MH 370, Doa dan Solat Hajat

Pray for MH370

Pray for MH370

Pray for MH370

Sumber: Harian Metro


Dan ramai sahabat kita yang begitu prihatin dalam menggalakkan rakan2 lain agar turut berdoa dalam misi pencarian MH370.. Sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) jenis Boeing 777-200 yang turut membawa 239 penumpang dimana 38 daripadanya adalah rakyat Malaysia.

Hilang!

Tak tahulah apa sebabnya melainkan Allah Maha Mengetahui. Yang amat pelik tiada kesan langsung. Adakah satu konspirasi. Atau inikah ujian akhir zaman? Tetapi kenapa negara Malaysia dipilih. Dari sudut positif ada dua kategori;
  1. Pintu langit dilimpahi doa dan solat hajat oleh umat Islam
  2. Malaysia berjaya naik secara sekelip mata di mata dunia dan tiada alasan orang asing tidak mengenali kita.
Kali terakhir dikesan adalah di perairan Terengganu di Laut China Selatan pada 1.30 pagi. Ini merupakan satu hikmah yang mesti digali oleh kita rakyat Malaysia yang dimana selain daripada Pilihanraya Umum, inilah medan untuk membentangkan kematangan orang Malaysia dalam penglibatan secara langsung atau tidak langsung dalam kehilangan pesawat ini.

Ada yang pakai bomoh, ada yang berdoa, ada yang buat solat hajat, dan ada juga yang berusaha dengan "share dalam facebook". Alhamdulillah..ini satu amal jariah. Eh betul! Tiada istilah perli-perli semua ni. Nak banding ngan saya memang tak boleh sebab saya tak main share-share. Tak reti.

So, banyak la keluar nasihat agar kita banyakkan berdoa dan solat hajat untuk MH370. Perh..penuh dan ini menunjukkan kematangan dan keprihatinan rakan-rakan di UiTM. Lepas tu ramai la yang 'menasihati' dan 'menegur' seorang pakcik Bomoh dengan pelbagai kata-kata yang takkan kita luahkan pada ibubapa kita yang sebaya dengan pakcik tersebut. Kesedaran agama kita rakyat Malaysia juga dapat diukur bahawa amat tinggi.

Tadi sejurus solat Jumaat di masjid UiTM Shah Alam memang seperti kebiasaan seperti solat Jumaat yang sebelumnya penuh teramat macam nak pergi ceramah Ustaz Azhar Idrus. Alhamdulillah.. Seusai tamat solat Jumaat, Pak Imam pun mengajak agar warga budiman UiTM menunaikan solat hajat bagi memohon agar Pesawat MH370 'ditimbulkan' semula..

Saya pun rasa tak ramai yang tinggalkan saf jemaah sebab saf depan semua komited di barisan masing-masing jadi saya anggap saf belakang pun samalah agaknya. Doa Pak Imam selepas solat hajat amat menusuk kalbu sehingga tersekat-sekat suara pak imam menutur setiap kalimah tak terkecuali hati pendosa ini berkolam renang di mata ini..

Jadi, seorang rakan saya yang solat di bahagian belakang pun mengajak saya makan tengahari dek kelaparan sejurus solat. Beliau pun meluahkan novel hati beliau. (saya ubahsuai ikut kesesuaian)

"Tadi, masa solat hajat, ramai berpusu-pusu keluar. tinggal separuh je masjid. Dok share je dalam facebook sampai buat penuh kat wall. Tapi bila PRAY versi realiti muncul. Hmmm..mungkin kalau famili diorang ada dalam tu baru nak buat kot"

Benarkah? Tapi saya harap pernyataan ini adalah salah. Mungkin mereka bangun satu pertiga malam semata nak solat hajat sebab lebih mustajab ke? Wah..malu saya ni.

Ok, harap tepuk dada tanya iman.

Sekian sahaja dari admin bssilver - Superman ;-)

P/S: Umur makin singkat. 23 tahun sudah

Comments

Popular Posts