Terima Kasih Blog

Saya tak tahu nak menulis apa bulan ni. Teruk sangat dah prestasi saya dalam berblogging ni. Nak tulis panjang-panjang dah tak boleh lagi apabila saya mula jarang membaca bahan-bahan selain berbentuk akademik berorientasi peperiksaan. Berapa lama lagi saya boleh bertahan buat master ni pun dah tak tahu.


Kredit: studyhelpdesk.com


Orang kata belajar lagi ringan dari kerja.

Apa kata jika saya kata itu adalah bergantung kepada kursus apa yang kita ambil dan kedudukan ekonomi kita? Ya, itu bergantung. Saya banyak kali kena nasihat yang kerja lebih teruk dan belajar lebih senang dari kerja. So, mereka kata belajar lebih mudah.

Saya bukan tak bersetuju. Tapi kurang bersetuju. Apa kata kalau saya letak anda yang dah bekerja dalam situasi lain macam saya pernah lalui sebelum saya terpaksa berniaga sendiri 4-5 bulan kebelakangan ini.

Katakanlah umur anda dah 24 tahun. Seorang anak sulong atau anak lelaki sulong. Ya, anak lelaki sulong yang bertanggungjawab macam saya -,-. Duit tak ada dalam poket. Mak ayah dah banyak tanggungan untuk 2 orang lagi beradik di universiti kampus utama. Seorang lagi di asrama sekolah teknik. dan seorang adik kecil di sekolah rendah.

Sekali lagi, duit menjadi pembeban untuk anda memikirkan soal assignment master `coursework' yang perlukan sekurang-kurang RM3000 untuk yuran semester dan beberapa perbelanjaan buku dan kos hidup yang semakin meningkat. (Masih bersyukur KPM berikan wang untuk tanggungan yuran)

Dengan umur 24 tahun dan keperluan diri semakin meningkat dan masih tidak bekerja. Melihat pula rakan-rakan sudah menjejaki setahun usia pengalaman di alam pekerjaan semakin membuat diri cemas dan gelabah. Mana taknya, semua agensi swasta dan kerajaan pun 2x5 nak pekerja muda yang ada pengalaman setahun sekurang-kurangnya untuk demand kerja dan gaji.

Saya masih di sini tiada pengalaman bekerja di industri dan jika saya mulakan dari sekarang pun pasti kena mula dengan basic gaji RM1,800 dan perlu lagi setahun untuk kenaikan yang tah berapa. Dan mungkin ketika itu pun ramai rakan-rakan sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga. Tapi saya kini masih di sini memikirkan assignment untuk dihantar esok

Lagi ditakuti, apakah pekerjaan yang bakal ditempuh kelak. Ada ke orang nak saya bekerja? Inshaallah pasti ada, tetapi itu bermakna saya perlu bermula dari A sedangkan rakan-rakan lain sudah menjengah-jengah tangga C dan D mungkin juga H yang bermakna mereka sudah bergantung pada diri sendiri untuk membeli keperluan.

Lagi pening, saya terpaksa mengikat keperluan dan kehendak nafsu demi meneruskan belajar pada usia begini yang tidak saya tahu bagaimana nasib selepas habis belajar master. Tapi, saya telah nekad untuk berbuat sesuatu untuk membantu nasib diri. Berniaga sambil belajar.

Cuba untuk fokus dalam kelas sambil fon masih terus dimasuki teks urusan2 lain

Aku Usahawan.

Sesungguhnya saya kini sudah mula mencari-cari jalan dalam perniagaan. Sebab saya tahu peluang pekerjaan semakin demand. Semua organisasi macam tiada semangat untuk hasilkan pekerja melalui insan yang putih seperti kanvas yang mungkin perlu sedikit gubahan supaya jadi aset bernilai. Tahu-tahu nak pekerja muda berusia dalam lingkungan 25 tahun dan pengalaman kerja 30 tahun.

