Blogger yang hilang Identiti!

Setelah sekian lama saya menyepi diri daripada kengkawan, sahabat, frenz, member dan kenalan, kini tibalah masanya untuk kembali aktif semula. Kalau korang rasa macam mana saya boleh hilang menyepi tanpa sebarang berita samaada di buletin utama ataupun harian metro rasanya tiada siapa boleh menjawab soalan tu...

3 Elemen perlu bersatu macam tarian Britain's Got Talent (gambar hiasan dan tiada kaitan)


BLOGGING, IDEA dan KREATIVITI - 3 elemen yang sukar disatukan!

Oh tidak! kali ini blog ni betul-betul kehilangan admin. Saya ni nak kata busy tidak, nak kata lapang and free of course la jawapannya adalah yes. Tapi kenapa? Kenapa? Sekali lagi kenapa blog ni ditinggalkan begitu sahaja macam rumah banglo dua tingkat di seksyen 2 Shah Alam.

Mungkin sekali bakat saya bukan pada blogging kot..apatah lagi nak menulis sebuah buku.. susah sebenarnya nak jadi blogger rupanya. Masa kena banyak dikorban dan disembelih untuk menghasilkan lauk idea yang enak dan mantap. Tapi sebenarnya kan, tajuk tentang BLOGGING, IDEA DAN KREATIVITI.. memang bagus dikupas segar-segar macam nak kupas kulit oren di rewang majlis kahwin.

BLOG, AKU DATANG!!

Bagi saya dalam menjadi seorang blogger tak semudah menulis madah di facebook, mengarang pantun di myspace, dan bercuit-cuit dalam twitter. Ya, ia tak semudah itu. ada dua elemen yang menjadikan kita blogger yang berjaya. Eh, blogger pun boleh ada istilah 'berjaya' kerana ianya tak sama dan takkan serupa dengan media sosial yang lain. Dari blog timbul satu medium ilmu umpama telaga yang perlu diturunkan timba untuk mendapatkan airnya. Airnya pula kadang-kadang seolah-olah tidak bersumber dan keluar dari tanah begitu sahaja. Dan tiba-tiba akan menjadi telaga yang kering dan disebut "perigi buta". Begitulah berblogging. Macam jauh je saya pergi..

Untuk yang blogging untuk mencurahkan ilmu selain daripada berkongsi cerita tentang diri kita seharian selalunya publisiti menjadi masalah. Yang ini saya tak perlu saya jelaskan menagapa pula masalah ini timbul kerana blogger patut tahu sendiri.

Ada dua (2) perkara yang menghantui kita dalam konsistensi berblogging:

  1. Idea
  2. Kreativiti
Kadang-kadang rajin tu boleh je datang macam ribut tapi masalah kita adalah idea datang macam siput. Kalau siput 'baby' tu boleh kira lagi tapi kalau kuih siput tak ke naya tu. 

Kreativiti. Dah datang dah idea! Eh, kreativiti takda lah. Kalau menulis jugak idea yang ada ni silap-silap boleh jadi pemberita kat Bulatan Utama kat TV 13. Betul kan? kalau produser nampak bakat takpe jugak boleh dapat kerja sebelum habis belajar tahun depan ni.

BAKAT = BLOG

Eh ye tak ye juga. Kalau tak ada bakat macam mana nak usaha lebih-lebih takut tak boleh kawal tekanan. Nak cakap pasal bakat ni teringat sebenarnya saya ni mampu melukis komik. Setakat Marvel dengan DC Comics selamba je saya tak dapat potong pun.

Saya teringat lagi saya ada buat komik superhero bersiri yang dinamakan "FLASH". Nama seakan-akan watak The Flash yang lari laju dalam DC Comics tapi kuasa sakti dia lain sikit. Dia ada pistol canggih dan lawan seakan-akan Batman. Kostum pula ala-ala Chempiang dan tambah helmet full face macam Power Rangers Mighty Morphin. Masa tu saya masih bersekolah rendah dan hasilkan dalam 3 buah komik bersiri.

