PhD - Satu Kisah Tiada Penghujung?



Bukan Perasaan hasad Dengki ya..

Tapi "Philosophy Doctorate" atau "Doctor of Philosophy Degree"..

Itu bermakna anda dapat gelaran doktor di pangkal nama anda seperti "Dr. Nazirul Mubin". Itu pun kalau berjaya habiskan la. Diulangi..KALAU BERJAYA HABISKAN PHD awak tu...

PERSEPSI ORANG BILA SAYA BUAT MASTER

"Sambung PhD ke?"

"Dah separuh jalan, buat je PhD"

"Alang-alang, terus jela buat PhD"

Mereka tahu tak, rasa tak bergerak dunia ni bila saya buat Master ni. Malam ni pun stuck dengan literature review dan questionnaire untuk Project Master Thesis ni.. NAK BUAT PHD? hahaha.. boleh terbayang rambut gugur satu persatu...

DUA SIMPANG YANG JAUH BERBEZA- PHD ATAU KERJA INDUSTRI


"Kerja (praktis industri) ke PhD?"

Ni pula soalan kawan-kawan yang turut ada master atau tengah buat master. Why not, camni:

"Kerja (praktis industri) ke, PhD ke atau BERNIAGA?"

Kini ada 3 pula pilihan, 3 simpang yang akan berikan result berbeza. Cuma yang lebih nampak power, PhD tentunya. Sebab tak semua nasib baik nak buat PhD. Dan tak semua tahu, bahawa tak semua berjaya habiskan PhD. Ya, tak semua...

Ada orang pelik, kenapa nak PhD kalau nak berniaga atau kerja dengan orang. PhD ni apa sebenarnya????

PhD NI APA SEBENARNYA?

Okay, kita melarat lagi pada 1 persoalan yang amat penting. Sebab itu saya kata "PhD satu kisah tiada penghujung". Kalau saya kata, PhD ni tiada apa-apa, mestilah orang pelik paling kurang pun acu pistol kat dahi saya sebab penat-penat buat PhD 3 tahun sampai extend tahun ke 4 tak habis-habis dan saya kata PhD is nothing??? Kalau siapa yang buat PhD tentunya kenal Dr. Othman Talib atau lebih dikenali sebagai Dr. OT dalam laman blog drotspss.blogspot.my milik beliau di mana beliau terkenal dengan berjaya habiskan PhD dalam masa 1 tahun sahaja.

PhD adalah satu tahap di mana anda belajar membuktikan kesahihan ilmu dengan kajian-kajian dan metod-metod tertentu yang seterusnya melahirkan satu penemuan yang mampu memberikan sumbangan pada kelimuan. Ya, itulah PhD yang saya kenal dan saya tahu.

Jadi, apa kaitan PhD dengan praktis industri? Ia terpulang kepada syarikat yang perlukan kepakaran anda dalam penghasilan produk atau sistem yang inovatif. Susah kan nak cakap ruang kerja PhD holder ni sebab mana nak cari company macam ni sekarang di Malaysia?

Baiklah, paling mudah ruang PhD holder adalah sebagai ahli akademik = tenaga pengajar

Sebab banyak universiti perlukan PhD holder ni kerana mereka perlukan orang berpangkat Doktor seperti Dr. Nazirul Mubin ini tadi (cewah..Inshaallah aminn) untuk menaikkan KPI mereka dan memperbaiki ranking di samping menambahkan kepakaran dalam bidang keilmuan.

Rasa lonely bila buat Master (MA) ni. Apatah Philosophy Doctorate (PhD)

APA SAYA NAK BUAT DENGAN PhD

Soalan yang baik, apa kaitan PhD dengan saya berniaga? Apa salahnya nak tambah nilai diri? Apa salahnya saya nak ada pangkat Doktor di samping berniaga? Bukan lebih membantu saya untuk berfikir secara kritikal untuk mendapatkan keuntungan? Okay itulah jawapan-jawapan saya walaupun diletakkan tanda soal [?] di situ. Jawapan sama untuk Master ini juga.

Sekarang pun ada orang offer kerja di Kuala Lumpur sebagai Pengurus Fasiliti dan basic gaji Mashaallah boleh tahan. Tapi, betul ke patut saya nak offer tu? Saya sendiri pun kena nilai semula objektif karier saya.

Orang kata "ambillah, rugi tak ambil job tu".

Satu lagi cerita tanpa pennghujung...

Sekian dari admin Bssilver - Superman ;-)

Comments

Popular Posts