Saya kini berjinak-jinak merpati dalam bidang fotografi. Melihat pula pada pulangan yang sangat perlahan kerana kekangan masa pengajian dan pengalaman fotografi yang masih cetek, mendesak saya memikirkan sesuatu untuk menjana ekonomi dengan lebih deras.

Dari sini saya berjumpa dengan 2 orang rakan yang pernah duduk satu row paling belakang dengan saya dalam kelas dari form 1 lagi. Beliau adalah Iqbal dan Zubair. Saya bertanggungjawab membuatkan mereka berhenti kerja sedia ada untuk membantu saya menjayakan projek ini bersama-sama. Terima bebanyak pada mereka berdua.

Kini saya ada sebuah pejabat di sebelah atas Kedai Pejabat di Taman Impian Emas. Apa yang saya niagakan? Saya membuka sebuah kedai percetakan atau printing services. Di sinilah kami mengoperasikan bisnes printing dan juga fotografi. Ya, fotografi tidak ketinggalan. Senang kata saya ada 3 kerja kena buat.

1. Fotografi
2. Printing Services (fotografi adalah side income semata-mata)
3. Study
4. Thesis (sebenarnya patut ada no.4. Sebab tesis ni benda lain)
5. Blogging (saya masih lagi seorang blogger blog terbaik Building Survey M'sia)

Saya mesti melakukan semua ini. Saya tidak mahu meletak lagi 2 benda dalam senarai sebab saya tak mahu orang fikir itu beban. Sebab yang no. 6 adalah saya aktif sebagai relawan sebuah NGO dan no.7 adalah khidmat masyarakat saya tubuhkan sendiri dengan rakan untuk menjelajah sekolah menguruskan kursus-kursus kesedaran Islamik.

2 perkara tambahan itu juga menuntut masa saya secara aktif setiap minggu di mana saya perlu menambahkan ilmu sebagai relawan tanpa gaji. Tapi saya tak perlu nak luahkan pada semua orang sebab setakat ini tiada yang layak berkongsi pahit perih saya mengeluarkan modal sendiri melebihi RM10k untuk berniaga sahaja.

Kesimpulannya

Sebab itu saya kata, menyambung pengajian master pada usia seperti saya sangat menguji kekuatan saya dan kesakitan yang saya rasai hanya layak dikongsi dengan Allah, Tuhan yang Maha Mendengar. Saya menyembunyikan rasa tertekan di kalangan kenalan dengan gelak tawa dan gurauan dungu. Kerana, saya tahu jika saya luahkan kesakitan saya, pasti orang di sekeliling saya tidak lagi meluahkan kesakitan pada saya.

Itulah dibuat oleh Nabi junjungan Rasulullah SAW di mana baginda tidak meluahkan kesakitan dan kepayahan pada para sahabat kerana gusar sahabat tidak ada lagi tempat untuk mengadu. Sebaliknya baginda meluahkan hanya pada Allah SWT yang sebenar-benar layak mendengar aduan.

Saya ingat lagi tulisan oleh Hasrizal Abdul Jamil pemilik laman web saifulislam.com dalam hasil karyanya "DI HAMPARAN SHAMROCK-KU SERU NAMAMU" yang amat menyayat hati. Beliau kini seorang motivator dan pendakwah menghasilkan buku itu kerana membidas kenyataan ramai orang yang menghukum beliau yang tampak ceria memberi motivasi sedangkan tidak pernah rasa kesakitan mereka. Akhirnya beliau mendedahkan bagaimana beliau pernah di penjarakan di luar negara. Subhanallah inilah buku yang mematangkan saya lagi.


Dan terima kasih blog sebab bagi saya peluang menulis tanpa perlu jadi penulis buku.

Itu sahaja bebelan hati admin bssilver - Superman ;-)

Comments

  1. Assalamualaikum.... tahniah kerana cekal belajar... ada je lelaki/wanita berkeluarga dgn anak2 kecil bekerja isnin hingga jumaat..pastu study master di hujung minggu... Alhamdulillah...dengan izin Allah berjaya juga mengharungi... semangat dan kecekalan yang tinggi perlu ada...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts