Syabas Menjadi Warga Ukur Bangunan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang.

Di malam nan permai sunyi lagi gelap gelita ini, saya rasa belum terlewat mahu mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua bakal siswa dan siswi yang melepasi saringan untuk mendapat tempat di IPTA dan tak lupa juga IPTS di Malaysia. Akan tetapi, perhatian saya lebih tertumpu kepada lepasan diploma, matrikulasi dan STPM yang akan mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian) di UiTM Shah Alam bermula 9 September 2013 akan datang.

APA NAK BAWA?

Kalau boleh bawa sahaja semua yang diminta seperti yang disertakan bersama surat tawaran ke UiTM. Surat tawaran penting tahap langit ketujuh kalau ada rasa-rasa nak try ingat-ingat lupa tu. Pada hari pertama duit yuran tidak perlu dibawa bersama. Anda akan diberi tempoh lebih kurang sebulan untuk menjelaskan yuran sama ada melalui ATM ataupun bayar terus ke kaunter Bank Islam yang berdekatan. Ok setel!

TAK TAHU KELAS HARI PERTAMA?

Rasanya tak perlu nak ribut taufan Katrina untuk mencari kelas hari pertama. Terutama budak Ukur Bangunan atau panggilan mudahnya, BS, tak payah menggedik nak jejak kaki ke FSPU (Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur) kerana kita tak dapat nak lepak kat situ kecuali waktu malam sahaja. So, port kelas budak BS terletak di Menara SAAS (Sultan Abdul Aziz Shah). Adoi, penat translate..

APA NAK BUAT HARI FIRST?

Biasanya benda ni tak diberitahu sehinggalah hari Isnin 8 pagi itu juga. Ok, pecahkan rahsia ni, sebenarnya korang siap-siap la nak pergi ke Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) dengan bawa semua fail berkaitan untuk diberi taklimat.

PENGENALAN KURSUS UKUR BANGUNAN PULA?

Hari Khamis minggu pertama akan diberi taklimat di dewan besar SUG. Carilah sendiri ok. Segala penerangan, tayangan video khas, montaj aktiviti-aktiviti yang telah dilalui sepanjang semester lepas akan dihidangkan semasa hari tersebut. Inshaallah saya bertanggungjawab menyediakan dan mengoperasikan sistem multimedia pada hari itu nanti..nanti boleh la berkenalan ek..

Rasanya itu sahaja buat masa ini. Masa tidak mengizinkan dan saya nak beradu di atas bahtera yang empuk nak belayar ke Narnia. Waktu bertolak pukul 1 pagi mungkin 6 pagi sampai. Harap-harap la kali ni tak terlepas Subuh berjemaah....amiiiinn..

Comments

Popular Posts