Musim Peperiksaan: Apabila Carry Mark Cuba Mengganggu

Assalamualaikum dan Salam Jumaat kepada sidang pembaca sekalian.

Di saat peperiksaan ini sesungguhnya kita akan diuji dengan berbagai cara. Sama ada dari segi luaran dan dalaman. Kalau dalaman biasanya melibatkan hal peribadi dan biasanya ianya adalah soal hati. Yes, hati kita yang selalu kadang-kadang dihurung bertangguh belajar dan senang hilang tumpuan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. Hendaklah berdoa dan melipatgandakan ibadah sunat dan memperteguh ibadat wajib semoga hati kita diperkuatkan. Inshaallah minda yang positif akan terbit dan kita akan lebih yakin walaupun sedikit demi sedikit gangguan berbisik.

APABILA CARRY MARK RENDAH

Berdentum langit rasanya bila kita cek carry mark kita antara yang terendah dan menakutkan. Begitulah jua yang saya rasai sebentar tadi. Subhanallah..di sini saya sedar saya duji lagi. Sesungguhnya Allah mengingatkan saya bahawa semua ini datang dariNya dan bukan berniat menzalimi hambaNya malah sebagai menguji iman kita.

Allah telah berfirman dalam surah Al-Ankabut yang bermaksud:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?(2)

Jadi ini adalah bentuk ujian kepada seteguh mana iman kita kepadanya. Ingatlah selagi mana Allah telah mngurniakan kehidupan selagi belum tamat musim peperiksaan ini, sesungguhnya perjuangan belum berakhir. Berjuanglah wahai hati yang percaya bahawa "tiada penakluk yang lebih berkuasa selain Allah". Lagipun pensyarah yang pemberi markah hanyalah jua manusia biasa yang juga bergantung hidupnya kepada Allah.

Bagaimana dapat carry mark rendah. Saya anggap ini adalah ujian Allah yang sebenar-benar. Saya sudah study sehabis baik. Tiba hari Test, collapse! Hilang segala yang dah tahu. Ini benar-benar ujian. Jadi, kalau nak jadi benar-benar hamba Allah yang bertakwa. Maka hadapilah ujian ini semoga dosa-dosa dulu dapat dihapus dan darjat dan pahala ditingkatkan. Ameen..

Allah berfirman lagi yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta. 
Surah Al-Ankabut: 3.


Comments

Popular Posts