Peluang kedua: Cukupkah?

Baru hari ini saya tersempat menjengah karya-karya Mat Luthfi yang memang top dalam antara banyak-banyak video yang ada dalam Malaysia nih. Yang terbaru tajuknya adalah sebelah sayap. Kalau ada yang belum pernah tonton dan kebetulan internet tengah laju tuu..silalah klik kat video di bawah. Tajuknya "Sebelah Sayap".


Memang saya cukup kagum dengan video mamat ni. Entah dari mana ke-genius-an beliau menjentik kemampuan otak manusia biasa untuk berada ke satu tahap dan kelasnya yang tersendiri. Video ini saya hadap ketika tengah tertekan menyiapkan video arab untuk diambil markah pada minggu ini.

Lusa ada exam dan saya tak pernah study satu sujek pun untuk exam semester ini. 9 subjek dan hanya 6 paper exam mungkin tidak banyak bagi anda tapi assignment tidak dapat saya siapkan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum exam. Teruk tak si penulis blog ni?

Berbalik kepada poin yang awal tadi, apa yang saya boleh katakan adalah adakah saya mampu untuk meraih peluang kedua dalam semester ini? Sebagai seorang muslim yang sering berkata tentang dakwah, islam, dan seangkatan merasakan perlu peluang kedua itu diraih sebaik mungkin.

PELUANG KEDUA

Semester ini saya rasa memang down gile. Lecturer pun sampai perasan dan tegur saya dalam kelas. Sukar. Sedih. Hiba. Letih. Terlalu berat agaknya assignment yang diberikan oleh lecturer sehinggakan assignment arab oleh Ustaz Amin terpaksa kami minta tangguhkan untuk memberikan laluan kepada assignment kursus kami...............

Sudah terbiasa berada dalam fakulti menyiapkan assignment selama dua hingga tiga hari tanpa pulang ke bilik dan mandi pun. Sehinggakan putaran malam dan siang sama sahaja bagi kami yang menyaksikan mereka bertukar ganti tugasan menjaga waktu bekerja dan istirehat untuk manusia. Berlarutan perkara ini berlaku sejak minggu ke4 samapailah sekarang..

Peluang KEDUA.

Terasa berat.Memikul cabaran untuk meraih anugerah dekan buat kali kedua. Ini adalah peluang saya untuk membuktikan mengapa perlu kita meletakkan ajaran Islam dalam jalan hidup kita sebagai seorang pelajar. Dan Islam yang mengajarkan saya kenapa saya perlu seimbangkan akademik dan tarbiah agama. Buktinya perlu saya tunjukkan semester ini. Agak terkejut melihatkan hanya ada seorang sahaja dalam kelas ini yang berjaya meraih anugerah dekan pada semester lepas.. Jika dia terlepas dekan semester ini, Allah tahu sebabnya dan tiadalah muncul peraih Anugerah Naib Canselor akan datang..alangkah terduganya..

Mengapa perlu saya mengejar akademik? Pentingkah buat saya?

Tiadalah pendakwah melainkan dia muncul di tengah-tengah kepayahan. Menunjukkan jalan kebenaran. Menginsafi setiap hari dosa yang dia lakukan. Mengangkat martabat rakan seangkatan dengan ilmu dan kesedaran dalam hati. Dia menggunakan sepenuhnya tenaga dan ilmu di dada
untuk dirasai bersama-sama oleh seluruh umat manusia. Memiliki kelebihan untuk dikongsi. Bukannya untuk dikuasai sendiri. Itulah misi saya.



DOSA

Acapkali saya melakukan dosa. Saya akui. Sukar untuk mengelakkannya dikala dosa pada hari ini dianggap adat. Meninggalkannya dikatakan tabu. Melawannya dikatanya Ustaz. Menjulangnya tak tumpah disamakan cara hidup baru. Apakah pilihan saya sebagai manusia kerdil di atas muka bumi ini? Bolehkah memilih antara melakukan dosa atau pahala. Di manakah relevannya menjulang akademik tapi tidak membawa risalah Islam bersama? Untuk apa?

Fikirkanlah.. mempunyai kelebihan untuk dikongsi. Bukan sekadar memiliki

Admin bssilver- Superman ;-)

Comments

Popular Posts