Teknologi umpama Pedang!

Diriwayatkan pada zaman Sayyidina Ali r.a bahawa baginda sahabat memiliki sebilah pedang yang dinamakan Zulfaqar. Kehebatan pedang itu sangat diperkatakan oleh orang ramai sebagai pedang yang sangat hebat dan tidak pernah terkalah tatkala Sayyidina Ali berperang dengannya.

Sehinggalah pada suatu hari si polan ini berkehendak untuk meminjam pedang Zulfaqar yang dikatakan oleh ramai orang itu. Lalu dinyatakan hajatnya pada Sayyidina Ali maka baginda khalifah pun berkenan meminjamkannya. Lalu pedang itu pun digunakan oleh si polan ini dalam peperangan yang terdekat.

Selepas tamat perang tersebut si polan ini pun pulang dan memulangkan semula pedang tersebut kepada Khalifah Sayyidina Ali. r.a.

"Jadi, bagaimana pedangku ini wahai si polan." tanya khalifah.

"Ah, biasa-biasa sahaja. Jika kutahu ini sahaja tidak akan aku pinjam." Jawab Si polan.

"Engkau memilih untuk meminjam pedang ini tapi kau terlupa meminjam 'tangan' yang menghayun pedang ini" balas khalifah.

Begitulah hebatnya tangan orang yang mempunyai alatan atau kelengkapan yang biasa-biasa tapi jika kena dengan orangnya maka alat itu mampu membuat sesuatu yang lebih daripada biasa malah mampu membunuh sesiapa sahaja.

BEGITULAH TEKNOLOGI

Gambar oleh gizmag

Saya perhatikan situasi semasa sangat hangat dengan pelbagai adegan perang siber yang sangat menjelekkan. Bukan mengatakan diri saya perfect, akan tetapi dengan dunia tanpa sepadan kini seolah-olah pemikiran manusia juga menjadi tiada sempadan.

Ya! pemikiran, kata-kata, dan ideologi menjadi TIADA BATAS lagi..

Sejujurnya saya telah membuka akaun Facebook tahun ini atas desakan ramai kawan-kawan seangkatan di UiTM ni. Okay, kantoi sudah di situ. Sebab ramai sangat dah tahu maka tak salah kalau saya isytiharkan di sini.

Dari facebook saya mula mengenal dunia. Sukar nak gambarkan dengan kata-kata. Berbagai isu yang diselitkan. Ramai sengaja membuat TROLL atau USIKAN panas yang ditujukan khas buat golongan tertentu. Kebanyakannya untuk mencederakan dan menyakiti hati pihak-pihak tertentu. Sedih pula rasa.

Tapi entah bagaimana. Troll-troll ini diangkat seperti wira. Seolah-olah "The unsung hero". Walaupun kualiti ayat dan frasa digunakan sangat tidak membina malah lebih kepada "menghukum" daripada mendidik masyarakat. Sudahlah masyarakat Melayu Islam kini ditindas dari ekonomi malah kini ditindas dari segi mendapatkan ilmu yang berguna dan berita sahih.

Malah dalam cerita-cerita tertentu seperti kehilangan MH370 ramai berkata mereka ada kenalan yang mengatakan begitu dan begini dan sahkan kematian di lautan Vietnam sejak hari pertama lagi. Ada yang kata mak dia punya anak sedara punya ayah tiri kepada moyang belah atuk ada dalam projek pencarian siap tunjuk bukti dalam bentuk mesej didalam talian telefon lagi. Haha..saya tak pernah percaya hanya mengiakan bila kawan-kawan mengatakan begitu dan begini.

Saya berharap saudara seIslam saya dapat memilih sewajarnya berita dan ilmu daripada internet dengan lebih teliti kerana zaman kini orang ramai lebih suka memberi pendapat secara "RASA" berbanding 'hikmah' dan 'ilmu'. Lepas tu mulalah cakap yang "saya rasa, saya rasa, dan saya rasa".

Terutama dalam kalangan Mahasiswa. Saya pernah terdengar ada dikalangan mereka bercakap:

"kenapalah Malaysia cari pasal dengan nak haramkan SYIAH? Kan sekarang dah susah Iran nak putuskan hubungan. Inilah rakyat yang terima akibat". Mashaallah..terkejut saya mendengar begitu. Tahukan mereka siapa golongan Syiah ini?

Malahan sewaktu saya ke PWTC di Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang taklimat mengenai Comango: Aktivis LGBT dan berkenaan dengannya banyak input yang mengejutkan. Menurut Dr. Ashraf dari USM mengatakan bahawa dia pernah terbaca satu lagi komen mahasiswa di facebook yang mengejutkan. Ayatnya berbunyi:

"Korang ni tak baik kutuk-kutuk tahulah diorang ni kafir. Entah-entah kat akhirat nanti kita ni salah dan diorang tu yang benar dan dapat masuk syurga."

Terkejut. Inikah impaknya teknologi dan kebebasan yang diberikan dalam bermedia sosial? Nanti bila disekat ramai yang menghidupkan api amarah tapi bila tidak disekat semakin ramai pula yang membuta tuli meluahkan pendapat dan meracuni fikiran orang lain.

Ah, dah lama nak sertai bengkel penulisan tapi UiTM Shah Alam takde buat pun. Penting untuk dapat ilmu untuk jadi penulis buku ni. Banyak buku dibeli guna baucer BB1M sebab persediaan sebelum jadi penulis wajib untuk kita banyakkan membaca karya orang lain terlebih dahulu. Semoga impian ini tidak terpadam walaupun umurku kini sudah 23 tahun..huhu tua sudah.

Baiklah wahai sidang pembaca yang dikasihi sekalian. Saya meminta maaf andai saya menghiris luka di hati kalian. Saya menulis kerana rasa tanggungjawab sebagai seorang muslim. Saya benar-benar tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa sekadar ini adalah pendapat dan analisa individu saya sahaja.

Sekian dari admin bssilver- Superman ;-)

Comments

Popular Posts