Reunion of Legends! (mencarut)

Diberitakan bahawa pada hari isnin ini, keempat-empat lagenda akan berkumpul untuk menimbulkan hiruk-pikuk yang akan membingitkan telinga serta merosakkan pemandangan setempat di kawasan Seri Iskandar, Perak. Hal ini kerana keempat-empat orang suspek tersebut yang dikenali sebagai Faisal, Naz, Zarul dan Amy akan beradu tenaga umpama di dalam sebuah filem blockbuster Hollywood bertajuk "The Expendables".

Kepada penggemar-penggemar filem aksi ganas dan seram, anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat doktor pakar berdekatan di hospital swasta kerana suasana kali ini mungkin berbeza dan sedikit mencarik-carik keberanian anda. Ada bran?

Apa yang kecoh-kecoh ni?

MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN YANG KE-77 DI UiTM PERAK!

Sudah lama tidak bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan membuatkan saya sebagai penulis blog ini terasa amat tidak sabar-sabar untuk melangkahkan semula kaki ini buat kali pertama selepas meninggalkan diploma awal tahun ini.

Semangat ukhuwah yang terjalin selama lebih dari 3 tahun dalam menempuh pahit manis bersama di atas bumi ciptaan Ilahi menjadikan reunion ini jadi lebih istimewa. Mana taknya, masing-masing membawa haluan hidup masing-masing. Ada yang dah bekerja, belajar di Shah Alam malah ada yang masih stay lagi di Perak.

Di dalam post ini, penulis mendoakan agar kita bersama-sama membawa haluan kita sebagai khalifah di muka bumi agar tidak lupa untuk mengingati erti sebenar perjuangan sebagai seorang pelajar muslim.

Semoga dalam pertemuan itu nanti, tiada corat-coret hitam yang akan menconteng kertas putih yang melipat kisah kita di bawah langit biru penuh rahmat. Semoga payung Inayah akan mengiringi kita dalam perjalanan penuh resah, agar ditunjukkan tempat berteduh yang lebih Islamik.

Kadang-kadang takut juga nafsu memandu kita ke arah yang salah sehingga kita melupakan yang kekal abadi. Tapi itulah hakikatnya. Fitrah manusia hendakkan ke arah kebaikan tapi kita yang membengkokkannya.

Menaip dalam keadaan tergesa-gesa menjadikan kali ini setiap tulisan saya tidak ditapis sama sekali. Ianya dilahirkan langsung dari hati tanpa dinding sebagai penahan isi.

Renung-renungkan dan selamat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar Muslim sejati.

Comments

Popular Posts