Kita nampak itu, tapi ini tak nampak?

taken from deviantart.com


Sedar2 dah pukul 5 petang..ish2..banyak betul masa yang terbuang waktu cuti macam ni..

Sejak cuti sem ni, banyak betul waktu lapang. Rasanya korang buat apa? Sama ada korang ada aktiviti yang biasa student waktu cuti adalah iaitu tidur waktu petang, main game, chatting, shopping, travelling and studying.. Upss, studying?

Saya malas nak tulis serius2 waktu petang macam ni lagipun kalau asyik serius dan dok nasihat orang macam kita ni power sangat lah kan? Padahal setakat tengok cite Power Rangers je.. Tak patut..2x...

Saya pun dok baca cerita2 menarik tentang personaliti ataupun pengalaman orang lain dan kadang2 kita overly amazed dengan cerita2 menarik dorang kan? Sampai rasa camni:

"Hebatnya korang ni, aku ni tah bila. Dah la camni je....bla..bla..bla..dan bla lagi.."

Siapa kata kita semua tak hebat? Hebat tidur lebih masa, juara di meja makan, manusia terakhir datang ke kelas..haa..bukan ke tak semua orang mampu buat macam tu?

Tapi kan, kalau kita asyik terkesima dengan kepoweran beliau2 ini..siapa pula nak amazed dengan kelebihan diri kita?

CERITA PASAL "AMAZING"

Batu pun boleh pilih jadi amazing tau   -   originated by designyoutrust.com


Kita la sebenarnya yang patut kagum dengan apa yang ada pada kita. Bukan dengan cara riak. Tapi dengan cara bersyukur. Apa dia? Kita kan makhluk ciptaan Yang Maha Pencipta. Takkanlah Allah tidak memuliakan ciptaannya melainkan kita yang merendahkan dan kufur.

Yang mudah:

Kita nampak ada orang benci kat kita, tapi tak nampak lagi ramai orang sayang kat kita;

Kita nampak kelebihan yang ada kat orang yang takda kat kita, tapi tak nampak kelebihan kita yang takda kat dia;

Kita nampak orang lebih pandai dari kita, tapi kita tak nampak apa kepandaian kita;

Kita nampak orang rajin daripada kita, kita tak nampak bahawa itu pilihan semata-mata;

Kita nampak orang lebih berjaya daripada kita, tapi kita tak nampak peluang besar di depan mata;

Kita nampak orang dok cerita happy pasal dia, tapi kita lupa semua manusia diuji dengan kesusahan;

Kita nampak orang lain bahagia, tapi kita tak nampak bahagia diri kita;

Kita hanya mengagumi orang tapi tak sedar orang lain mengagumi kita.

Akhir kata..Kagumi Kuasa Tuhan yang menciptakan orang hebat..by admin bssilver-superman ;-)

Comments

  1. Err naz, gambar batu uh hoaxes,fakes...x da pape, mgkn kw dah tw, tp sj klu kw x tw, kot2 t kw jd mcm blog2 lain yg mengagungkan kuasa ilahi, tp x kaji source..salam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, sebenarnya aku dah tau tpi ni je sumber yang nampak best. anyway, batu terapung yang sebnar sudah disimen supya bercntum dengan bumi di Masjid Kubah di sebelah Masjidil Aqsa

      Delete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts