Ahlan Wa Sahlan Our New Collegues


Petang ni saya bukak kejap blog. Pelik trafik laju semacam. Kalau blog saya ni adalah highway dah tentu2 kaya letak plaza tol sebijik kat situ. Terbit hati nak tengok apakah penyebabnya.. Ok, baru tahu sekarang adalah musim temuduga untuk kursus berkaitan UiTM rupanya..Mana tak pelik trafik blog ni dah la sepi tapi biasa kalau mendadak sebab ada interview tentang program Ukur Bangunan atau BS jela..

Jadi, banyak adik-adik yang mendapat tawaran kursus diploma ukur bangunan bertanya kat ruang komen di post Ukur Bangunan: Wujud Sebuah Profesion. Tahniah dilimpahkan kepada mereka kerana berjaya dipanggil oleh pihak UiTM! Saya doakan agar tawaran ini berjaya seusai temuduga nanti. Kesian juga ramai ribut taufan Katrina sebab ketakutan tak tahu apa nak buat time temuduga nanti. Nak pakai baju apa, soalan apa, tudung warna apa, nak naik kereta ke bas dan macam2 lagi yang buat saya tersenyum sendirian..hehehe

Saya perasan juga sebab perincian saya dalam post saya yang sebelum tu kurang jelas sebab tu komen melimpah ke ladang gandum dan pooooff..jadilah koko krunch (dah lama tak makan koko krunch). Ok saya cerita la sikit perkara yang saya hadapi secara direct time temuduga tu. Kalau tak nak baca takpe nak baca pun boleh la..
____________________________________________________________
PENGALAMAN TEMUDUGA DIPLOMA UKUR BANGUNAN 2009

Cerita ini berkisar pada tahun 2009. Masa tu masih muda, mentah, hijau, innocent, baik, dan banyak lagi benda positif kalau saya describe kat sini takut ramai yang muntah pula haha.. Ok teruskan. Saya minta cuti pada majikan kafeteria semasa kerja sambil2 tunggu result kemasukan UPU.

Diriwayatkan bahawa saya meminta pelepasan kerana dapat panggilan melalui surat dan juga emel mengenai khabaran gembira ini. Mak Ayah apatah lagi kerana anak lelaki sulong mereka ni makin lama makin terlalu asyik dunia seolah-olah dah takde semangat nak sambung belajar..Ye ke? Nasib baik kena panggil temuduga.

Dek kerana si ibu terlalu gembira beliau pakat membawa saya pergi ke Plaza Angsana kat JB sebab nak pergi beli pakaian yang sesuai untuk interview tu. Saya tak demand pun tapi ok la dapat tali pinggang kulit John Master dengan kemeja lengan panjang jenama yang sama. Tali leher pun tak boleh lupa kaler gold. Kasut kulit pun John Master memang tak nak kalah (tadi kata tak demand). Pengorbanan seorang ibu memang tak ternilai..

Hari itu. Hari yang ditunggu-tunggu. Pagi macamni memang buat perut memulas. Saya menunggang motosikal berkuasa silinder berkapasiti 135 memecut laju ke tempat kejadian (macam kes polis). Dengan gaya macam seorang pensyarah dengan fail-fail dari zaman sekolah rendah semua saya bawa sampai la result SPM dan surat panggilan temuduga. Pergh lagi ramai "pensyarah" daripada saya. Semua reaksi wajah interviewee lelaki ketika itu seolah-olah menunggu kelahiran anak sulong masing2..

Kami diasingkan mengikut kursus. Masa tu ada panggilan untuk diploma senibina landskap, perancangan bandar dan wilayah dan ada lagi tapi kurang ingat. Kami beratur menunggu giliran untuk masuk ke sebuah bilik yang tingkapnya digelapkan. Kalau JPJ kena saman nih. malas nak cakap banyak punya tunggu sampai berpeluh-peluh akhirnya sampai giliran jua.

Dengan cara kacak gaya dan penuh konfiden saya melangkah masuk dan ada 2 orang penemuduga tak silap time tu. Sebab sekali masuk bilik tu kena berdua. Jadi 1 penemuduga untuk seorang calon dengan meja dijarakkan antara satu sama lain. Saya pun tak hirau la apa calon satu lagi bualkan sebab masing-masing punya hal beb..hehe

Penemuduga: Can you tell me about yourself

Saya: My name is Brad Pitt..emm...errr..ugh..omgee

Penemuduga: Takpe bahasa melayu je..

Saya: ok..bla..bla..bla..

Penemuduga: Kenapa pilih Program Ukur Bangunan ni? Sebab apa? Sebab BEST??

Saya: Hahaha..(ok masa tu memang kelakar interviewer ni) saya jawab tapi merapu la sebab nervous.

Penemuduga: Apa yang awak tahu tentang kerja sorang Juruukur Bangunan ni?

Saya: Menjaga dan mengawal pembinaan bangunan sejak sebelum , semasa dan selepas bangunan itu dibina..bla3

Penemuduga: Ok tuje..tahniah dan tunggu sahaja keputusan tawaran nanti ye (memang cepat sebab saya antara orang yang last dan nampak beliau pun dah penat)

Tapi ia tak berakhir di situ rupanya. Ada lagi rupanya. Kami dibawa ke sebuah dewan kuliah pula. Bila masuk je nampak ada bongkah2 yang disusun. Ada bentuk bulat, petak, panjang, tiga segi, illuminati semua ada.. Saya pun dah terbiasa melukis almaklumlah dah biasa melukis komik masa dulu2 dan ada basic Lukisan Kejuruteraan.

Tapi apa yang berlaku kali ni, tak nampak pun nak guna skil. Setakat guna skil melukis komik je sebab ni berkaitan imaginasi semata-mata. Tak boleh kaitkan dengan subjek LK pun. Jadi takde alasan la kalau takde basic drawing masa sekolah dulu. Sekali sekarang baru faham kenapa penting lukisan bongkah2 masa interview tu. Sekarang kami banyak menggunakan lukisan dan sketch bangunan dan bentuk kerosakan ketika subjek Building Design dan Building Pathology. Dari situ la datangnya drawing2 ni rupanya..



Lepas tu 2 3 bulan kemudian surat pun sampai dan saya diterima...Alhamdulillah.. ok la da lebih satu jam menaip harap perkongsian ini menjadi satu pahala berterusan. Semoga berjaya.

Comments

Popular Posts