Nilai Sebuah Surat Khabar Lama

Dengan nama Allah Maha Pemurah Maha Pengasih.

AMARAN: Entry kali ini agak membosankan. Jika anda mempunyai sebarang penyakit kronik seperti rambut gugur, rabun warna dan kulit berminyak tidak disarankan teruskan membaca kerana dikhuatiri memberi kesan kepada kesihatan anda. Sila dapatkan nasihat pakar anda sebelum membacanya.

Cuti semester yang agak panjanarag kali ini. Sebenarnya UiTM memang biasa cuti panjang sampai dekat 2 bulan sekali cuti semester. Dan tiada apa nak digomel dalam blog ketika cuti berlangsung tanpa aktiviti. Nampak sangat pemalasnya kan?

Benda yang paling common yang saya buat adalah join aktiviti surau Al-Fateh berdekatan rumah di kawasan perumahan saya ni. Memang gemok la lepas ada kuliah sikit ada la makan. Dah tu kena selalu pekena selepas Isyak..haih..mana menahan teman tengok je. Even, sampai lepas kuliah subuh pun ada makan lagi macam subuh tadi. Jadual aktiviti joging saya memang sepi. Hampir tak pernah buat sepanjang 6 bulan..

Ok, itu dia mukadimah tak berapa nak mukadimah sangat. Saya gagahkan jua untuk menulis blog ni walaupun takde mood nak menulis langsung. Nak kena biasakan juga menulis sebab dah impian kau nak jadi penulis kena la berkorban sikit masa. Ala..tak rugi apa pun kan. Tapi ingatlah, kalau nak jadi penulis mesti kena banyakkan membaca penulisan orang..inilah basic asas menjadi penulis..

Minggu lepas selepas kira-kira 3 hari saya sampai di JB, saya pergi sekejap menziarahi nenek dan datuk sebelah ibu di Kempas. 10 minit perjalanan je dah dekat moga-moga ringanlah kaki ini menziarahi mereka lagipun famili yang lain sibuk sikit dengan kerja mereka.

VERSI NOVEL SIKIT (kuang3x) ;-P

Saya membuka kuak pintu dan memberi salam "ASSALAMUALAIKUM!".

"Waalaikumussalam", datuk menjawab.

Rupanya beliau sedang mengemas almari antiknya yang penuh khazanah silam berdekad dan ada yang hampir seabad lamanya. Banyak barang-barang berupa dokumen dan objek-objek kecil menghuni setiap tingkat almari berpintu kaca itu. Almari itu tidak besar dan tidak pula terlalu kecil. Diperbuat daripada kayu dan tinggi separas bahuku.

Sambil membantu nenekku menolak kerusi rodanya aku mengelak kakiku dari terpijak serpihan barangan antik yang disusun diluar amari yang sedang dikosongkan oleh datuk. Pernah sekali aku melihat beberapa butir peluru senapang patah diletakkan disitu tetapi kini tidak lagi setelah dirampas oleh sekumpulan perompak yang memecah masuk kira-kira 7 tahun lalu. Keris-keris beliau yang bersusun turut lesap.

Aku duduk di sofa ruang tamu menghadap televisyen yang tidak terpasang. Datukku yang seketika duduk dihadapanku kembali bangun setelah bertanyakan tentang cuti pada semester kali ini.

"Eh, nak pergi mana atuk ni?" bisik hati kecil.

Beliau datang semula bersama sebuah surat khabar lama ditangannya. Berwarna kuning mungkin sudah terlalu lama disimpan di dalam 'peti khazanah' tadi.

"Cuba baca ni" ujar atuk.

"Surat khabar lama?" aku bertanya.

Sempat snap walau kualiti kamera 1.3Mp ni teruk sikit. New Straits Times versi 1989
Mula-mula aku tengok bersahaja sehinggalah mata aku terpaku pada satu tajuk artikel 'Just Another Job at The Hospital Mortary' maksud dalam bahasa jawa baku adalah 'Hanya Rutin Biasa di Rumah Mayat Hospital'. Ya, 'rumah mayat' dan mata ini tak tersalah tengok.

------Tamat versi novel------

Terpapar wajah datuk di dalam page yang paling bawah. Rupanya datuk masuk paper time ni. Fuyoo memang canggih la. Saya sempat tanya macam mana boleh keluar artikel tentang beliau dalam paper ni. Dah la New Straits Times tahun 1989. Confirm ramai antara anda yang belum lahir lagi betul tak?

"Kawan atuk reporter la" jawapan bersahaja beliau.

"Ok", jawapan tokok tambah dari saya. (Scene mungkin diubah suai mengikut citarasa penulis)

Artikel yang ada gambar atuk.
Masa ni for sure memang saya tak lahir lagi. Apa yang dicerita dalam artikel tu adalah berkenaan pengalaman si atuk yang bekerja sebagai pembantu forensik dan pengurus jenazah  menguruskan lebih 2000 mayat seumur hidup beliau bekerja di rumah mayat di Hospital Sultanah Aminah. Pergh sanggup bhai. Sebab tu la si atuk simpan paper ni. Sebelum ni beliau bekerja sebagai tentera laut singapura sebelum menyerah tugas dan memohon pekerjaan di hospital.

Lepas tu memang famili kerja hospital je. Nenek pula masa tu bekerja sebagai Misi. Dah memang sebenarnya keluarga melekat di kuarters hospital maka Maklong dan Makngah pun jadi nurse. Tak perlu nak heran sebab faktor kerjaya keluarga memang jadi peranan. Umpamanya kalau mak cikgu anak pun nak jadi cikgu jugak. So, lepas SPM saya pun bekerja di kantin Balai Pelawat Hospital di tempat sama selama 6 bulan sebab nak amik mood kerja hospital. Minat punya pasal, apply temuduga KPJ amik diploma Farmasi. Berpeluh bhai masa interview dah kat bilik tu sume interviewee perempuan baya saya apa dorang ingat saya nak jadi nurse ke ha? Tapi tak lama lepas tu.. DAPAT BEB. Tengah syok berangan kerja hospital tup..tup tawaran UiTM sampai. Sekarang jadi Doktor Bangunan la jawabnya..

Ok bahagian paling bosan baru je tamat..

Tapi betul paper macam ni sangat BERNILAI! Banyak info yang kalau baca balik buat kita tersenyum. Contohnya artikel pasal pasukan bolasepak Liverpool. Dalam paper ni Liverpool akan jadi Juara Liga pada tahun akan datang dan mereka tidak tahu bahawa tahun itu adalah tahun terakhir mereka menjuarainya sehinggalah sekarang.

Pasal Mokhtar Dahari atau Super Mokh. Siapa tak kenal dia tak tahulah, Si Lagenda dan bekas Penyerang Terbaik Asia ini sedang menderita penyakit misteri sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir dua tahun kemudian. Tapi dalam paper NST ni menunjukkan arwah masih hidup dan menjadi cover page cuma tak siapa tahu bahawa dia akan pergi bertemu Ilahi.


That's why saya rasa memang penting kadang-kadang kita menyimpan barang kenangan yang mempunyai benda-benda yang signifikan dengan kehidupan kita. Selalunya benda-benda nostalgia dan sejarah seperti ini yang membuatkan kita mengenali asal-usul kita dan tujuan hidup kita. Malahan memandu kita semula ke objektif asal kita.

Always keep your memories belonging. But, be aware for rubbishes. You have to differentiate between a treasure or a rubbish.

Sekian dari Admin bssilver- Superman ;-)

Comments

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts