Sempurnakah Solatku?
Ada banyak persoalan yang menari-nari dalam dewan kepala saya yang sempit ini tatkala saya ingin mencari jawapan kepada permasalahan terhadap semua kesulitan dan kunci kehidupan. Apakah itu? Adakah ianya sebuah perkahwinan? Tidak. Adakah ianya tentang wang? Bukan. Atau adakah ianya berkenaan dengan melanjutkan pelajaran ke luar negara? Salah sama sekali.
Perfecting My Solah- Program memantapkan solat
Saya baru je join program ni tapi bukan dapat input secara langsung sebagai peserta program sebaliknya hanya sebagai sukarelawan sahaja. Jadi banyak perkara yang terlepas memandangkan saya perlu bergerak ke sana ke mari meninggalkan dewan ceramah kerana banyak perkara yang perlu diuruskan. InshaAllah akan ada lainkali dan saya yakin saya perlu menyertainya.
Best ke program ni?
Sebelum saya jawab soalan ni. Saya bertanya dahulu kepada anda bahawa amalan pertama sekali yang ditanya ketika di padang Mahsyar nanti adalah apa? Ya, jawapannya adalah solat! Kalau sempurna solatnya maka sempurnalah yang seterusnya. Juga adakah anda tahu dengan jelas segala hukum yang melibatkan solat? Betul ke ada limit 3 hari sahaja untuk melakukan rukhsah solat seperti Jama' dan Qasar bagi musafir? Kalau betul? Mana dalil dan buktinya? Benarkah suami masih boleh mengucup dan membelai isteri sesudah mengambil wudhu? Kalau benar? Di mana pangkalnya?
Hadith 1:
“Sesungguhnya , amalan pertama kali akan dihisab dari seorang hamba adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka akan ditulis sempurna untuknya. Apabila padanya terdapat kekurangan, maka Allah Ta’ala berfirman kepada malaikatNya, 'Lihatlah, apakah hambaku memiliki amalan sunnah? Lalu, sempurnakanlah apa yang kurang sempurna dari ibadah wajibnya dengan amalan sunnahnya, kemudian zakat, kemudian amalan-amalan lain juga seperti itu perhitungannya.”
(H.R. Ad-Darimiy)
(H.R. Ad-Darimiy)
Hadith 2:
Dari Abu Hurairah,
“Sesungguhnya amal hamba yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat adalah solatnya. Apabila solatnya baik, dia akan mendapatkan keberuntungan dan keselamatan. Apabila solatnya rosak, dia akan menyesal dan rugi. Jika ada yang kurang dari solat wajibnya, Allah Ta’ala mengatakan,’Lihatlah apakah pada hamba tersebut memiliki amalan solat sunat?’ Maka solat sunat tersebut akan menyempurnakan solat wajibnya yang kurang. Begitu juga amalan lainnya seperti itu."
Subhanallah..maha dahsyat akibat dan beratnya tanggungjawab kita untuk bersolat. Bahkan pelbagai lagi cara dan perkara diajarkan oleh Allah dan Rasulnya untuk bersolat samaada ketika sakit tak boleh diri, duduk dan biarpun dengan isyarat mata sahaja. Bahkan ketika perang pun kena solat walaupun satu rakaat kerana takutkan musuh.
Rasa macam nak menangis juga kerana terkenangkan diri yang banyak masalah dan connection dengan Allah pun masih low. Kini baru tahu banyak perkara tentang solat khusunya berkenaan praktikalnya yang bertentangan dengan kita biasa buat. "Cara Solat Nabi"- itulah keyword yang digunakan oleh Syeikh Hussein Yee selaku penceramah yang mengajarkan peserta cara solat sempurna dalam program ini. Habis tu cara solat kita? Kini barulah saya tahu permasalahan saya dalam hidup saya adalah berpangkalkan solat. Kini saya masih berusaha berubah setelah mengikuti sedikit ceramah tempohari dan beristiqamah melakukannya..
Semoga kita tidak hanyut dalam arus modenisasi yang deras membawa bersama hanyut pokok kayu 'Islam liberal', ranting-ranting 'Sekularisme' dan juga sampah 'Pluralisme'. Ya Allah, aku sentiasa mendamba redhaMu dan berharap semua manusia sedar akan maksud mereka hidup di dunia ini. Sudah banyak aku berubah dari segi mentaliti dan fizikal demi meletakkan diri aku dalam kalangan rakan-rakan sebaya tapi dakwah sukar sampai. Sekarang aku ingin kembali menjadi diriku sebenar dan berharap jalan itu dipermudahkan..Amiinn
Comments
Post a Comment
KOMEN