Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013!!

Lepas ni cikgu tak nak nampak kamu dok tulis tarikh 2012 lagi dalam buku latihan ok?! Lepas ni mesti ada yang silap punyalah..macam saya ni tak pernah jadi budak sekolah pulak kan? haha..

Saya nak buat assignment tapi selagi tak menaip blog rasa macam tak lengkap pulak kan sebab saya ni pantang ada hari perayaan rasmi je mesti nak hebahkan kat seluruh dunia betul tak?

Sebagai seorang manusia yang pendosa saya seperti biasa memohon MAAF (sekali lagi) bukan kerana mencapai tahun baru sahaja tapi juga kerana hari peperiksaan akhir semester makin hampir. Siapa yang tak takut kan? Saya bukan nak mengadu tetapi macam biasa pelajar ukur bangunan macam kami ni haruslah (wajib) ada assignment tengah-tengah exam. So, assignment dengan study kenalah berjalan serentak umpama seiring dan sejalan dendangan syarifah aini..

Ada tips untuk exam tak?

Mestilah ada! Memang basic gila tapi kalau inipun kita lupa tak payah ambil exam la kan. Apa konsep yang basic sangat2 tu ha?

Usaha dan Tawakkal!

"Ala..ni basic sangat. Tak mahulah."

"Jangan nak mengada-ngada. Mai dengaq dulu"

Kalau nak ambil exam mestilah kena...study.

Kalau study, itu namanya USAHA.

Kalau dah USAHA, lepas tu buat apa?

Jawapannya TAWAKKAL.

TAWAKKAL adalah dengan BERDOA.

Maknanya dah tiada lagi rasa gelisah kerana anda dah bertawakkal yang bermaksud berserah diri kepada Allah dengan lintasan doa. Jadi, itulah bagi saya seorang pelajar muslim yang sepatutnya. Tak perlu takut lagi dengan kemungkinan tidak dapat dekan kerana kita sudah usaha dan biarkan sahaja takdir menentukan.

Sebenarnya saya pun agak goyah dengan semester ini. Kenapa saya taip semua ini? Kerana ini semua kata-kata kepada diri saya sendiri supaya saya muhasabah diri. Jika saya tak menaip maka saya akan terlupa pegangan saya sendiri.

Sekali lagi kalau sesiapa yang membaca blog ini merasakan saya tidak sama seperti diri saya di dalam blog, maka sememangnya anda adalah betul. Blog ini menampakkan saya terlalu sempurna lebih dari realiti. Tapi tulisan dalam blog ini adalah sekadar perancangan hidup saya dan saya cuma cuba mengamalkan sekadar yang saya mampu.

Kata yang mudah: Blog ini hanya usaha saya, Realiti saya adalah hasil tawakkal selepas saya berusaha.

BERUSAHA TANPA TAWAKKAL ITU SOMBONG, BERTAWAKKAL TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN KOSONG.

Selamat beramal ;-)

Comments

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts