Dunia untuk manusia, manusia untuk akhirat

Siapa rase ayat kat atas ni betul angkat tangan! Ok, Siapa rase ayat ni salah sila angkat ekor! ekor? Siapa yang angkat ekor tu cepat blah jauh-jauh sebab post ini untuk manusia sahaja. Jadi, siapa kata kita kena pilih dunia jika nak terus hidup dalam dunia ni, sebab dunia yang pilih kita dan kita kena pilih akhirat betul atau tidak? Salah? Apa? kena pilih dua-dua sekali? Boleh ke? Anda janganlah terlalu memikirkan kata-kata saya yang serba serabut ini kerana saya ada penyelesaiannya..

'Pilihlah jalan Akhirat kerana anda akan dapat Dunia sekali' ;)

SOLAT - Jangan sesekali tinggalkan solat kerana ini menunjukkan bahawa anda seorang yang abaikan tanggungjawab! Kesan dan impak maksima apabila kita meninggalkan solat akan menjadikan kita kerugian dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan walaupun perkara yang baik, ok itu yang pertama.

Yang kedua dan paling ketara jika anda semua melambat-lambatkan waktu solat ini akan melatih diri anda supaya tidak menepati masa atau kata-kata anda. Tak percaya? Lihatlah rakan-rakan anda di sekeliling yang sukar menepati kata-kata mereka terutama dalam pertemuan, jika solat mereka tidak terjaga (tinggal atau melewat-lewatkan) selalunya punctuality paling sukar buat mereka..

LAGU - Yang ini agak berat sedikit dugaannya. Bila ada lagu baru mesti ada yang sedap, mesti ada yang sentimental, mesti ada kaitan dengan  'si dia'. Biasalah kita sebagai manusia amat sukakan lagu yang seiring dengan jiwa kita. Saya syorkan nasyid untuk diperdengarkan dan dinikmati sebagai halwa telinga anda. Apa? Bosan? Kalau bosan, dengarlah lagu kegemaran anda semula seperti Bruno Mars, Spider, Hafiz Awan Nano ke supaya dapatkan mood yang sesuai dan ikut trend jiwa muda anda.

Tapi kenapa nasyid? Nasyid adalah medan dakwah yang paling mudah dan menghiburkan kerana ianya mudah dihafal malah liriknya jika meresap kedalam jiwa anda, maka Insyaallah akan menjadi amalan anda seharian. Sebaliknya jika anda memilih lagu yang bersifat memberontak, sifat memberontak dan kasar jugalah menjadi rutin anda.. Banyak contoh untuk didapati (tengok member2 uitm cukuplah kot).

Bagi saya dua resepi di atas cukup harmonis dan cukup mudah untuk dipraktikkan oleh kita kerana selemah-lemah iman kita pun takkanlah berat sangat perkara di atas, itu belum kena baca Kalamullah lagi, Zikrullah lagi, dan sebagainya. Bayangkanlah, dengan solat pada awal waktu sahaja kita telah menjadi seorang yang menepati janji pada Allah, seterusnya punctual pada waktu perjumpaan, seterusnya tidak lewat datang ke majlis ilmu, seterusnya orang pun selesa buat urusan dengan kita, then kita pun ramai kawan yang baik, lepas tu kita pun dapat keseronokan untuk terus hidup, bekerja dan beramal.. Amacam? Best tak idea ni? So, akhirat dapat, dunia pun dapat juga kan..

Kalau lagu pula, pilih nasyid sahaja menjadikan kita seorang yang berckap berdasarkan pada fakta kerana nasyid biasanya mengandungi cerita yang baik lagi munasabah. Jika lagu pasal cinta pun, tahap jiwangnya memang dikawal agar tak masuk pula cerita tentang 'pegang erat t*ng*nmu' dan yang lain-lain. EUww..

Menjadi remaja memang sukar mengawal emosi dan perasaan tetapi itu bukan alasan untuk kita terus menghukum kesilapan atau menunjukkan perasaan kita tidak kena tempat. Jika kita sibuk sekalipun janganlah lupa bahawa Allah sedang menguji kita. Berkata tentang istilah sibuk, kerap  kali saya ditanya rakan sepejabat di tempat praktikal:
"Busy nampak?.
Saya berhenti bekerja sekejap sambil senyum, "Mana ada busy"



Inilah rutin saya kerana bagi saya jika ada orang berkata begini kepada saya ketika saya dihimpit kesibukan duniawi, saya bersyukur sangat kerana Allah sedang mengingatkan saya. Alhamdulillah..

Saya kagum sangat pada dua orang pemuda ini yang amat hebat  dalam memnyeimbangkan dunia dan akhirat mereka iaitu Aiman Azlan, 21 (youtuber) dan Hilal Asyraf, 22 (novelis, blogger, daie). Tapi tiadalah hendaknya jadi seperti mereka kerana kita ada bakat masing-masing bukan?

Comments

Popular Posts