Pelik? Tapi kita suka!

Berita gempar! Biskut "semayang cina" menjadi viral!


Zaman kanak-kanakku lebur dibawa angin kus-kus..TIPU la berita ni. Seboleh-boleh waktu tu saya tolak dengan anggapan, kenapa makanan yang dibuat secara halal, dengan asalnya dari bahan dari alam ciptaan Ilahi, disebut sebagai biskut "semayang cina"?

Adakah kerana perbuatan non-muslim menggunakan makanan sebagai simbolik perayaan agama, maka kita tolak begitu sahaja lalu cop dengan nama bukan-bukan?

Kalau ianya tidak halal, kenapa namakan dengan nama begitu? Sebab bukan semua tidak halal..

Siapa tak tahu pasal ni, bolehlah cuba google.

______________________________________________________________________

Ada satu tempat ni memang tempat untuk kita check-in sentiasa.. Nak doa, kita check-in. Nak makan, kita check-in. Sampai nak beli beg tangan (sebab kat rumah tak ada yang match) lagi la ramai check-in.

Tempat yang saya maksudkan tak perlu kot nak bagitahu..sudah terang lagi bersuluh. Haha..memang hari ini kerja saya menghentam saja..Bukan niatnya begitu. Cuma mencari penyelesaian di samping membongkar rahsia dari tirai kamar.

______________________________________________________________________
 
 APA YANG KITA CARI?

Dalam kita mencari perhatian manusia.. kita sanggup lakukan pelbagai lagak ngeri dan stunt tak pernah dibuat dek orang. Kalau Hang Tuah terlihat perilaku anak bangsa sendiri hari ini, mungkin beliau akan koma 44 hari.

Jujurnya..apa sebenarnya yang kita cari? Bila boring call awek, bila boring tengok wayang, bila stress makan kat tempat-tempat hipster..haa HIPSTER pun satu hal. Kalau nak nampak bahagia, kena snap kita makan kat tempat hispter...mana bole tak update, gila mahal aku bayar makan kat kedai hipster, orang suruh aku makan senyap-senyap? Itulah fungsi Iphone 7s plus minus untuk diupload ke facebook dengan hashtag #boring #jommati #hipsterilluminati... Haa..Iphone dah satu hal. Manakala, Instagram adalah penutup penghulu segala hari.

Ciri-ciri kedai hipster.

 KITA CARI "BAHAGIA"

Kenapa bila STRESS, kita makan? Sebab kita nak rasa bahagia semula

Kenapa bila kesunyian, kita call gilapren dan buayapren? Sebab nak rasa bahagia semula.

Kenapa bila rasa boring kat rumah, Kita tengok wayang? Sebab nak isi rasa bahagia.

Kenapa ke kedai HIPSTER apabila STRESS lapar nak makan, gf dan bf ajak makan dan campur rasa boring? Sebab kat HIPSTER ada kebahagiaan yang kekal..YA


"Dah la brother, kau tak tahu enjoy life..kita kadang-kadang kena tahu limit kita..jangan hidup untuk kerja je.."


Siapa kata saya tak enjoy life? Saya lagi enjoy je..bukan saya tak pegi kedai hipster dan tak makan time stress..saya tak kata semua tu salah. Cuma mengutarakan idea tentang apa yang kita cari.

 Ya..kita cari bahagia.. itu je. Selama manakah bertahannya bahagia kita tu? Dengan berkongsi dengan orang lain di laman sosial yang belum tentu orang lain bahagia dengan hidup..Tiba-tiba anda muncul dalam laman tersebut: Hai saya tengah bahagia! Jom Makan Sekali #bahagiaselalu #smilelikedeath #hipsterinme

Oh...maafkan saya, saya terlupa dengan ungkapan,

"Saya punya bahagia saya punya suka, kubur masing-masing, siapa tak suka sila remove/block/kill okay. #jagatepikainsendiri #menyibuklah #orangpunyapasal #doicare #whatever"

Sekian dari admin Bssilver - Superman :-)

Kita hidup bermasyarakat. Kita jatuh, orang lain angkat kita.




Comments

Popular Posts