FLASH - SUPERHEROKU

Watak dari DC Comics. Nama je sama dengan watak rekaan saya.


Siri pertama adalah pengenalan. Tak tahu dari mana bakat melukis saya datang. Melukis komik suka-suka je. Tapi dapat kat tangan member. Lepas tu heboh satu kelas baca komik saya sampai lunyai boleh buat sambal belacan. Watak Flash versi saya disukai dan jalan ceritanya dipuji...cewahh.. Ini mendorong saya membuat siri kedua kerana permintaan tinggi oleh kawan-kawan kelas.

Siri kedua. Kuasa Flash dipertingkat dan banyak watak jahat timbul untuk menghapuskan watak hero ni. Tapi macam biasa hero always won. Permintaan bertambah tapi saya makin tak larat kerana banyak kerja sekolah tak siap sebab nak siapkan komik ni. Tapi masa tu memang dedikasi gila kat komik ni sampai tak tido malam walaupun masih budak sekolah rendah. Permintaan rakan-rakan mendorong saya membuat siri ke-3.

Siri ketiga. Ni paling last. Serius saya tak tahan. Saya sengaja tamatkan cerita ni pada siri ketiga. Penat beb. Saya letakkan watak bernama Bison ala-ala watak Street Fighter sebagai watak antagonis yang mendalangi semua kekacauan ini. Akhirnya Flash berjaya menewaskan Bison. Dunia pun aman tenteram, rakyatnya pun hidup bersatu-padu, menjalin mahabbah, dan bahagia lagi harmoni. Burung berkicauan riang ria lalu ombak menderu menghempas pantai..bla..bla..bla..

Kemuncak sekali penglibatan saya dalam bidang lukisan komik dan fantasi adalah saya menjuarai pertandingan melukis bertemakan buku cerita dan dongeng gitu ketika darjah 5 peringkat sekolah. Alhamdullillah memang rezeki berjaya menang menewaskan dua orang pelukis rasmi komik majalah sekolah waktu itu. Mereka memenangi tempat ke-2 dan seterusnya. Bertajuk "Ali Baba and the 40 Thieves" saya pun tak sangka hujan boleh turun di tengahari. Tapi masalahnya ramai tak senang dengan kemenangan saya pada waktu itu sehingga kena perli dalam bas ondaway pulang ke rumah... di dalam keramaian itu yang menyambut kemenangan saya hanyalah Zulfaiq seorang sahabat yang sentiasa bersama dan berkongsi bekal makanan. entah di mana beliau kini....

Darjah 6 saya berpindah sekolah. Rezeki Tuhan ada dimana-mana. Saya dipilih mewakili sekolah menulis esei zon selatan. Tiada apa-apa pencapaian sejak itu. Saya berhenti melukis dan berhenti berkarya. Berhenti bersosial dan berputus asa. Tak tahu di mana arah tuju saya selepas itu.

Sehinggalah saya masuk ke UiTM Perak, sebelum semuanya gelap. Tiada apa-apa untuk dibanggakan. Rezeki dan hidayah itu datang kembali. Saya dipilih bersama-sama Faisal dan Emy untuk mewakili UiTM Perak dalam pertandingan Inovasi di Shah Alam. Pingat Perak. Alhamdulillah. Walaupun terang-terang pemilihan calon ada sedikit penentangan..

Setelah itu saya mula buka mata. Hidayah itu datang dan pergi. Cahaya itu, sudah tidak rela saya biarkan ia berlalu lagi. Saya sehingga kini berusaha untuk mengekalkan hidayah dan cahaya itu agar kekal bersama. Zaman sepi dan gelap tidak perlu berlalu lagi.



Itulah yang menyebabkan saya menghasilkan blog ini. Lahirlah blog yang dinamakan TABIR HIDUP. Semoga tidak luntur semangat untuk berkarya dan memberi ilham pada orang lain.

Sekian Admin bssilver- superman.

Comments

Popular Posts