Result Exam Teruk, Analisis dan Hikmah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang..

Selawat dan salam bagi junjungan baginda Rasulullah Solallahualaihiwasallam.

Hari ini genap seminggu sudah berlalu tarikh keluarnya hasil keputusan peperiksaan bagi semester 5 saya. Hari yang ke-7 ini jugalah akhirnya saya membina kekuatan untuk menulis dan menganalisa result exam saya yang jika dilihat dari sudut pandangan mata kasar manusia boleh dikategorikan sebagai teruk atau suatu kegagalan yang nyata... Begitulah mulanya saya memandang keputusan exam yang tidak memberangsangkan tetapi memikirkan kembali dari sudut pandangan Islam ianya tidak sebegitu.

Siapa tidak sedih result exam teruk?? Melihat cita-cita masa depan yang dibina hari ini ranap di depan mata siapa yang sanggup menahan sebak dan gelojak?? Mungkin seseorang akan menangis setelah terjadi begini bagi melepaskan tekanan dan lazimnya kaum hawa selalunya begitu tetapi tidak saya (tudiaa ego lebih)..

Bertahun-tahun saya merancang keputusan exam yang cemerlang agar hasrat mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara tertunai tetapi siapa sangka perancangan Yang Maha Pencipta. Kini saya telah bertawakkal saja yang diiringi doa kerana peluang itu mungkin telah tertutup disebabkan oleh keputusan exam pada semester ini. Semuanya berlaku pada tahun terakhir pada tahun ke-5 iaitu tahun terakhir setelah selama lima tahun bercita-cita.

Tetapi saya masih tidak mampu merasa sesedih yang dibayangkan kerana seusai hari last paper saya dah terbayang result yang mungkin keluar kerana saya tidak mampu lakukan dengan bersungguh-sungguh dan banyak ruang kosong ditinggalkan pada helaian jawapan. Dan cuma Irox sahabat sejati sahaja antara teman-teman lain yang tahu saya terpaksa menanggung 2 kali demam panas dalam tempoh examination week. Demam panas dengan berselang 2 paper setiap kali amat memeritkan terutama apabila terpaksa menalaah pelajaran dengan baki satu hari saja hari yang sihat sebelum menempuhnya lusa.

USAH SALAHKAN TAKDIR



Ada pernah orang bertanya pada saya (bukan kali pertama, harap jangan ada yang terasa ye). Mengapa kita ni dah beribadat dan bermunajat pada Allah, bantu kawan-kawan yang kesusahan, menyerah tenaga pada para pensyarah, dan belajar sehabis tenaga tapi dapat result yang teruk pada anggapan diri kita?? Sampai bila kita hanya mampu melihat kawan-kawan yang ada penyakit sosial, egoistik, selfish dan mengabaikan agama mendapat keputusan cemerlang!!

Saya rasa ni bukan kali pertama saya menjawab soalan ini dalam blog ni.

Keyword kali ini mudah saja. Siapakah orang paling kaya di Malaysia? Bangsa paling ramai kaya di Malaysia pula yang mana? Adakah orang muslim? Jawapannya semua dah tentu tahu mestilah bukan. Tetapi pernah ke kita tanya kenapa orang bukan islam like Hindu and Buddhist apabila mereka berbuat baik dan berusaha mesti mereka berjaya dan kaya-raya. Apabila kita dah sehabis berusaha dekatkan diri kepada Allah dan menanam kecintaan pada ibadat serta berusaha tetapi kadang-kadang sahaja berjaya?

Para Ulama dan beberapa Imam terkemuka pernah menzahirkannya, orang Kafir jika mereka berbuat baik, bersedekah, membantu orang dan berusaha pasti Allah akan memberikan mereka kekayaan dan kesenangan yang mereka hajati. Adakah ini bermaksud Allah redha terhadap mereka? Ini kerana ada hadith Rasulullah SAW merekodkan yang bahawa Allah sengaja membalas orang yang ingkar kepadanya dengan imbalan yang baik di dunia secara cash kerana di Akhirat kelak mereka tiada apa-apa untuk dituntut kepada Allah diatas amalan baik mereka dahulu. Ini membuktikan sifat Ar-Rahman (Maha Pemurah) Dia yang sangat ultimate dimana Pemurah itu tidak mengira sesiapa. Contohnya jika ada seorang peminta sedekah telah datang kepada anda dan anda memberikan note keping RM10 kepadanya. Adakah itu bermaksud anda sayang si pengemis itu dan mengenalinya rapat?? Tidak bukan? Ianya adalah sifat PEMURAH. Ia tidak mengira si penerima. Itulah sifat wajib bagi Allah.



BETULKAH YANG GEMILANG SEDANG MENANTI??

Jawapannya bukan pada saya... sebagai manusia tidak bersih dari noda ini percaya jawapannya pada iman kita. Soalannya adalah adakah iman anda percaya pada masa depan yang lebih baik apabila usaha dan pengorbanan hari ini cuma berbuah lewat. Ia bukan tidak berbuah langsung.

Jawapannya pada IMAN. Tanyalah ia.

"Wahai Iman yang menghuni hatiku, daku telah berusaha dan berasa dekat dengan Allah ketika semester lepas. Aku mengharapkan imbalan-Nya atas usahaku. Jika ia tidak hadir hari ini necaya benarkah ia akan berbuah akan datang agar kupetik dan kunikmati hasilnya?"

Ya, hari ini anda telah menanamnya. Telah dibaja dan disiram. Dengan kuasa Allah yang Maha Penyayang, telah sengaja Dia menangguhkannya kerana menyukai kita berdoa kepadaNya.

Ketahuilah dua(2) hadith berkenaan doa: (diambil dari sumber blog lain)

  1. Sesungguhnya Allah Maha Pemalu dan Maha Murah hati. Allah malu bila ada hambaNya yang menengadahkan tangan (memohon kepada-Nya) lalu dibiarkannya kosong dan kecewa. (HR. Al Hakim)
  2. Tiada seorang berdo'a kepada Allah dengan suatu do'a, kecuali dikabulkanNya, dan dia memperoleh salah satu dari tiga hal, yaitu dipercepat terkabulnya baginya di dunia, disimpan (ditabung) untuknya sampai di akhirat, atau diganti dengan mencegahnya dari musibah (bencana) yang serupa. (HR. Ath-Thabrani)
 Percayalah dengan hati kita. Fikirkanlah jika Iblis sekalipun berdoa agar ditangguhkan pembalasan terhadapnya sehingga ke hari kiamat dengan beralasan nak sesatkan anak Adam dimakbulkan apatah lagi kita dah sah-sah orang Islam dan percaya serta takut kepada Allah SWT.
 
Perasaan saya ketika ini?
 
  • Semester 3 (semester lompat sebab ada pengecualian kredit sem 1& 2) - Harap-haraplah dapat dekan...
  • Semester 4 - Pergh, dapat anugerah naib canselor pun cantik gak
  • Semester 5 - Dapat tamat dalam CGPA dekan pun jadilah.
  • Semester 6 - Aku nak graduate on-time! huaaa..
Amboi, sembang bukan main lagi kan? Hahaha..tulah pemikiran yang saya tanamkan dalam diri. Ok, tu jelah saya nak share dalam blog bssilver kali ni. Semoga kita sama-sama mendapat maghfirah dan hasanah di dunia dan di akhirat.

Sekian dari admin bssilver- Superman ;-)

Comments

  1. Terima kasih bro. May allah bless you and all of us

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts