Takziah Emy..

Bertarikh 29 Jun 2013.
Pukul 1.00 pagi.

Hilmi Nadzri atau nama panggilannya Emy. Telah menerima khabaran yang bakal mengubah hidupnya. Ibunya yang dikasihi dan disayangi telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Kini yang tinggal hanya ayahnya tempat mengadu nasib dan meminta nasihat memandangkan abangnya sudah berkahwin.

Tidak sangka saya saya menerima berita sebegini pada pukul 6 pagi tadi. Hiba dan sedih menerima berita sebegini memandangkan makcik (panggilan ibu Emy) adalah ibu angkat saya sepanjang berada di Perak ketika diploma dahulu. Masih terngiang lagi kiriman salam oleh Makcik kepada ibu saya dahulu..

Masih terasa sedap di lidah keenakan nasi lemak dengan sambal ikan bilis yang Makcik masak. Ayam goreng rempah pun apa kurangnya. Kini, adakah saya akan merasa itu semua lagi. Tidak. Tidak lagi. Semua itu sudah berakhir.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan hidayah kepada arwah Makcik kerana kebaikan makcik masih kami terasa. Al-Fatihah..

Sempat kami iaitu Din, Cikoi, Zarul, Bobby, Fares dan saya sendiri bertolak ke Teluk Intan sejurus menerima berita itu. Memandu kelajuan 140km/j tidak terasa jauhnya perjalanan. Sehingga kami tiba di perkarangan rumah Emy, tergambar peritnya dugaan yang beliau hadapi. Dengan mata masih kemerahan dan rambut tidak terurus, saya segera memeluk beliau.

Teringat satu hadis Rasulullah tapi saya dah lupa berbunyi : "Dan apabila MATA IBUmu sudah TERTUTUP, maka HILANGlah satu KEBERKATAN di sisi ALLAH, iaitu DOA SEORANG IBU.."

Sekian. Admin bssilver- Superman.... 

Comments

Popular Posts