Kalaulah Facebook ditutup

Credit: nymag.com


Salam Syawal 1436 Hijrah.

Dah masuk fasa kedua yakni fasa pengampunan pada masa entry ini ditaip. Saya simpan sehingga la pada 19 Syawal hari ini. Saya nak update sikit apa yang ada dalam kepala saya. Kali ni nak sebut pasal Facebook. Ya, facebook ini banyak dramanya....

Kini, setiap kali buka facebook (FB) sebab nak update pengetahuan info global pasti menambah rasa berdosa dan mengurangkan pahala. Ini membuatkan saya semakin membenci facebook. Jika tak kerana tekanan rakan-rakan sekelas ketika degree dulu agar memudahkan bincang assignment pasti saya tak buat satu akaun pada tahun 2013 yang lalu. Kini kalau ditutup sukar pula berhubung dengan kenalan.

Alangkah Facebook diharamkan dan ditutup secara total. Bagaimanakah impaknya pada orang kita agaknya? Jadi Tarzan kah, Iron Man, ataupun Ultraman? Mungkinkah berlaku seperti perkara yang berikut:

  1. Sumber rezeki tertutup - Seperti yang sedia maklum ramai yang membuat part time dan full time menggunakan facebook sebagai office. Photographer, produk kesihatan, pakaian dan tudung segalanya menggunakan facebook sebagai wadah utama. Bagaimanakah nasib kami?
  2. Program Universiti jadi lembab- Siapa tak tahu kini facebook jadi nadi penggerak IPT di seluruh Malaysia. Sama ada update kuliah, nota, perbincangan assignment semua ada dalam ni. Nak buat program persatuan senang dihebah. Saya bekas penasihat persatuan tahulah betapa penting facebook ni.
  3. Berita Dunia sukar diperoleh - Nak tahu apa jadi Palestin, Syria dan Rohingya bagaimana? Harapkan TV3? Harian Metro? Berat la gitu. Lagi-lagi nak tahu sama ada esok harga minyak naik atau tak, FB paling laju kalah Mak Jemah.
  4. Memohon Bantuan - Jika ada di kalangan kita nak minta bantuan atas bencana yang menimpa diri dan kenalan, bagaimana harus diviralkan berita tersebut?
  5. Menjejak sahabat lama - Jika tiada facebook berkemungkinan besar terputus berita berkenaan kawan-kawan zaman belajar atau zaman kanak-kanak sebab facebook guna nama sebagai medium search. Nombor telefon bagaimana mahu "search"?

Credit: wearesocial.net - Malaysia ke-7 dari kiri
-------------------------------------------------------------------------------------------
PENGAJARAN DARI FACEBOOK

Di atas ni baru contoh sikit yang paling popular mengikut pendapat peribadi saya semata-mata. Tetapi perkara sebenar yang saya mahu perbahaskan di sini bukanlah impak jika berlaku penutupan FB. Tetapi perkara yang saya perolehi sepanjang mempunyai akaun laman web sosial tidak nyata ini.

1. Mengenali sifat sebenar manusia
  • Pada asalnya kuat saya menentang kawan-kawan suruh saya buka akaun FB sebagai langkah memudahkan perhubungan sosial. Saya perang habis-habisan. Hujah saya, facebook bakal meruntuhkan harapan terhadap sifat kemanusiaan dan kebaikan. Mungkin di luar saya menganggap seorang itu baik dan biasa-biasa saja, tetapi risau di facebook letak gambar makwe, pakwe dan pelbagai gambar dan status mengarut diuploadkan ke akaun mereka.
  • Malangnya saya bersangka benar. Saya berusaha untuk bersangka baik. Yang menggagalkan sangkaan baik saya adalah manusia itu sendiri. Selepas itu saya mula mengehadkan jumlah "friends list' dalam FB ni. Supaya apa yang orang lain buat saya tak dapat tahu dan meningkatkan semula prasangka baik terhadap semua orang.
2. Politik Bukan Yang Seperti Disangka
  • Benda ni saya paling sedih. Saya ni jujur saya cakap seorang yang neutral. Hanya sokong yang benar sahaja. FB ni buka pekung di dada ahli politik. Mereka membuatkan rakyat marhaen macam saya risau dan sering berfikir bahawa:-
  • "Macam ni ke orang yang menguruskan urusan rakyat macam aku ni?" Maaf la saya menyinggung mana-mana pihak.
3. Laman Troll Sekadar Kejar Like
  • Kadang-kadang ada la juga terbit tidak suka pada personaliti seseorang atau organisasi. Tapi itu bukan alasan untuk memberi hinaan-hinaan murah menyamakan muka yang kita kurang senang dengan makhluk2 keji. Itu sebenarnya boleh jadi tidak, mengumpat juga.
  • Ada pula laman troll yang menghina negeri-negeri tertentu pun ada. Apa ni? Api hasutan iblis dimarakkan oleh tangan kita sendirikah? Melaga-lagakan umat Islam sesama sendiri. Subhanallah rasa pelik lagi bertambah bila ramai like page macam tu.
  • Lagi saya terkejut, admin macam tu dianggap "wira"? Rasanya lepas ni kalau blog ni kena troll saya tak terkejut.
 4. Ilmu yang bermanfaat
  • Acapkali juga saya memikir mahu saja dihapuskan akaun FB ni. Tapi banyak sebenarnya ilmu bermanfaat yang disebarkan ke dalam page-page dakwah dan akaun milik ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang tahu tak semua orang mampu pergi ke kuliah mereka.
  • Buka je FB, rasa senang like pada page-page Telaga Biru, Geng Usrah, Cinta Rasul, Hilal Asyraf dan banyak lagi.
  • Tak kurang juga Berita-berita dunia diperoleh dengan lebih up-to-date.
credit: bytestart.co.uk

        Hokey la tu kan? Saya mengaku la diri ni tak baik mana untuk menghukum sewenang-wenang manusia dalam FB ni cuma saya berpesan pada diri ini dan rakan-rakan yang tak wujud sekalian, FB ni gunakanlah sebaiknya. Facebook umpama gelanggang gusti, stadium bola dan juga kafe maya. Cuma janganlah tunjukkan warna sebenar diri anda di FB kerana musuh kita berada dalam kalangan jin dan manusia sepertimana firman Allah dalam surah An-Nas. Ciptalah rakan dan bukan lawan, binalah ukhuwah dan bukan berassabiyah.

Sekian dari admin bssilver - batman vs Superman ;-)

Comments

Popular Posts