Akulah Penyambung Warisan Lelaki Terakhir

Tajuk memang macam kelakar tapi ada mesej yang saya nak sampaikan. Seperti tajuk blog yang terdahulu, kenapa lelaki macam saya lanjutkan pelajaran ke tahap master? Saya rasa dalam batch saya, hanya saya seorang sahaja lelaki yang buat kursus sarjana atau master ini.

Dan yang lagi teruk, apabila kemasukan master semester ini dalam kursus bidang saya hanya seorang sahaja lelaki dan selebihnya perempuan. Saya memang dah senior terpaksa masuk kelas tu temankan seorang lelaki ni, namanya Tajuddin, ambil skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) bawah UiTM. Jadi, tak hairanlah, sebab beliau ada tajaan untuk terus jadi seorang pensyarah. Maknanya pekerjaan dah dijamin kontrak 7 tahun sebagai pensyarah di UiTM sejurus beliau ni tamat belajar.

Saya pun tinggallah berdua dengan Encik T ni lelaki dalam kelas tu. Sekali lagi berlaku kekurangan sarjana di kalangan para lelaki. Kenapa boleh jadi begini punya cerita?


  1. Lelaki perlu segera mencari duit untuk hantaran kahwin yang boleh mengambil masa sekurang-kurang 3-5 tahun untuk kumpul dengan gaji RM1800-2300 hidup di bandar dan calon pasangannya berpendidikan tinggi dengan  hantaran tak kurang RM8k-10k.
  2. Lelaki senang dapat kerja dalam bidang industri binaan so, tak perlu belajar tinggi sangat untuk dapat jawatan melainkan akan jadi ahli lembaga mesyuarat.
  3. Mungkin juga master ni hanya untuk orang yang nak jadi tenaga pengajar atau pensyarah. Lelaki ramai tak minat nak jadi ala-ala cikgu ni.
  4. Keperluan asas kehidupan zaman sekarang perlukan semuanya berkenaan duit. Dah habis degree takkan mak ayah nak support lagi?
  5. Kurang inisiatif dan intensif berbentuk sara diri dari kerajaan dan swasta untuk menggalakkan lanjutan pengajian hingga ke tahap master dan PhD.
Saya masih tertanya-tanya, kalau ramai wanita memegang master dan PhD lebih ramai dari lelaki, apa akan jadi pada masa depan rumah tangga golongan wanita intelektual ini? Sebab golongan lelaki sekarang tidak mahu golongan Hawa mempunyai pangkat dan pendidikan lebih tinggi daripada kita sebagai kaum Adam. Ya, saya pun tergolong dalam lelaki ini. Sebab kami takut, kami tidak sekufu lagi. Rasa terpijak-pijak sebagai seorang pemimpin rumah tangga. Ini diakui oleh ramai para motivator dan golongan agamawan sendiri.

Tapi, tetap ada ruang untuk golongan wanita intelektual ini berumah tangga bak kata Dr. Rohaya, pensyarah kewangan saya. Dia kata, golongan ini mungkin akan berkahwin agak lewat kira-kira melepasi umur 30-an. Dan kebiasaanya banyak menjadi punca keretakan rumah tangga wanita lain apabila rela dimadu.

Topik ni agak berbahaya untuk orang baya seperti saya bincangkan tetapi akuilah wahai kaum lelaki, bidang pengajian tinggi di negara ini mempunyai sistem yang agak tidak adil untuk kaum Adam macam kita. Dan kita terpaksa mengejar apa cara sekali untuk menadapatkan wang sebagai ketua keluarga ataupun bakal ketua keluarga kelak.

Lagipun sistem pendidikan ini bukan datang dari kita Sebab itulah Universiti Al-Azhar, universiti orang Islam tertua di dunia yang dipenuhi golongan Ulama' dunia merupakan universiti yang ulung tetapi sengaja tidak melibatkan diri dalam ranking universiti dunia.

Sekian cerita berbahaya dari admin bssilver - Superman ;-)

Comments

Popular Posts