Biasiswa MyBrain..Di Mana???

Sehingga hari ini..berita daripada Bajet 2016 pada November 2016 masih lagi sunyi tidak kedengaran. Tidak ada apa-apa berlaku. Calon PhD yang berdaftar sejak September 2016 yang lalu masih lagi keluh-kesah dengan mencatu segala perbelanjaan dan makanan sehingga tumbuh jambang sekaki. Sementara mesyuarat demi mesyuarat dengan pelbagai perbincangan di peringkat kementerian masih dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan seperti nasi lemak ayam rempah Anak Dara di luar bilik mesyuarat itu.

"Di mana MyBrain? Bila MyBrain ada?"

Soalan ini tetap dibisu oleh abang-abang dan kakak-kakak yang berada di hadapan gagang telefon hotline ibu pejabat KPT-MyBrain15. Bila ditanya, jawapan hampa diterima bertubi-tubi, berulang-ulang, bergolek-golek datang semula.

"KAMI TIDAK TAHU"

Kami tak salahkan abang-abang dan kakak-kakak yang jawab begitu, mereka hanya jalankan tugas. Mereka takut terlepas mulut. Memberikan janji bulan dan bintang. Seolah-olah menjanjikan Dragon Ball yang ada 7 biji semuanya..
MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/208237


Saya rujuk semula akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia yang bertarikh 1 November 2016 yang mewawancara menteri yang terlibat:

"Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, program MyBrain15 akan DITERUSKAN dengan pembiayaan sebanyak RM500 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-11."

Tetapi, ada ramai yang terlepas pandang dalam putar alam ini. Saya sendiri pun baru perasan kenyataan daripada menteri itu yang membuatkan saya rasa program MyBrain15 ini tidak akan dibuka bagi permohonan terbaharu terutama bagi calon PhD. Yang tinggal, hanyalah bagi pemohon yang lama yang sudah pohon sejak zaman Portugis dan Belanda menyerang Melaka.

Saya lampirkan lagi antara keratan dari akhbar Utusan Malaysia dalam soal jawab terhadap Menteri Pendidikan Tinggi tersebut. (Utamakan yang perkataan bergaris)

"Beliau menjawab soalan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang ingin tahu mengenai program MyBrain15 yang menyasarkan 60,000 pemegang biasiswa bagi pemegang PhD menjelang 2023, apakah pencapaiannya dan adakah program ini akan diteruskan pada masa depan."

BACA DENGAN TELITI JAWAPAN BELIAU DI BAWAH:

"Idris berkata, MyBrain15 hanyalah satu daripada mekanisme bagi mencapai melahirkan lebih ramai bilangan pemegang PhD yang disasarkan, selain peringkat sarjana."

Nampak tak? Saya tak tahu nak komen apa lagi. Sebab ini sebenarnya tak menjawab soalan. "Ya" atau "Tidak" adalah jawapan yang sebenarnya kita mahu dengar. Bukannya "Hanyalah", "Mungkin", "Ermm.." dan sebagainya. Ini menguatkan teori saya bahawa "PROGRAM MYBRAIN15 AKAN DITERUSKAN" bukan untuk pemohon yang baru. Sebaliknya sedia ada.

Sekali lagi kalimah misteri terus menyelubungi..

 ~~~"PROGRAM MYBRAIN15 AKAN DITERUSKAN"~~~

Apakah maksud "AKAN DITERUSKAN" itu? Kemungkinannya banyak. Tetapi tiada siapa di ibu pejabat MyBrain yang berani menjawab persoalan itu. Antara kemungkinannya:
  1. Bagi calon PhD yang sudah memohon berbulan lalu, tapi tidak menerima jawapan sehingga ke tarikh BAJET 2016 mengumumkan untuk meneruskan MyBrain15 ini.
  2. Calon PhD yang sudah menerima elaun RM2,300 atau RM1,800 sebulan sejak berbulan lalu, tetapi diberikan berita bahawa skim MyBrain15 ini mungkin dihentikan sehinggalah kementerian mengumumkan mahu meneruskan biasiswa ini.
  3. Bakal calon PhD atau yang baru sahaja melanjutkan pengajian dan mendapati permohonan masih belum dibuka. Macam kes saya.
 Jadi, ke manakah sebenarnya MyBrain15 ini. Masih banyak persoalan yang perlu dijawab mengenai kenyataan menteri itu. Saya takut nak ulas panjang. Bahaya.

Sekian dari Admin Bssilver -  Superman :-)

Comments

Popular posts from this blog

Cara Guna Dobi Layan Diri

Ukur Bangunan: Wujud Sebuah Profesion

Kesan selepas menderma darah.