Salah Sangka Terhadap Ukur Bangunan - Part 1

Kisah ini sekadar menceritakan semula pengalaman saya sewaktu mula-mula mendaftarkan diri di UiTM Shah Alam sekitar tahun 2012 dahulu. Seorang diri. Tak kenal sesiapa umpama Si Hobbit pertama kali bertemu Gandalf. Mama dan ayah tak menemani kerana dah anggap saya cukup dewasa untuk harungi sendirian. Konon sedih la tu.

Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC). Sesiapa pernah ke UiTM Shah Alam wajib kenal bangunan ni. Bersebelahan dengan Stadium UiTM pula tu. Besar dan mempunyai kapasiti untuk memuatkan lebih 3000 hadirin dalam satu-satu masa serta sekurang-kurangnya 500 petak parkir kenderaan di basement parking bertingkat.

kredit: iidex.com.my
Pelik pula kenapa saya berminat bercerita mengenai UiTM. Mungkin kerana terlalu rindukan UiTM agaknya. Keramat sungguh ya.

Nak pendekkan cerita umpama ekor beruang Russia maka saya pun kisahkan bahawa sewaktu hari pendaftaran tu, ada seorang student yang entah saya tak tahu siapa dia, sempat bertanya ketika sesi taklimat beramai-ramai student intake. Dengan menggenggam mikrofon umpama menggengam throttle Ducati 959 maka beliau pun bertanya pada pegawai pendaftar didepan ketika itu, Puan Hafizah tak silap saya jika beliau masih kekal sehingga hari ini.

"Dalam sebuah blog mengenai ukur bangunan, bla...bla...bla..., betul ke puan?" lalu beliau pun duduk.

Saya rasa seperti jatuh dari pesawat Stealth pada kelajuan 890km sejam. Rasa seram sejuk negatif 5 dan terhenti jantung seketika.

"Aduh, pahal pulak blog aku jadi bahan depan orang ramai ni?

"Janganlah sesiapa tahu siapa cipta ayat tu"

Sebenarnya student tersebut ada menyatakan bahawa ada satu statement dalam blog saya mengatakan kemungkinan ukur bangunan tidak diiktiraf. No. It is not really like that. Kita diikitiraf tetapi kurang dikenali. Kita diiktiraf MQA, RISM, RICS dan sebagainya. Cumanya kurang diiktiraf oleh industri kerana mereka kurang faham.

Tetapi kesalahan pada saya dan beberapa warga ukur bangunan lain kerana lebih menumpukan untuk bekerja dengan orang lain berbanding membuka firma sendiri untuk memberikan ruang lebih besar untuk lepasan graduan ukur bangunan untuk bekerja sebagai total building surveyor.

Adapun begitu tuan-tuan dan puan-puan, saya memetik kata dari seorang professional ukur bangunan itu sendiri. Ukur bangunan memiliki hampir segalanya tentang ilmu alam bina. Kita masih seorang Juruukur Bangunan @ Building Surveyor walaupun kita bekerja sebagai:

1. Site Manager
2. Site Safety Officer
3. Site Supervisor
4. Quantity Surveyor
5. Quality Manager
6. Maintenance Manager
7. Facilities Manager

Percayalah, walaupun kita bekerja di dalam bidang di atas, kerana itulah tempat dalam industri untuk graduan ukur bangunan dan gaji dan elaun sama sahaja dengan lulusan ijazah yang lain, kita masih lagi mengamalkan ilmu dipelajari dalam bidang Ukur Bangunan.

Dan saya, masih lagi mencari jalan untuk membina satu legasi baru. Legasi ukur bangunan yang bermula dari diri sendiri. Kerana tidak cukup dengan menjaja gulungan ijazah ini menapak setiap inci kota untuk peluang jawatan kosong, kerana jawatan kosong itu tidak akan kosong selagi tidak dicipta yang baru.

Sekian dari admin bssilver -Superman :-)

Comments

Popular Posts