Kuala Terengganu: Destinasi Bajet Terbaik
Minggu lepas, geng semester saya buat satu trip ke Kuala Terengganu. Best gila rasa seolah-olah macam tengah makan burger dalam library...Bas 4 buah bertolak hari Isnin pukul 9 pagi sehingga pukul 8.30 malam tiba di perkarangan Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Hotel Seri Malaysia memang terbaik di sini. Hanya kira-kira 200meter dari Pasar Payang. Kat Pasar Payang ni lah tarikan utama Kuala Terengganu. Tak sah kalau pergi K.Terengganu kalau tak singgah sini..
So, itu soal penginapan. Kami stay sini 5 hari 4 malam memang cukup-cukup untuk perabih duit dalam poket yang memang dah tipis tuu..Nak beli keropok lekor, keropok keping ke dan sebagainya takut-takut jugak sebab budak Ganu geng kami kabor kat kami yang sini sukar nak cari ORI? Kalau keropok parang jangan beli kat Pasar Payang yang sekilo RM16-20 katanya sebab kalau murah mustahil ori sebab kalau ori harga jejak RM 30.00 sekilo!! Kalau beli jugak cuma buat kenyang perut je tapi boleh beli kat mane2 pun..
Hari kedua cam bese la setakat pergi survey kat area Chinatown. Kat sini banyak betul penjualan daging non-halal kat kiri dan kanan sepanjang laluan 200meter itu. Tapi nak cerita banyak pun tak best, kalau korang datang sendiri pun baru tahu betapa best dan uniknya kat sini. Petang tu jugak kami pergi mendengar penjelasan daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di bangunan PMINT. Lalala..nanti detail saya cerita lain post kot (kalau rajin).
Hari ketiga kami semua meneruskan misi akademik ke Sekolah Menengah Teknik Sultan Sulaiman. Peranan saya? macam biasa setup untuk kerja-kerja multimedia jelah kalau nak bagi talk ni bukan event saya melainkan hari Sabtu kemudiannya..memang serius penat tapi berbaloi berkhidmat untuk masyarakat..Tujuan misi akademik ni adalah untuk memperkenalkan program dan profession Juruukur Bangunan kepada pelajar sekolah agar mereka terinspirasi untuk menyertai kami kelak.
Hari Keempat kita ENJOYY!! Mula-mula pergi Noor Arfa Batik --> Muzium Negeri Terengganu --> Taman Tamadun Islam --> tapak Stadium runtuh Terengganu --> Pantai Batu Burok (BBQ) .
Hari last. Balik. Thats All. Nak cerita apa pun tak boleh. Malam tu pukul 8.30malam sampai je terus kemas-kemas gerak pergi meeting kat mamak sampai pukul 2pagi sebab keesokan paginya ada misi akademik lagi di FSPU dan siapa lagi Pengarah Programnya kalau bukan..ehem..ehem.. Cewah.. sape ek.. tapi secara 'bidan terjun' je sebenarnya tu yang kelam sikit..
Kuala Terengganu ni pada pendapat saya sangat berpotensi untuk menjadi sebuah bandaraya yang maju tapi saya mencadangkan alangkah baiknya jika masalah trafik dapat diperbaiki untuk mengelakkan masalah kesesakan dalam tempoh 10 tahun mendatang dimana mungkin merencatkan pertumbuhan ekonomi dan pelancongan Kuala Terengganu itu sendiri. Sekian daripada admin bssilver- Superman ;-)
Suasana di luar pasar payang.. |
Hotel Seri Malaysia mengadap muara (bangunan kuning) |

Comments
Post a Comment
KOMEN