Selamat Menjalani Temuduga IPTA / POLI / SIJIL

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Sesungguhnya malam ini terdetik rasa gembira tatkala melihat ramai trafik bertanya berkenaan temuduga kemasukan ke program diploma / ijazah dan sebagainya. Alhamdulillah saya panjatkan. Bukan apa, kerana semakin ramai adik-adik yang layak untuk masuk ke universiti-universiti tempatan yang menawarkan kursus-kursus menarik. Juga tahniah diucapkan!

Saya gembira kerana ramai yang begitu excited dan bertanya mengenai bidang yang akan mereka ceburi. Sekali lagi saya bersyukur. Alhamdulillah sekali lagi...

Tak tahu kenapa rasa sayu menghimpit jiwa dan kalbu pada malam ini. Assignment yang bertimbun membuatkan saya hilang diri saya buat sementara. Kadang-kadang diri saya sudah menjadi tidak relevan untuk dicontohi kawan-kawan apatah lagi menyampaikan dakwah kepada mereka.

Tiba-tiba jadi serius kan?

Saya tak sempat membina the other side of my life pada semester ini. Nak upadate blog dah tiada idea langsung dan hampir tak sempat pun ada ni. Saya tak mahu tumpukan 100% pada pelajaran sahaja kerana saya mahu bergraduasi dalam keadaan SATU PAKEJ.

SATU PAKEJ?

Rasa adil tak kalau kita bergraduan pada usia 24 tahun dengan hanya ilmu berkaitan bidang kita sedangkan jika diukur pada umur kita mula ke institusi pembelajaran contohnya pada usia 6 tahun sehinggalah kita berumur 24 tahun adalah 18 TAHUN!!!!

Wah lamanya...

Jadi kadang-kadang kita tak tahu nak jadi apa setelah tamat pengajian maka eloklah kita menyediakan satu pakej dalam diri kita di mana kita tak rugi sedikitpun jika ijazah kita ditolak mentah-mentah oleh agensi pekerjaan  kerana sudah cukup kuota.

Jadi, persiapkan diri kita dengan mencari kekuatan diri. Jika kita sukakan perniagaan maka berkawanlah dengan orang yang suka berniaga. Kalau lagi bagus, buatlah perniagaan kecil bersamanya. Jual lah topup ke, berger ke, nasi lemak ke?

Inshaallah akan bergraduan kelak sebagai SATU PAKEJ yang sangat lengkap dan padat yang tidak takut pada dunia pekerjaan yang sangat mencabar. Saya pun sedang bermuhasabah diri saya yang ramai tidak tahu apa sebenarnya minat saya.

NAK TAHU TAK?

Nak cakap pun anda pun pasti tidak akan percaya punya lah.



PENULIS BUKU DAN PERUNDING MOTIVASI.....hmm, dengar macam kelakar kan sebab saya tiada rupa untuk ke arah itu. Saya pun sudah tidak kisah asalkan jalan yang saya pilih sekarang diredhai Allah dan menjadi satu wadah untuk mencapai kemajuan dalam dunia dan akhirat.

INSHAALLAH..

P/S: Dah bagi makan gigie tadi..

Comments

Popular Posts