Detik-detik Cemas

Informasi kepada semua pelajar Building Surveyor sekalian, repot praktikal untuk semester 6 tahun ini perlu diperkemaskan kerana pensyarah akan memulakan siri jelajah keliling Malaysia untuk mencari mangsa yang sedang tidur ketika waktu bekerja. Hehehe. Apa-apa pun saya mengucapkan selamat berjaya kepada anda semua dan saya percaya repot saya tidak sebaik repot anda semua.

Tajuk repot saya untuk dipersembahkan pada kali ini akan saya dedahkan iaitu 'Refurbishment Works on Royal Johor Polo Club, Pasir Pelangi Palace'. Palace? Istana? Memang saya dah keluar masuk istana seolah-olah seorang Putera Raja (walaupun asyik kene tinggalkan Mykad pada askar penjaga istana jek). Best memang la best sebab berpeluang tengok lebih 8 bijik kereta Rolls Royce depan mata tapi nak sentuh jangan harap la kang tak semena-mena belakang saya tiba-tiba rase pedih pula.. hehehe.

Apa yang pasti, patik dapat mengadap Tuanku Sultan walaupun baginda mungkin tidak mengenali diri patik yang poyo ini.. Tiba-tiba rasa macam dah lari topik pula kan.. tidak mengapa kerana tujuan patik menulis post kali ini adalah sebagai bahan rujukan rakan-rakan yang lain yang sangat hendak tahu tentang Ukur Bangunan ini. Di bawah ini ada sekeping gambar yang saya tangkap menggunakan sedikit skill biasa-biasa:
Bangunan kecil ni la pejabat kelab polo
Detik-detik cemas? Repot masih belum siap jer. Masak la jawabnya..

Comments

Popular Posts