Memang Terbaik Seminar Roket Emel Sifu Najib

Minggu lepas saya dan Mr.Iqbal pergi le kat Seminar Roket Emel bagi meningkatkan online bisnes saya. Memang program ini dikendalikan oleh jutawan muda berusia 33 tahun yang bernama Mohd Najib Asaddok. Kami pun panggil dia Sifu Najib.

Saya betul-betul rasa kecewa sebab terlupa nak bergambar di seminar tersebut. Lagi pula nak bergambar dengan sifu najib. Jadi nak tepek gambar apa dalam blog ni apa pun tak tahu.

Seminar ini memang wajib pergi bagi setiap orang yang nak berniaga online. Memang tak tipu, setiap orang memang boleh buat puluh-puluh ribu ringgit dalam hanya 3 bulan pertama. Saya tak sabar dah nak apply kat page FB saya.

Teori Asas Berniaga Online

Source: entrepreneur.com




Gunakan Facebook. 19 juta orang di Malaysia mempunyai akses ke Facebook menurut tinjauan terbaru oleh Sifu Najib. Dari 19 juta tu kita jangan kejar mereka, tapi biar mereka kejar kita.

Haa..Macamana tu?!!

Contoh, kita ada ubat supaya membersihkan usus. Kegunaan produk tu adalah mampu melancarkan pembuangan sisa pepejal anda yang tidak berjadual menjadi secara berjadual. Dalam bahasa kasarnya, anda perlu berak 2 kali sehari, ada faham?

Jadi, bagaimana boleh muncul pembeli ubat untuk mudahkan berak? Takkanlah anda secara tiba-tiba bangun di awal pagi, menghadap cermin muka di tandas, tiba-tiba dapat satu idea;

"Ya, aku patut beli ubat senang nak berak, takde la aku lambat pergi kerja lagi"

Apa kejadah boleh anda muncul idea sebegitu? Lepas tu bayangkan dengan produk anda, anda menjaja di pasaraya, anda kejar dan halang orang di jalan supaya orang tengok produk anda dan paksa dia 5 minit dengar cerita anda pasal kelebihan ubat anda yang kaya dengan fiber, fotosintesis, fotografi dan fotogenik agar prospek anda senang nak berak setiap pagi.

Pasti mereka rasa rimas dan dan lari. Sebab anda pun macam tu juga kan?

Tapi bayangkan, anda dalam facebook cuma muncul di skrin di penjuru laptop atau smartphone anda, iklan yang berkata tentang:

"Orang yang normal akan berak 2 kali sehari tanpa perlu meneran, jika anda bukan seperti yang dikatakan, anda mungkin perlu memakai lampin pakai buang lagi 5 tahun. Abaikan iklan ini jika anda suka memakai lampin dewasa"

Nampak tak, dengan masukkan info kesihatan dan kerisauan, pelanggan akan datang kepada anda secara berlari. Mereka akan merayu, "Tolonglah jual kepada saya encik, saya merayu, saya tak nak pakai pampers orang besar!"

Inilah yang diajar oleh Sifu Najib. Saya hanya sampaikan sedikit sahaja, selebihnya anda perlu pergi sendiri ke seminar Momentum Roket Emel oleh Momentum Internet yang disampaikan oleh pengasasnya sendiri iaitu Mohd Najib bin Asaddok.

Comments

Popular Posts