Apakah Ukur Bangunan aka Building Survey (BS)? - Part 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Sidang Pembaca Sekalian..

Buat kali kedua entry kali ini kembali ke tujuan asal kewujudan blog ini. Semuanya demi Ukur Bangunan atau BS ni. Ayat tak boleh blah skema..

Seperti dijanjikan dalam entry yang sebelum ini di part 1, saya akan meneruskan penjelasan tentang bidang ukur bangunan agar semua terang benderang lagi bersuluh.





Kredit: Supermug.co.uk

SUBJEK DIPELAJARI DALAM UKUR BANGUNAN

Buat pengetahuan anda, saya hanya letak subjek yang dipelajari dalam Sarjana Muda Ukur Bangunan kerana dah hilang plan of study for diploma. Tak tahu letak mana. Laptop pun dah baru sebab nak buat master dan thesis tak boleh guna laptop kura-kura zaman tok Adam. Walaubagaimanapun laptop tu jugak yang banyak berjasa dan hanyut dalam dingin malam di fakulti time dulu-dulu...sadis..

But,why do we have to know the subjects to be studied? Explaination paling mudah, sebab anda kena tahu betul ke SM Ukur Bangunan ini akan bawa aku ke jalan yang lurus, terang, cepat dan betul. Saya akan letak di bawah subjek-subjek yang mana mungkin telah berubah sejak saya menaip entry ini.

Subjek Dipelajari dalam Course Outline Ukur Bangunan

1. Language Enrichment
  •  Bahasa Inggeris. Penting untuk bersaing mencari kerja di zaman global seperti sekarang.
2. Environmental Science and Services 1, 2 & 3 (ikut semester)
  • 2 dalam 1. Belajar tentang sains persekitaran. Setiap semester belajar satu versi je sampai la versi ke-3 Bagaimana pengiraan cahaya masuk ke bangunan, bunyi, ruang macam fizik but lagi simple dan khusus untuk bidang perundingan bangunan. Services pun gabung sekali macam aircond, water supply and something similar.
3. Building Construction and Materials 1 & 2
  •  Bidang Pembinaan merupakan asas paling penting. Dalam subjek ni, kita akan faham konsep digunakan dalam industri pembinaan. Subjek ni penting bahan dan cara digunakan untuk pembinaan.
4. Structures
  •  Lebih kurang macam additional mathematics tapi simple dan lebih tertumpu pada mengira bebanan pada bangunan. Subjek ni sebenarnya banyak digunakan oleh Jurutera Awam. Untung kita dapat tahu ilmu mereka.
5. Building Law 1 & 2
  • Kena tahu tentang perlembagaan Malaysia, perundangan kehakiman, Undang-undang pemilikan hartanah..dan anda bersedia untuk menjadi perunding hartanah! Kalau fokus betul2..
6. Land Surveying
  • Ilmu wajib seorang Land Surveyor. Kita pelajari untuk tahu prosedur dalam kerja-kerja permulaan pemilikan tapak. Penting untuk ilmu seorang juruukur.
7. Information Technology
  • Subjek ni bonus buat semua orang nak score. Belajar cara guna microsoft office dan komponen penting sebuah komputer. Untuk semester pertama saje sebab next semester byk guna ilmu perkomputeran.
8. Report Writing
  • Subjek English sebenarnya, tapi diolah dan dikhususkan untuk membina kemahiran menaip laporan. Penting sebab hampir semua subjek kena taip repot.
9. Building Design 1, 2 &3
  • Belajar dalam 3 semester. Belajar ala-ala arkitek la beb. Boleh design bangunan sendiri dan merasa bagaimana nak tahu ciri penting reka bentuk. Seronok sebab setiap hujung sem macam pertandingan kena tampal setiap hasil kerja berkumpulan untuk diberi markah.
10. Building Control
  • Memahami corak pelaksanaan untuk mengawal industri pembinaan di Malaysia. Nak bina bukan macam main lego boleh bina kat mana-mana.
11. Construction Economics
  • Ada la pengiraan sedikit. Macam nak belajar ekonomi tapi fokus bidang construction.
12. Islamic and Asian Civilization
  • Macam belajar Sejarah. Inshallah lubuk score sebab baca je.
13. Bahasa Tambahan 1, 2 & 3
  • Peluang pelajari bahasa asing selain English. Boleh pilih bahasa sebab elektif. Saya ambil Arab sebab penting bagi orang mukmin. Ada banyak lagi, boleh ambil kelas Jepun, Mandarin, Jerman dan yang akan ditawarkan.
14. Business and Professional Communication
  • English jugak. Tapi ini subjek favourite saya sebab ringan dari subjek lain. Kerja diberi hanya presentation dan repot yang sikit. Saya score kaw2 kat sini dan penyebab dapat anugerah dekan masa semester 3.
15. Built Environment Engineering 1 & 2
  • Ni subjek paling engineering. Agak kompleks. Ada calculation dan teori. Banyak belajar tentang ilmu fizik. Tapi Alhamdulillah saya score sebab lecturer BS baik-baik.
16. Construction Technology 1, 2 & 3
  • Macam subjek yang no.3 diatas juga. Cuma lebih mendalam dan fokus tentang pengurusan tapak dan kaedah pembinaan struktur.
17. Building Pathology and Control 1, 2 & 3
  • Ini paling penting. Asas dan prinsip seorang Juruukur bangunan. Belajar cara buat Building Condition Assessment dan Dilapidation Report. Cara nak berunding dengan klien tentang status kekuatan bangunan dan risiko yang perlu diambil jika bangunan itu sudah pernah diduduki. Di sini baru tahu bagaimana report disediakan oleh seorang surveyor
18. Computer Aided Design
  • Belajar Revit Architecure. Seronok. Buat bangunan ikut pelan terus generate sendiri bentuk 3D. Belajar ini sahaja cukup buat anda menjadi permintaan di alam pekerjaan. Sebab tak ramai orang tahu ilmu ni dan kursus di luar perlu dibayar sehingga beribu-ribu lemon.
19. Costing and Estimating
  • Ilmu asas seorang Juruukur Bahan atau Quantity Surveyor (QS). Kira bahan dan kosnya berdasarkan keperluan sesebuah projek. Mengawal tender dan dokumen kontrak. Ilmu penting untuk diketahui oleh juruukur bangunan or Building Surveyor (BS).
20. Fundamental Research Methodology
  • Bermulalah anda merasa buat tesis. Prinsip asas untuk buat tesis.
21. Ethnic Relations
  • Macam pendidikan sivik juga. Inshaallah lubuk score.

22. Valuation and Professional Studies 1 & 2
  • Belajar tentang penilaian hartanah. Ada calculation. Juga belajar tentang pengurusan di sektor pembinaan dan kerjaya.
23. Structure Design
  • Sama seperti no.4 dan lebih khusus dan fokus terutama pengaplikasian bebanan tiang dan rasuk ke atas rekabentuk.
23. Academic Project 1 & 2
  • Bermula kisah hidup menyayat hati. Tesis.
24. Financial Management
  • Bonus bagi yang pernah ambil perakaunan. Pengurusan kewangan syarikat dan lain-lain.
25. Practical Training
  • Buat latihan industri di syarikat swasta dan badan kerajaan semasa cuti semester 5 dan 6.
26. Building Design and Conservation
  • Buat design macam subjek di no.9 di atas. Cuma tertumpu pada bangunan bersejarah. Lebih analitikal dan sukar sedikit kerana perlu pelajari rekabentuk bangunan zaman silam.
27. Maintenance and Facilities Management
  • Tentang sistem pengurusan bangunan dan fasiliti. Memaksimumkan aset melalui sistem program penyenggaraan lebih berkesan secara teori. Ilmu teras seorang BS.
28. Project and Construction Management
  • Pengurusan projek. Membina sifat kepimpinan dan karisma. Memahami karakter di dalam alam bina dan cara menguruskan sumber manusia.
29. National Kesatria 1, 2 & 3
  • Kokurikulum. Ada bomba, JPAM, Kesatria, kelab kembara dan sebagainya.
----------------------------------------------------------------------------------------------

Kredit: uts.cc
Alhamdulillah selesai sudah huraian tak banyak mana mengenai subjek dipelajari dalam Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan. Tapi ini senario yang dicedok dari UiTM kerana itulah tempat saya menimba pengalaman dan ilmu. Mengapa saya hurai, supaya anda dapat amati betapa bernilai setiap satu subjek dalam membina karakter dan kerjaya kita untuk masa depan. Tapi saya ada dengar ura-ura bahawa subjek di atas telah digubah mengikut peredaran. Setakat ini saya tidak berapa maklum lagi.

Tapi kalau nak senarai lagi lengkap dan tak berjeler macam di atas. Tinggalkan emel anda atau emel ke naziruljb@gmail.com.

Dan saya akan sambung lagi Inshaallah dalam Part 3 tentang "Peluang Pekerjaan Juruukur Bangunan/ Ukur Bangunan/ Building Surveyor" sebab saya tahu ramai tak jelas mengenai BS sebab tak pernah dengar atau jarang-jarang sehinggakan tak merasakan BS ni ada tempat dalam dunia pekerjaan di Malaysia. Banyak kekosongan 3,4 tugas di Malaysia mampu diisi dengan seorang BS sahaja. Macamana tu? Saya tetap optimis dengan tanggapan saya.

Sekian dari Admin Bssilver - Superman ;-)

Comments

  1. part 3 tu macam mana pula ye? tu kire master ke?

    ReplyDelete
  2. Part 3 bukan master..hehe. tetap degree

    ReplyDelete
  3. Saya ada diploma, tapi dalam bidang pentadbiran. Saya minat bidang ukur bangunan ni. Adakah saya layak dri segi criteria utk course ni? Hmmmm

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, dpt byk info dr blog ni psl bs...kbetulan sy dpt smbung degree di usm dlm kos bs ni, bln 9 ni...terima kasih ye bg byk info mengenai bs. Cuma sy risau mengenai subjek apa yg ptot sy ambil dlu sem 1 nti sbb risau psl pointer rendh sbb klau x dpt ikot. Klau ad lg info mngenai bs sy pon nk taw jgk ye. Ni email sy salwanidanya@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau uitm shah alam bleh jumpa dh hmm :(

      Delete
    2. Saya dpt uitm shah alam !! Bolehlahh jumpaaa :)

      Delete
    3. saya uitm shah alam.. bolej jumpa.. admin boleh saya nak senarai lagi lengkap tu.. terima kasih

      Delete
  5. nursazaaoa.56@gmail.com boleh mintak senarai subjek tu? Awak buat huraian mmg buat saya lebih faham ttg each of subjek.

    ReplyDelete
  6. boleh x emailkan saya senarai subjek ni? email:ikazulaikah20@gmail.com

    ReplyDelete
  7. najwa9720@gmail.com
    Sya nk snrai tuh

    ReplyDelete
  8. Pembelajaran dia semua dlm bahasa inggeris ke

    ReplyDelete
  9. liezahussien@gmail.com boleh tak admin share lebih lanjut. Thank you

    ReplyDelete
  10. Seronok baca post sis. Ada sambungan part 3 tak? 😊

    ReplyDelete
  11. umtuk yang beragama islam kita wajib pilih bahasa arab ke untuk bahasa tambahan tu?

    ReplyDelete
  12. Subjek minor blh pilih ke n apa subj yg ditawarkan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts