Kereta, jenama, lesen...

Ponn...ponn..tepi..tepi bagi laluan...!

"Mak aih, nak pergi mane hensem ni? Nak ter b*r*k ke?

Kuang...kuang..kuang..

Atas ni intro je. Teruk tak? hehehe.. Sebenarnya post hari ni ni cerita sedikit pasal kereta. Nak cerita sedikit kat pemandu-pemandu ataupun bakal pemandu di dalam Malaysia agar berhati-hati jangan asyik nak pecut melainkan lambat ke kuliah...aduh, pedasnya cili...

Kalau pedas minum vitagen. Baik untuk penghadaman anda.. baik punya iklan..

Dengan ringkas dan padat, tanpa membuang masa di bawah saya senaraikan perkara-perkara yang pemandu kena ingat (pendapat peribadi):


  1. Bagi signal kalau nak belok. Please, tolong bagi signal. Saya merayu...
  2. Kalau bawak seloww, lalu lorong kiri. Yang kanan untuk pelumba profesional.
  3. Pakai seat belt. Ada sesetengah kereta akan berbunyi alarm kalau tak pakai mcam proton preve..
  4. Jangan tumpangkan sesiapa yang melambai kereta anda terutama waktu malam..
Itu saja nak ingatkan. sebab atas ni basic dan memudahkan pemandu lain kalau jadi apa-apa. So, sebenarnya post kali ni bukan apa. Cuma nak bagi penghargaan kepada kereta nasional yang kini semakin baik. Walaupun pintu atau tingkap asyik meragam..hmmm

DARI AKHBAR KOSMO!

Subang Jaya: Model sedan Proton Prevé menerima anugerah penarafan lima bintang dalam program Australasian New Car Assessment atau lebih dikenali sebagai ANCAP selepas dinilai menerusi tiga ujian perlanggaran iaitu meliputi bahagian hadapan dan sisi oleh pakar bebas di makmal khas di Australia.
Untuk layak mendapat pengiktirafan ANCAP, kenderaan baru akan dinilai dan markah dikumpul daripada kombinasi kategori ujian serta kriteria yang khusus. Untuk memperoleh pengiktirafan tertinggi, Proton Prevé perlu mencapai standard antarabangsa tertinggi dalam semua kategori ujian.

Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Berhad (Proton) Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata, Proton terus memacu ke hadapan untuk mengubah persepsi orang ramai mengenai jenamanya yang kini terbukti menerusi pencapaian terbarunya.
“Selari dengan perkembangan semasa, model kereta kami bukan saja mampu dimiliki, tetapi kami mahu pelanggan tahu bahawa produk Proton juga berkualiti.

“Pencapaian ini adalah bukti peningkatan kualiti kereta Proton dan Proton Prevé diiktiraf sebagai sebuah kereta yang selamat, sekali gus setanding dengan model antarabangsa lain,” katanya di sini, semalam.
Foto
PROTON Prevé dinilai menerusi tiga ujian perlanggaran.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/2013022706293820130227062938/Article#sthash.7TW8Hoao.dpuf

Comments

Popular Posts