. Makin dipendam makin berdiam. Mereka jarang untuk berkongsi masalah kecuali hanya pada sahabat yang rapat. Mereka juga suka berkawan cumanya mereka lebih menilai kualiti berkawan berbanding orang yang memilih kuantiti berkawan. Mereka tidak kisah kawan tak banyak asalkan si kawan itu seorang yang jujur dan setia serta tahu serasi dengan pemikirannya. Oleh itu seorang introvert sangat setia dalam bersahabat. Untunglah siapa bersahabat dengan si introvert.

BERSOSIAL DI TEMPAT UMUM

Orang introvert ini juga terkadang nampak jelas di dalam suatu majlis keramaian atau tempat yang terlalu HAVOC dengan sosial sana-sini. Mereka akan lebih biasa duduk dengan kawan rapat mereka seorang dua ataupun memilih untuk duduk di penjuru secara bersendirian. Bila disapa mereka mampu senyum dan menyapa kembali. Malah siap berjenaka lagi. Tapi, hakikatnya mereka sedang membayangkan sebuah tempat yang tenang dan sunyi. Jauh daripada keriuhan itu. Introvert merasakan mereka perlukan tempat bersendirian untuk mengecas daripada kekalutan itu.

FALSAFAH PERBUALAN

Si introvert seorang yang sangat menarik dalam perbualannya. Oleh kerana introvert ini seorang yang sangat memilih butir perbualannya, maka apa yang dicakapkannya kadang-kadang sukar digapai oleh orang yang sangat suka bercakap dan havoc. Introvert selalunya akan terjun kepada punca masalah berbanding masalah bila topik tentang permasalahan tiba. Mereka juga akan lebih suka untuk berdebat dan membincangkan tentang fiksyen sains, buku-buku dan filem yang sudah dibaca atau ditonton oleh mereka. Kebanyakan mereka ini sangat kreatif dalam berkarya.

" Akukah Introvert itu??? "

__________________________________________________________

Sumber : Deviantart by blue-a
Di sini ada senarai yang saya pilih dari psychologytoday.com dan huffingtonpost.com untuk mengetahui anda seorang introvert atau tak.

1.   Tidak suka percakapan "murahan"
  •  Jarang terlibat dalam perbualan murahan yang di dalamnya isi kosong yang banyak cerita menghentam sesuatu pihak dengan cacian dan makian. Juga tidak sewenangnya terlibat dalam perbualan secara beramai-ramai yang terlibat unsur humor.
2.   Sering rasa 'sunyi' dalam keramaian
  • Anda sering merasakan diri anda seperti tiada di situ. Anda lebih suka aktiviti dan kawan mengatur fungsi anda dalam keramaian berbanding memilih posisi sendiri.
3.   Mudah rasa terganggu.
  •  Kalau anda seorang pelajar. Mudah untuk menyatakan anda mungkin seorang introvert apabila anda seorang yang sukar untuk 'study group'. Anda lebih selesa ulangkaji sendirian dan mudah terganggu oleh tekanan-tekanan luar.
4.   Anda terakhir angkat tangan jika diminta beri pendapat
  •   Anda lebih selesa jika semua orang memberikan pendapat terlebih dahulu dan memberikan pendapat jika diminta malah lebih baik jika anda yang terakhir beri pendapat.
5.   Memberi ucapan dalam majlis besar lebih mudah dari bercakap dengan kumpulan atau individu tertentu.
  • Sebenarnya introvert ini seorang pemimpin dan penceramah yang sangat cemerlang. Anda mampu memberi ucapan dalam dewan yang ramai dengan semangat dan humor tetapi selalunya gagal apabila menyampaikan mesej dalam individu atau kumpulan yang lebih kecil. Saya mempunyai sifat ini ;-p
6.   Apabila anda berada dalam bas atau sebagainya, anda pilih tempat yang sunyi.
  •  Pernahkah anda berada dalam bas dan terus naluri memilih untuk berada di tempat duduk paling tiada ramai orang ataupun tempat paling belakang. Anda akan mencari ruang untuk bersendirian sama ada untuk berfikir atau melihat pemandangan luar.
 7.   Lebih suka memakai headphone atau earphone di tempat awam
  • Anda mencipta dunia sendiri dalam keramaian. Tidak suka bertentang mata dan berkomunikasi dengan orang asing dalam perjalanan ke sesuatu tempat melalui laluan awam menyebabkan anda membuat alasan memakai peranti telinga untuk mendengar lagu. Walaupun tiada siapa tahu bahawa mungkin tiada lagu terpasang...
8.   Menulis dan berkarya menjadi kelebihan
  • Apabila anda menulis, tiada siapa boleh menghentikan anda. Anda menulis meluahkan pendapat seperti busur melepaskan panah tepat ke sasaran. Susunan ayat teguh dan kukuh. Berbeza dengan personaliti sebenar anda ketika bersama individu lain. 
9.   Sukar menelefon atau berfikir panjang sebelum jawab
  •  Anda mengambil masa yang panjang untuk menelefon semula rakan yang terlepas panggilan dalam telefon anda. Malah anda terlalu memikirkan ayat sebelum menelefon semula kerana mahu menjimatkan perbualan walaupun kadang-kadang kawan rapat.
10.   Berfikir sebaik mungkin akibat dari percakapan
  • Anda berfikir terlalu dalam dan bercambah-cambah kemungkinan yang akan berlaku sekiranya melafazkan perkataan-perkataan terhadap subjek anda. Malah anda memikirkan dengan terlalu lama sehingga anda kelihatan terlalu pendiam seperti pemalu.
________________________________________________________________



Banyak sebenarnya kelebihan seorang introvert yang lahir daripada sifat-sifat di atas. Tahukah anda berdasarkan sebuah kajian di barat adalah 40 peratus daripada CEO syarikat besar dunia adalah seorang introvert. Introvert adalah seorang yang berhati-hati. Seorang pendengar yang baik. Seorang penyelesai masalah yang unik. Introvert adalah hero. Apakejadah plak kan? Hahaha..

Natijahnya, sifat manusia terlalu misteri untuk dikaji sedangkan kita sendiri adalah manusia. Tak ke Pelik A/L Aneh ke tu? Kalau diri sendiri pun tak boleh nak faham bayangkanlah betapa luasnya ilmu Allah sehingga manusia yang berfikir tanpa dipandu oleh agama (alQuran dan Sunnah) boleh terjun ke dalam Bidaah yang nyata.

Sekian dari admin Bssilver - Superman ;-)

Comments

  1. Awak...sy seorg introvert...ad cita2 nk smbg deg after stpm 2013..tp x kesampaia n...sbb sy xd kykinan ntk bljar ke level too..sy jarang kuaq umah...ad kereta tp xkuaq bejaln...xd kwn teman bejaln...sedihnya hidup ni...awak...sy rase satu kerugian sbb xdpt smbg deg sy mnyesal..skunk umo 21..hurm...abg sy ad deg...sy hmpa dgn hidupni...

    ReplyDelete
  2. Sy rasa n yakin org introvert ni x nikmat dlm buat sesuatu yg melibatkan org ramai..sy takut kalu x fit dgn classmate nnti...mmg sblm ni prnh trjadi...sush nk mix dgn classmate

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pulak dah berjaya graduasi dalam degree. Masa cari kawan tu mesti ada ngam dan tak ngam. Kalau tak ngam tu abaikan jer. Tapi kalau jumpa yang ngam jaga la kawan tu baik2 sebab kita introvert ni susah nak cari kawan yang ngam dengan kita

      Delete
  3. Aku introvert. Masa kecik aku rasa sedih sebab takde kawan. Cuba bayangkan bila masuk darjah satu makan sorang2. Semua budak ada kawan masa tu. Sampai sekarang dah masuk umur 30 tetap tak ramai kawan. Tapi adalah kawan sorang dua sebab ngam dengan perangai. Tapi sedikit sebanyak aku terima jugak keadaan aku yang introvert ni sebab aku dapat kenal manusia tu tahap hipokrit macam mana melalui pemerhatian semasa duduk sorang2. Dah macam pakar penyiasatan pun ada sebab dalam seminggu berkawan aku boleh tau setiap kelebihan dan kelemahan kawan tu macam mana. Aku boleh tau cara dia menipu macam mana tapi aku tak kantoikan penipuan dia sebab seronok dia cakap menipu padahal aku dah tau dia ni menipu. Lepas tu aku akan hebahkan kepada semua orang yang dia ni menipu dan bagi nasihat supaya berhati-hati berkawan dengannya. Lagi dia banyak bercakap lagi aku kenal dia siapa. Selama 30 tahun hidup ni jugak aku dapat pengalaman yang paling berharga iaitu aku boleh tau manusia hipokrit yang nak ambik kesempatan terhadap aku macam mana. Biasanya diorang ni nak gunakan aku jer sebab ternampak aku punya kelebihan yang boleh bagi manfaat kepada manusia hipokrit ni. Tindakan aku pulak aku akan pura2 tolong lepas tu aku akan khianat dia atau aku akan biar bluetick tapi tak balas WhatsApp lepas dia hantar mesej nak mintak tolong. Cara dia nak gunakan aku mula2 dia tanya khabar, lepas tu ajak lepak makan, masa makan baru lah dia cakap niat dia yang sebenar. Aku dah masak sangat dengan helah ni sebab aku selalu jumpa orang macam ni. Jadi tak payah la kesian nak tolong orang ni sebab lepas tolong terus tak nak jumpa. Kalau jumpa pun siap cakap yang menyakitkan hati. Masa nak mintak tolong bukan baik lagi umpama menanam tebu di tepi bibir. Dengan pengalaman ni jugak la aku hampir2 jadi mangsa scammer MOH. dengan sepupu sendiri pulak tu. Bahaya kalau terjerat sebab dia akan brainwash kau. Bila dah kena brainwash umpama lembu kena cucuk hidung. Apa yang scammer suruh kita turutkan jer sampai boleh buat pinjaman peribadi sampai maksimum mungkin. Lepas tu ditinggalkan macam tu jer lepas scammer dah dapat duit kita. Jadi cara tak nak digunakan orang aku tak kan tunjuk kelebihan sebenar aku. Jadi orang akan tengok aku ni bodoh tak tau apa2 padahal aku ni pandai. Lepas dia tengok aku ni macam bodoh dia pun layan aku macam sampah sebab anggap aku ni tak berguna untuk diorang. Tapi perangai aku berlawanan dengan mereka. Aku tak suka mintak tolong orang lain. Kalau ada masalah aku akan selesaikan sendiri sebab dengan usaha sendiri aku dapat hidup berdikari dan ilmu semakin meningkat untuk kegunaan diri sendiri. Aku perhatikan orang yang suka gunakan orang lain ilmu dia takkan meningkat malah semakin bodoh dan susah nak berdikari. Kalau orang tak nak tolong dia, dia akan salahkan orang lain bukan salahkan diri sendiri siap jatuhkan maruah orang itu. Aku menulis ni berdasarkan pengalaman hidup aku mula berdikari semenjak umur 18-30. Kepada introvert yang mahu nak mulakan hidup berdikari belajarlah tentang perangai manusia supaya tidak mudah tertipu oleh mereka. Belajar jugak apa yang aku alami sebab manusia hipokrit ni perangai diorang lebih kurang sama jer. Kepada extrovert yang selalu memandang rendah kepada introvert anda silap sebab bila2 masa introvert boleh kenakan anda dalam diam. Tengok2 anda telah tersungkur

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts