Kenapa Nak Jadi Pendakwah?

Beberapa jam yang lepas tamatlah program dua hari berturut-turut. Jadi Emcee sementara la tadi. Ada gugup sikit di atas pentas. Biasalah orang muda macam saya.

Tak tahu sekali lagi perasan sayu dan hiba merantai diri pada malam ini. Eh, malam kebendanya.. dah pagi buta pukul 2.25 dah pun. Semua itu tidak penting lagi pada kali ini. Yang penting saya rasa nak luah semua dalam blog pada pagi ini dalam keadaan assignment tak siap nak present esok hari. Kenapa ni?

Kenapa saya niat sangat nak jadi seorang daie? Best sangat ke dakwah? Apa guna kita berdakwah kalau orang tak nak dengar dan ambil peduli?? Kalau orang taknak kawan dengan kau macam mana? Macam mana kalau semua assignment kau tercicir?

Bagaimana kalau kesilapan lama kau orang simpan dan hari ini kau yang nak jadi daie sangat ni kena bayar balik akibatnya apa yang kau perbuat dulu? Tah kenapa saya rasa saya dah kena bayar balik perbuatan saya dulu. Susah bila kita buat silap yang kita tak nampak dan orang nak kita bayar balik perbuatan kita dulu..



Saya harap dosa yang nampak mahupun tidak mereka dapat maafkan. Mungkin kalau saya tiada di sekeliling baru mereka akan memaafkan saya. Kalau begitu saya redha. Asalkan mereka menerima qada dan qadar. Biarlah segala sumbangan dan bantuan dicurahkan menjadi sedekah kepada mereka agar menjadi naskah membuka hati mereka untuk menerima saya kelak.

Sekarang pintu dakwah semakin berliku. Berbagai cara saya buat. Saya pelbagaikan corak dakwah. Dari lisan, kuasa mahupun teladan. Tapi ditutup dan dipandang sepi. Bagaimanakah mahu aku ikut engkau Ya Rasulullah ke syurga jika gerbang dakwah pun tidak dapat aku menahan bahangnya!

Saya cuma mampu berdoa kepada Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang agar membuka pintu hati mereka supaya ada ruang untuk saya menjadi seorang kawan, sahabat, teman dan taulan yang berfaedah dan mampu menggembirakan mereka dan menjadi peneman di saat berduka.

Memang hiba. Sedih. Pilu. Kejam dan gelap rasanya dunia. Ya Allah di saat ini berilah kekuatan kepadaku dan kurniakanlah rahmat dan keberkatan dalam usahaku menawan hati manusia-manusia yang aku mahu dekati dan membina ikatan silaturrahim.



Kini lorongku sempit. Aku memasuki terowong itu. Semakin gelap. Aku tersepak sesuatu! Bukk! Aku tersungkur. Penuh debu dan berlumpur diriku kini. Untuk terus hidup, aku merangkak dan terus merangkak. Terasa sempit kiri dan kanan menghimpit tubuhku. Dadaku makin sesak..sukar bernafas. Aku mengerang. Tiada siapa yang dengar. Aku megiring sedikit. Gunakan tangan kananku sahaja untuk merangkak. Aku berjaya melepasi bahagian sempit. Kini tempat itu sudah lebar. Tapi tangan kananku luka dan berdarah kerana serpihan batu ketika merangkak. Aku sudah penat. Mataku sudah pudar pandangannya..aku longlai. Aku tak berdaya. Seolah menunggu ajal di situ. Dunia makin gelap. Aku.......

Comments

Popular Posts