Pengukuhan Ukur Bangunan ( BS ) di Malaysia

Walaupun buruk tapi  kira ok la untuk "bunting saat akhir" yang aku  design ni.

Hari ini kelas dibatalkan (YAHUU...) untuk memberikan laluan kepada Program Wacana BS yang julung kali diadakan di Malaysia oleh pihak RISM (Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia) untuk memberi penerangan dan pencerahan tentang profession BS yang semakin meningkat permintaannya di pasaran kerja terutama di sektor pembinaan.

Bercakap tentang ahli-ahli panel yang hadir pada majlis ilmu berbentuk forum umpama rancangan televisyen Halaqah dan Al-Kulliyyah menunjukkan bahawa RISM sangat serius dalam membincangkan tentang akta juruukur bangunan dan pengetahuan orang awam tentang kewujudan Juruukur Bangunan dan peri pentingnya kewujudan kita di negara ini. Fuyoo macam pembaca berita aku ni...

Antara panel yang terlibat adalah:

  1. Prof. Madya Dr. Sr. Ahmad Ezanee Hashim selaku pensyarah BS kami dan mewakili UiTM sendiri. 
  2. Seterusnya Prof. Madya Dr. Sr. Azlan daripada Universiti Malaya.
  3. Kemudian, Prof. Madya Sr. Dr. Adi Irfan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (mentor saya walaupun beliau tak tahu dan tak sempat nak tegur pun tadi..hmm).
  4. Akhir skali, Sr. Abdul Mutalib Aman Shah daripada Amas FM Consultant dan juga merupakan orang yang pernah komen dalam post saya terdahulu bertajuk Peranan Sebenar Pelajar Ukur Bangunan di Malaysia. Tak sangka beliau akan hadir dalam wacana kali ini. First time jumpa dia dan nak tegur dia tapi ramai sangat kerumun dia. Yalah, orang power kan? Siapa la saya ek..tapi serius saya bangga orang hebat macam dia akan buka, baca, dan komen dalam blog saya yang tak seberapa ni...
Alhamdulillah juga walaupun sedang menguruskan event ini tapi saya tak lepas peluang untuk duduk juga bersama-sama dengan hadirin lain untuk menimba ilmu daripada orang yang hebat seperti mereka. Rugi beb kalau ada yang tak datang.

"Building Control and Compliance" atau bahasa Melayunya "Kawalan Bangunan dan Pematuhan". Inilah ayat yang paling tepat untuk menerangkan apa itu BS. Inilah satu kata persetujuan untuk menggambarkan pentingnya profession ini untuk menjaga kepentingan aset, kewangan, perundangan, pembinaan dan penyenggaraan terhadap bangunan yang menjadi tempat perlindungan kita. Jangan sampai terkejut la kalau kena belajar undang-undang dan akta-akta sepanjang duduk dalam BS ni.

Setakat ni saja dulu saya update tentang BS. Sebenarnya nak tulis lagi tapi dah lewat malam. Kalau nak tahu apa-apa silalah tulis sahaja di ruangan komen dan Inshaallah sebagai seorang pelajar yang masih lagi belajar, saya cuba yang sedaya mungkin untuk menjawab. Terutama pelajar-pelajar yang mendapat tawaran temuduga untuk BS ni. Syabas diucapkan.

Dan juga, kini saya tak bersendirian lagi sebagai salah satu blog yang menerangkan tentang ukur bangunan ataupun BS, kerana baru je going up for google tadi dan nampaknya makin bertumbuh blog yang sinonim dengan profesion ini. Saya akan letakkan senarai web ataupun  blog-blog tersebut pada link di khas jika ada kelapangan. Majulah BS! sekian dari admin bssilver-Superman ;-)

Comments

  1. Assalam. saya BS di JKR. juga sedang dalam perkongsian mengenai kerjaya BS terutama skop kerja di JKR itu sendiri. Sudi-sudi follow blog saya bizimomma.blogspot.com.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts