Isu Ejaan Arab vs Melayu: Mentaliti Islam Nusantara

Bismillahirrahmanirrahim..

ISU PENGGUNAAN "INSHAALLAH" ATAU "IN SHAA ALLAH"

Rasa-rasa anda pernah baca pernyataan seperti di bawah?

Even in arabic, tiada huruf besar dan kecil

Sebenarnya dari pertama kali lagi saya baca benda di atas ni yang kononnya diperkatakan oleh Dr. Zakir Naik saya hampir tidak percaya langsung malah saya terus menggunakan "Inshaallah" dalam mesej ataupun dalam penulisan seharian. Tapi terkadang terpaksa akur apabila orang lebih saya hormati menggunakan "In Shaa Allah" sebab mana tahu saya silap lebih . Saya tahu walaupun saya tiada pendidikan arab rasmi sehebat Maahad seluruh Malaysia tetapi naluri dan gerak hati kukuh menyatakan bahawa insan hebat dan sezuhud Dr.Zakir Naik tidak akan sewenangnya menyatakan bahawa pengggunaan Inshaallah adalah salah.

Dikatakan "Inshaallah" adalah salah kerana maksudnya dalam bahasa arab adalah "mencipta Allah". Jadi pula kita dikenakan untuk menulis 3 perkataan berasingan iaitu "In Shaa Allah" barulah bermaksud "dengan izin Allah". Well, this is not true. Sebenarnya Dr. Zakir Naik tak pernah mengeluarkan pernyataan sebegitu. Ini dah dibuktikan oleh beliau dalam pengakuan akaun Twitter rasmi miliknya seperti dibawah. Tapi kalau still nak guna "IN SHAA ALLAH" pun gunalah, rasanya tiada kesalahan pun lagipun tak patut jadi isu lagi. Lagipun kalau kita sebut guna lidah, dua-dua itu tetap menghasilkan bunyi yang sama. Jadi mana isunya?

Dari mula aku fikir, takkan nak tunggu Dr. Zakir Naik cakap begini barulah negara kita yang merdeka dah lebih separuh abad nak ubah. Mana pergi Ustaz dan para Ulama kita. Takkan mereka tak tahu sedangkan ramai dari kalangan mereka graduan dari timur tengah dan banyak lagi dari negara arab lain.

Ihsan oleh: jomfaham.blogspot.com
Seorang ustaz dari CITU UiTM Shah Alam telah telah membincangkan isu ini. Saya pernah mengikuti kelasnya sebanyak satu kali. Ustaz Abdul halim namanya dan pernah bekerja untuk stesyen televisyen arab, Al-Jazeera sebagai penterjemah mengatakan bahawa ejaan tidak menjadi masalah. Malah satu isu yang timbul bahawa perkataan Salam itu sendiri membawa unsur jahat dari bahasa bangsa lain. Juga beberapa nama dalam Islam yang membawa unsur buruk jika diterjemah dalam bahasa lain. Ini bukan masalah kita sebenarnya kerana itu di luar tanggungjawab kita untuk menentukan adakah bahasa kita bercanggah dengan bahasa lain.

Kalau begitulah, Subhanallah amat sukarlah dunia maka kita kena buat perbincangan kaum dan bahasa seluruh dunia dan duduk meja bulat bagi menyusun semula penggunakan kalimah masing-masing yang sama tapi bercanggah maksud. Kena susun semula pula nanti. Supaya satu kalimah hanya boleh diguna oleh satu kaum saja. Bukankah ini di luar kepentingan kerana apa yang penting niat ketika kita menyampaikan teks atau bahasa tersebut. Kalau baik, maka baiklah ia.

MEMILIH ISU

Sedar tak sedar. Kita orang melayu suka dengan dengan benda yang sangat remeh. Satu benda yang saya tak tersengaja terperhatikan adalah baru-baru ini, kita telah disuap dengan pelbagai keletah dan perangai manusia di dalam youtube yang tidak membawa apa-apa info berilmiah. Hanya berbekalkan ayat-ayat yang pelik dan kadang-kadang menjijikkan serta menggayakan mimik muka murahan maka gemparlah satu nusantara sehingga menghasilkan beberapa macam versi yang mementingkan pihak kapitalis. Orang begini akan jadi seperti goreng pisang panas sedap makan tima panas tu tapi kalau dah sejuk risau dicampak ke tepi jalan atau lebih teruk dalam tong sampah kerana tiada manfaat untuk kita.



Akan tetapi, jika ia diubahsuai menjadi alunan nasyid dan beberapa seloka berintikan nasihat dan teguran lain pula pandangan saya. Ianya menjadi satu keharusan kerana dakwah kita kenalah masuk dari segenap penjuru asalkan ia tidak bercanggah dengan syarak. Sebagaimana elemen barat melalaikan masuk dari setiap sudut, maka begitu jualah Islam harus masuk dari pelbagai sudut. Ini satu "counter-attack" yang sangat penting.

TREND DRAMA KITA

Rasa penat pula bila baca berbagai-bagai isu. Malah ada yang paling best tentang trend drama Melayu kita. Dulu saya ingat lagi trend drama Islamik seperti Nur Kasih dan Ustaz Amirul. Tapi semua berhenti sampai situ jela kan. Masa tu bukan main nak cari calon suami atau isteri yang soleh dan solehah. Tapi kawan, ianya cuma trend, seperti yang saya kata, ia cuma trend. Trend ni macam makanan panas je sebab ia akan berhenti takat itu apabila sejuk.

Trend drama paling hot ketika ini. LELAKI BAD BOY! Haha..segan pula saya nak menulis tentang ini. Hilang segala soleh bila keluar trend yang ini. Dengar cerita trend ini datangnya dari pengaruh drama Korea. Seseorang tolong beritahu jika saya salah. Trend ini menunjukkan plot cerita lelaki yang egoistik dan keras kepala adalah seorang yang baik hati dan romantis sebenarnya. Hmm..mungkin saya tiada kawan lelaki yang baik hati dan romantis yang bersifat egoistik itu. So, perdebatan ini tidak mampu saya kemukakan. Lagipun saya risau anda mula menilai jenis manusia bernama lelaki seperti penulis ini..hehe

ihsan dari: 4.bp.blogspot.com/
Dari sini terbit berbagai-bagai jenis percintaan yang terbina dari karakter seorang lelaki. Kat atas tu adalah cerita kita yang bertajuk "Love you, Mr Arrogant" (LYMA). Fuyoo..saya mengaku dah tengok dan cerita ini serius sebagai manusia biasa memang cool dan best. Haa, tengok juga ye. Tapi tengok 1, 2 episod je. Tapi lepas tu terus faham isu cerita ni. Sejurus tamat drama ini, keluar lagi plot yang hampir sama iaitu "Playboy Itu Suami Aku". Cerita LYMA ni saja dah raih 4.7 penonton.

Hampir semua kawan-kawan lelaki saya mengakui mereka rimas dengan cerita sebegini. Sebab bagi mereka ini satu bentuk brainwash bahawa mereka perlu menjadi lelaki dengan karakter yang hebat dan egoistik jika mereka mahu mencari pasangan hidup kelak. Lagipun lelaki watak sebegini telah menjadi satu trend yang sangat digilai sebab banyak rakan blogger dah perbincangkannya dan responden dari kalangan kaum hawa telah menyetujuinya. Wahai kaum Adamku sekalian, kena jadi Bad Boy kalau nak cari jodoh. Tapi apa susah. Carilah perempuan yang solehah kerana firman Allah:

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Kan mudah kan. Wahai kaum Adam, janganlah kamu bersedih hati lagi kerana janji Allah sudah termaktub bahawa jika engkau adalah lelaki yang baik, dapatlah engkau perempuan yang baik. So, jika biarkan mereka cari bad boy sebab mereka adalah bad girl. Eh, jangan marah ya sebab ni janji Allah. Smile ;-)

Hai admin, macam tak puas hati je. Sabarlah, ni semua sementara. Sebab yang kekal adalah peribadi yang mulia bak kata Matlutfi-Vlogger terkenal. Sekarang apa yang perlu kita tahu bahawa media massa banyak mempengaruhi cara berfikir orang melayu kita daripada beragama sehinggalah kepada mencari jodoh. Sekarang tengok video Matluthfi yang antara paling saya suka dan berkaitan dengan entry kali ni.

MATLUHFI - Bukan Semua Cantik Subjektif


Kesimpulan

Inilah bentuk mentaliti melayu nusantara. Bagi orang yang benar-benar meletakkan Islam dalam hati, saya tak fikir mereka akan senang dipengaruhi oleh sentimen seperti ini. Bukan sahaja dalam pergaulan, malah perkataan dan percakapan akan lebih tahu membezakan mana gurauan mana sindiran. Jika setakat wajah kita saja cantik dan kacak, amat rugi disanjung sebab kulit muka. Sebab ianya hanya kulit muka buku.yang nipis berbanding isi yang tebal. Anda beli buku berilmiah, mesti nak isi dia kan bukan sebab nak amik manfaat kecantikan is kulit buku betul kan. Jika perangai nakal-nakal manja sekalipun jika akhlak buruk sekalipun kita akan jemu dan bosan kerana kepenatan jua. Berbeza dengan hati yang baik, kita tetap akan senang dan mahu kekal selama-lamanya seperti berteduh dibawah pokok yang subur dan rendang.

Sekian sahaja dari admin bssilver -Superman ;-)

P/S: Dah lama nak ulas tentang isu remaja mencari jodoh berikutan isu yang timbul dikalangan rakan-rakan final year yang keliru bab jodoh tapi disebabkan kekangan masa dan sensitiviti, saya tangguhkan ia mungkin sehingga saya dan bekerjaya kelak. Inshaallah.

Comments

  1. drama dan filem melayu lebih banyak merosakan dari membina...semua nak jadi bad boy...yang awek terus layan fantasi...yang hati gelap cita cita nak join kongsi gelap...punah...

    nasib baik lah figura mcm UAI dapat membalancekan remaja masa kini...

    ReplyDelete
  2. Inilah akibat apabila puak kapitalis menguasai industri hiburan, mereka hanya memikirkan untung dan menolak impaknya terhadap pembentukan masyarakat..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts