Result exam, kesan baik dan buruk.

Assalamualaikum semua..

Hai, apa khabar? Moga-moga anda sihatlah hendaknya ok. Kalau tak sihat dan demam-demam setelah keluarnya result exam baru-baru ni saya doakan agar diberikan kekuatan dan kesihatan kepada kalian.

Amacam? Berdebar tak dengar tajuk yang saya taip di atas ni? Isk..isk..






Kini detik-detik yang kita sebagai seorang pelajar tunggu-tunggu telah tiba dan berlalu dua hari yang lalu. Penantian itu suatu penyeksaan bukan? Saya percaya malah sebelum ni ada yang terbawa-bawa dalam mimpi bahawa result dah keluar. Saya pun. Malah result dalam mimpi itu memag worst ever la.


Alhamdulillah. Apa yang dah berlaku dah pun berlaku. Semester pertama saya dalam ijazah sarjana muda ukur bangunan diharap mampu memotivasikan diri saya agar jadi lebih kuat dan bertambah berhati-hati selepas ini.

Kini saya pula amat berdebar-debar menanti semester-semester seterusnya sehinggakan tak fikir lagi bila nak bertolak ke Shah Alam.

Kepada yang dapat result yang baik dan hebat, jangan lupa bahawa ni adalah nikmat daripada Allah kepada anda agar anda menjadi hamba yang bersyukur. Jangan lupa juga bahawa janganlah menggunakan result yang baik itu untuk meletakkan diri lebih tinggi berbanding yang kurang bernasib baik. Bayangkanlah jika result cantik anda adalah istidraj (nikmat untuk menyesatkan lagi seperti kisah Firaun) maka banyak-banyakkanlah merendah diri dan bermuhasabah bahwa semua ini kurniaan Allah maka bersyukurlah kepadanya.

Sesungguhnya gunalah kelebihan yang anda perolehi sebagai mandat untuk membantu rakan-rakan lain dan memberi manfaat kepada orang-orang di sekeliling. Alangkah ruginya melihat segelintir yang mampu mendapat anugerah dekan tapi hanya mementingkan diri sendiri dan apabila diminta tolong, hanya berdalih. Jadi, apa gunanya kita mendapat kelebihan ini? Moga-moga kita tidak jadi sebegitu rupa...Inshaallah.

Tapi bagaimana pula dengan kita yang dapat keputusan yang kurang menyengat? Adakah kita kurang pandai berbanding mereka? Perlukah kita menamatkan perjuangan ini? Inilah dugaan daripada Allah. Mungkin benar berat bagi sesetengah dari kita untuk menerimanya apatah lagi pada semester yang pertama, tapi inilah masanya untuk mengenal siapa sahabat anda dan siapakah yang sekadar menjadi 'kawan'.

Di sinilah sahabat anda berperanan sebagai seorang sahabat. Jika dia seorang sahabat mana mungkin dia akan meninggalkan anda tanpa dapat mengesan kesedihan anda apatah lagi berkongsi pendapat dan menguatkan anda. Ya, inilah masanya tanggungjawab baginya.



Jika dia hanya 'kawan', mungkin dia akan sedikit terkesan dengan keputusan exam anda dan akan berubah sikap menjadi yang kurang disenangi. Banyak-banyakkan bersabar dan anda adalah insan yang dipilih Allah untuk menghadapi cubaan ini. Mungkin tidak banyak yang boleh saya kongsikan tapi percayalah saya pernah melalui itu semua.

MUHAMMAD LOVES YOU

Belajarlah dan terus mengubah dunia. Malah nabi junjungan mulia Rasulullah S.A.W mendapat wahyu pertama oleh Malaikat Jibril di Gua Hira' yang berbunyi:



اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
“Bacalah dengan nama tuhanmu yang menjadikan
خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ
Yang menjadikan manusia dari segumpal darah
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia“
 
(Surah Al-Alaq: ayat 1-3)
 
 
Dengan ini, semoga kita sama-sama dilimpahi rahmat dan hidayah olehnya. Gunakanlah masa muda anda sebaiknya dengan berdakwah dan elakkan dari menamatkan perjuangan dalam pelajaran sebelum ia mencapai ke kemuncaknya.

Setakat ni saya hanya berani meletakkan al-Quran dahulu sebagai sumber rujukan dalam blog bersama-sama hadis Bukhari dan Muslim. Yalah, saya bukan perawi..huhu tapi risau juga jadi seperti di bawah

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Kelak akan ada di antara generasi akhir dari umatku orang-orang yang meriwayatkan kepada kamu hadis yang belum pernah – juga bapa-bapa kamu – mendengarnya. Untuk itu, hindarilah mereka.”(Hadis Riwayat Muslim).
 
Yang ini pun serius juga:

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Wah makin serius nampaknya...Tapi tak mengapa. Mungkin ada ulasan di sebaliknya.

Comments

Popular Posts