Sifat Skeptikal Terhadap Imej Islamik Nusantara

Entry kali ini sangat panas, saya dah berusaha untuk tidak berkata mengenainya, tetapi tak mampu kerana kekecewaan berlaku di telinga saya sendiri.

Menulis kerana bukan membuktikan bahawa saya betul atau siapa salah, tetapi untuk anda ambil IKTIBAR dan buang sifat SKEPTIKAL, PREJUDIS, dan STEREOTAIP ini jauh-jauh kerana terlalu lama bertapak di bumi Malaysia ini.



---------------------------------------------------------------------

DUA (2) isu yang saya ke utarakan buat masa ini:

1. ISU HIJAB

"Saya tengok orang yang freehair dan seksi camni lebih baik daripada orang yang tudung labuh", kata seorang gadis yang saya jumpa baru-baru ini.

Subhanallah..Berderau darah saya dan saya hanya mengetap mulut serapat-rapatnya supaya tidak mahu menimbulkan isu lebih besar di sini. Rasanya perkara sebegini dah lama terkubur 5 tahun lalu..

Katanya lagi, "Ada kawan saya kak, dia ni pakai tudung labuh dan suka cakap bukan-bukan pada orang yang freehair..

"Tapi kan, dia yang lebih-lebih rupanya bila keluar dengan boyfriend, dia pulak yang jadi freehair", tambah gadis ini.

Saya rasa macam nak runtuh bilik itu, nasib baik saya tahan mulut saya kerana itu bakal membinasakan saya lebih lagi dan saya juga bakal menyesal. Kalau diri saya yang dulu, memang habis berlaku ketegangan di situ macam perang dingin Batman vs Superman.

Jawapan saya dalam hati:
  • Allah menyuruh kita berhijab kerana bukan sebagai label kita baik, tetapi sebab Allah suruh dalam Al-Quran, Surah An-Nur ayat 30 dan 31. (buka terjemahan atau google saja)
  • Kalau Allah suruh labuhkan tudung sehingga menutup belahan leher, maknanya itu perintah just buat je dan bukan bermaksud siapa baik atau tidak.
  • Kenapa jadikan kawan awak yang sekejap bertudung labuh, sekejap freehair sebagai penanda aras mewakili semua perwatakan muslimah berhijab sempurna.
  • Kalau awak suka makan petai, adakah itu bermaksud semua wanita dalam dunia suka petai?
  • Dalam research di universiti dan mana-mana pun, sampel kajian awak sangat lemah dan tak mewakili sesiapa pun.
 Okay, saya rasa isu ni terlalu basi dan sepatutnya semua orang islam yang beriman tak patut bangkitkan lagi isu sebegini pada tahun 2016. Saya harap tak perlu ulas lebih lanjut tentang ini.

---------------------------------------------------------------------

2. ISU AMALAN DOA SOLAT, ZIKIR, TAHLIL DAN YASIN

Saya bukan ahli yang utama dalam bidang fiqah, ulumul Quran, Usul Hadis, Usuluddin dan sebagainya. Tetapi hanya menyampaikan kuliah Prof. Madya Dr. Arief dari Fakulti Tamadun Islam, UTM baru-baru ini dalam pengajian tauhid berkitab, Sirajul Huda.

Isu dibangkitkan oleh orang asing terutama dari indonesia, pelajar aliran agama dari timur tengah, dan ahli akademik yang mewakili pertubuhan;

"Amalan berzikir dan doa selepas solat, bidaah"- Sebab nabi tak pernah buat.
"Baca Yasin malam Jumaat"- Tiada usul, bidaah juga, baik surah Al-Kahfi

Prof Arief menjelaskan sebenarnya perkara ini sepatutnya tak perlu disentuh kerana ia merupakan fiqah yang tak perlu diperpanjangkan kerana banyak amalan di tanah melayu ini sebenarnya ada SEJARAH kenapa ia berlaku. Belajar sejarah baru kritik kenapa berlaku.

Contoh:

Kes Duli Yang Maha Mulia (DYMM) yang digunakan keatas Raja-Raja Melayu sebenarnya diletakkan oleh Ulama dan Ahli agamawan semasa Islam mula bertapak di Tanah Melayu lagi.

"Duli" adalah bermaksud tapak atau kaki di atas segala jenis objek. Manusia, tapak kaki adalah duli bagi manusia. Jadi Duli itu adalah terpaling bawah atau wakil bagi sesuatu. Yang Maha Mulia pula merujuk kepada Tuhan Yang Maha Mulia iaitu Allah SWT. Jadi meletakkan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) adalah seperti menggelarkan Sultan atau Raja adalah wakil ketua Agama dari Allah. Dah pemimpin orang Islam itu adalah Ketua Agama. D-YMM adalah disandarkan kepada Allah sebenarnya bukan kepada orang yang digelar itu melainkan perkataan "Duli" sahaja. Settle sudah isu dikatakan mahu dimansuhkan DYMM oleh orang ramai.

Ok, isu bidaah bacaan Yasin patut tidak menjadi punca pertelingkahan sesama umat Islam kerana apa yang pasti Surah Yasin itu ayat Allah juga. Jangan kerana merasakan bidaah dan patut dihapuskan maka tiada lagi orang nak datang ke masjid malam Jumaat. Adakah kita sanggup menggantikan dengan pahala kita jika orang kita tidak lagi banyak beramal?

TUTUP KES

---------------------------------------------------------------------



Cukuplah dengan diri ini sendiri memperbaiki salah faham terhadap orang lain. Sekadar suka berkongsi nasihat dengan orang lain berkenaan stereotaip, skeptikal dan prejudis yang banyak melanda orang Islam di Malaysia yang menyebabkan kekeliruan di antara orang yang kurang pendidikan agama. So, minta maaf ya andai terkasar bahasa.

Sekian dari admin Bssilver - Superman

Comments

Popular Posts