25 tahun. Baru nak mula degree. Terlambat?

Tadi saya bersama seorang sahabat berjalan-jalan di hutan bandar setelah pekena nasi lemak daun pisang dan dua keping roti canai setiap seorang di teratak hutan bandar tersebut.

"Nah, baki duit bisnes kita tempohari" kata Iqbal sambil menghulurkan sampul surat berwarna coklat.

"EH, masih ada baki eh? Aku pun dah tak ingat sebab lama juga kita stop", aku berkerut tapi masih tersenyum sebab gembira menerima wang tersebut. Boleh la belanja sarapan pagi ni.

"Ada, cuma lama nak bagi tak sempat".

Kami bertemu hari ini bagi meraikan beliau dapat sambung belajar di UiTM Bukit Mertajam di Pulau Pinang dalam jurusan Kejuruteraan Elektrikal. Perasaan beliau bercampur baur sebab umur dah mencapai 25 tahun barulah dapat peluang sambung ijazah beliau. Full time pula tu.

Sebagai seorang sahabat yang rapat dengan beliau sejak di tingkatan 1 memang saya juga turut merasa tempias. Apa tidaknya, umur 28 paling awal beliau boleh tamat pengajian. Kemudian nak kerja apa bila sudah makin tua? Dengan bakal mengharapkan duit PTPTN yang hanyalah hutang.

_______________________________
PTPTN. Skim Pinjaman Pendidikan

PTPTN. Berhutang, untuk mencipta pekerjaan melalui pengajian. Kemudian bekerja untuk membayar hutang tersebut. Dah bekerja, mesti kena ada rumah dan kenderaan. Berhutang sekali lagi untuk bayar semua itu. Rupanya kita tiada duit untuk beli apapun.

Tapi dalam pada itu, saya juga ceritakan pada beliau bahawa dalam kita berdua tercekik berhempas pulas mencari wang, masih ramai membuang wang. Iqbal masih mendengar.

"Aku nak buat part time la Bal. Kerja KFC. Dapat RM450 sebulan pun jadilah. Fotografi untuk biayai banyak perkara lain. Biasiswa MyBrain untuk PhD pun dah tak dapat untuk semester pertama malahan dipotong dari RM2100 sebulan menjadi RM1800 sebulan" luah saya pada sahabat akrab.

"Bolehlah. Tapi kau mesti penat dan macam nak mati. Semata-mata RM450?" Iqbal bertanya bagi memberi ruang aku berfikir dahulu.

"Bagi aku RM450 tu banyak tau Bal. Ramai orang yang dapat gaji bulanan tetap atau biasiswa tetap mungkin tak nampak berapa RM450 tu duit. Tapi bagi yang macam aku, usaha melalui perniagaan atau work rate based, setiap sen berbaloi untuk disimpan"

"Sekarang, aku pun dah tak boleh salahkan kerajaan dan kementerian pendidikan tinggi sebab buat syarat makin ketat dan MyBrain untuk PhD dikurangkan jumlah bulanan. Sebab ramai mula tak hargai setiap sen" makin banyak luahan tersimpan terpacul di bibir.

"Macamana tu?" rasanya Iqbal faham. Tapi buat-buat tak faham.

____________________
MyBrain dan Biasiswa



Saya belajar sesuatu. Sejak saya bekerja mencari duit bukan melalui jawatan dan peroleh gaji secara bulanan, saya makin terbuka. Kalau hari ini saya tak keluar mencari rezeki, tangkap gambar, duit di kocek sesen pun takkan masuk. Sebab berniaga mengajar saya duduk diam, duit takkan masuk.

Saya masih menunggu biasiswa MyBrain tapi hanyalah dapat tahun depan. Sebab kementerian nampak ramai senior-senior PhD terdahulu tidak menghargai setiap sen. Mereka joli habis-habisan. Hujung tahun, baru muncul tergedik-gedik nak defend tajuk tesis atau nak viva. Itupun kalau pernah tunjuk progress.

Kenapa MyBrain makin ketat dan dikurangkan elaun. Antara cerita yang saya dengar dan saya saksikan sendiri:
  1. Duit ada, berjalan tak tentu hala.Banyak sangat Food Hunt. Sikit-sikit book flight.
  2. Kahwin. Mereka kumpul duit MyBrain jadikan modal kahwin. Dah hilang lama, tiba-tiba muncul pada tahun ke-2 atau ke-3 kemudiannya tak berjaya tamatkan dan kemudian berhenti
  3. Joli. Shopping. Seangkatan dengan sebab yang nombor 1.
  4. Tak hargai. Dapat duit free. Buat PhD sebab tak nak kerja. Tapi tak siapkan PhD pun. Cuma ambil duit PhD dan jalan-jalan sampai rasa kena panggil oleh supervisor tesis.
  5. Beli kereta power-power. Dan joli naik kereta pula.
Rasa kecewa. Bagi sesiapa yang dapat duit biasiswa, tolong la jangan bazirkan tak tentu hala. Orang macam kami ni yang memang susah nak belajar ni tak merasa duit tu. Jangan sikit-sikit nak makan tengahari di Aeon, KFC, sarapan di McD, shopping hujung minggu di Mid Valley. Book flight setiap bulan nak pergi Langkawi.

Sebab apa? Sebab itu duit biasiswa. Duit yang bukan anda usahakan melalui aktiviti janaan ekonomi. Anda dapat sebab ihsan. Bayangkan orang susah dapat separuh daripada elaun bulanan anda, apa anda rasa mereka akan buat? Bagi anak-anak makan dan beli pakaian baru untuk pakai hari raya.
___________________________________
Jadi, Sempat ke 25 tahun baru nak mula?

Tidak ada istilah terlalu tua untuk sambung belajar. Sebab menuntut ilmu itu fardu ain bagi kita setiap orang Islam. 25 tahun baru nak mula ijazah sarjana muda, anda kena ada plan lebih baik memandangkan anda sudah suku abad. Bakal bergraduan pada 28 tahun pula tu.

Nasihat saya, pastikan ada escape route. Iaitu, anda perlu pastikan hidup anda terjamin selepas 28 tahun. Pastikan ada kerja yang anda boleh sambung jika majikan lama anda perlukan anda. Atau anda ada perniagaan yang boleh menanggung anda sepanjang pengajian malahan mampu menjadi pekerjaan tetap ketika anda bergraduan kelak.

Tapi jika anda ada biasiswa, lupakan semua apa yang saya kata tadi. Sebab anda boleh buat apa anda nak.

Comments

  1. Sekarangkan ada belajar sambil bekerja epjj uitm..

    I thinks so ,baik secara pjj degree jimat duit, xperlu buat ptptn sb dgn pjj ni kita dapat bayar yuran u guna duit kwsp boleh,biasiswa under uitm ada ,ptptn boleh pinjam and other n yuran teramatla murah

    Seperti sy skg buat pjj degree sekarang sem 5 dah..xperlu buat apa2 pinjaman xpe .hanya yuran bayar guna duit gaji kerja je serius mampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai cik Ani. Saya nak bertanya, sya skrg umur 23 tahun dan berniaga sendiri. Plan nak sambung belajar. PJJ or FULLTIME, masih dalam perancangan. sedang fikir masak2. Cik skrg umur berapa ya dan kerja apa ya? Saya pun tak tahu sbnarnya tujuan saya bertanya ni just nak cerita2 ja untuk lebih bersemangat menempuh hidup ini. Oh ya, dan course apa ya sis ambil. Saya serious sedikit insecure dengan umur yang semakin tua tetapi belum sambung belajar huhu sedangkan kawan dah nak habis dah. Terima kasih

      Delete
    2. Hii awak sory baru sempat reply..sekarang saya berumur sudah 25 tahun dan sekarang berada pada sem 8 UITM epjj part time. Saya ambil kos Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ( Pemasaran ) dengan Kepujian. InsyAallah tahun depan habis study.

      Delete
    3. Macam mana cik ani apply course di u tersebut. Saya baru umur 20 dan baru habis stpm. Saya menolak tawaran upu degree perakaunan disebabkan atas tertentu. Jika di masa hadapan bolehkah saya memohon course tertentu di uitm

      Delete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts